Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Friday, September 14, 2012

^^ Pengalaman Bersalin normal di PPUM ^^

Salam, lama dah tak jenguk blogni, sejak ada anakni memang aku tak sempat nakjengukblog sendiri, asyik duk baca blog orang je. hehehe nak pulak tajuk yang bakal aku nak citer ni memang taklogik la sebab pengalaman tu dah berlalu 9 bulan ++ tapi bagi aku macam baru je berlaku. Masih terasa sakit nye lagi walaupun dah lama. Tapi aku masih ada rezeki lagi untuk mengandung lagi tahun ni dan bersalin hujung tahun ni sama dengan putera sulungku. xpelah bersusah2 dulu bersenang2kemudian. sambung lagi kontrak aku ngan aie bersalin tak cukup tido malam. haha. xpe la bab tu aku dah biasa. kekadang aidit tak bangun pun aku terbangun. eh lain la membebelnye.

ok2 aku nak citer pengalaman aku bersalin anak pertama di PPUM ni, malam ni je aku free sebab aidit tido, aku pun baru lepas masak makanan aidit : chicken with sweet potato and aprikot. mewah ko aidit. ibu mase kecik pun tak makan makanan macam ni, nanti ada mase aku citer bab food baby ek.

Aku bersalin kan aidit pada pukul 4.18 pagi pada 9 December 2011 di labour Room PPUM pada hari jumaat, hari segala penghulu. syukur rejeki aidit kan. Masa tu aku 38 minggu rasenye sebab EDD aidit 16 Dec 2011. So aku tak jangka pun bersalin aritu. Sebelum aku bersalin tu memang aku berjalan je kerja nye sebab aku ingat lagi masa ari ahad sebelum tu pagi tu aku gi sale pureen kat PJ, pastu gi sunway pyramid, dan petang tu aku gi jom heboh ngan aku. aku jalan sampai malam. sebab bila search kat internet perbanyak berjalan supaya jalan terbuka dan cepat bersalin.

5hb Dec 2012
- bangun pagi ade lendir putih kuar dengan darah sikit je. tapi xde tanda sakit. aku tunggu la mana tahu braxton hicks contraction = sakit main2. tapi takde. soaku gi keje cam biase sebab malasnak fikir. tapi sakit kat ari2 tu dah ade. perut negeras tak yah nak cakap la satu hari aku rase. tido pun sesak nafas.

8hb Dec 2012.
- bangun pagi ada darah ngan lendir putih kali ni banyak pulak tu. aku dah cuka dah nak gi keje ke tak? aku sempat sms kak atun ngan mak aku tanya pendapat. aku cakap dengan laki aku. so decide nak gi keje ke atau PPUM terus. mase perjalanan tu aku decide nak pi keje aie pun belok ke menara TM terus. huhuhu tapi pepagi tu aku dah call PM care aku cakap nak GL terus sebab aku kata aku nak bersalin ari ni. haha mulut aku tercakap macam tu. aku cuma fikir GL tu valid seminggu je kan so xpela minta awal2.

8.00 am gitu - aku siap gi makan kat benteng lagi tu. jalan dari ofis. xrase apa2 kan.

9.oo a.m - masuk ofis je kak atun terkam aku suruh gi check up kat PPUM. sebenarnya aku xmo gi sebab aku tak bersedia lagi nakfikir bersalin tapi kak atun ngan hanim kata tanda2 tu dah dekat. so aku pi la ngan kak atun ngan kak liza guna keta kak dilla mase tu. rase bersalah sangat sebenarnya sebab menyusah kan orang lain. huhu

10.oo am -dah sampai kat PPUM. check punya check kena seluk la jugak. Dr. cakap dah bukak 2cm. mase dia cakap tu aku macam dah melayang otak ni. Dr. kata xleh balik kena gi Lb terus tapi aku merayu nak balik sebab ofis ngan rumah aku dekat. merayu nye merayu doc bagi. dr. cakap kalau sakit cepat datang hospital.

11.oo a.m- aku balik ke ofis. terus call aie. surih amik aku kul 1.oo pm gitu. boleh gitu. hahah tapi aie amik kul 2 p.m. tak tahu nape aku seram sejuk mase tu. huhuhu duk la ofis sambil tengok PC tapi tak buat apa2. otak kosong je.

2.oo pm - aie sampai ofos. aku balik rumah mandi pastu makan roti. beg bersalin dah siap dah. pastu sempat gi naik umah mak aku. salam cium minta maaf. sampai mak aku halau gi hospital cepat2 sebab risau. aku cam berat je nak pergi yelah takut wei. pe akan ku lalui nanti.

3.oopm - aku sampai PPUM gitu. pergi LB. nasib dah biase dengan PPUM ni. bangunan baru. LB dia kat level3. mase aku nak LB tu. dia cakap kalau dah masuk xleh kuar. so aku cakap 2cm dah bukak dan dah check tadi ngan dr. so masuk la aku ke dalam LB. tukar baju semua. xleh bawak HP lagi. laki pun tak masuk. aku redha je.

4.00pm- aku dah siap sedai dalam LB.dalam hati aku tuhan je tahu.
- 1st sekali dia suruh kencing berak. dia ade masuk ubat bontot. sekali masuk semua keluar.
- pastu datang la beberap Doc dengan pelatih dia.biase la PPUM kan tempat pelatih dia tapi diorang just tengok aku je. yang check tu Dr. yang buat. check VE hanya 3 cm je bukak. adoi lambatnya bukak.
- pastu pasang mesin CTG yang ada tali kat perut sebab nak tengok contraction.

4.30pm - 5.oo pm - air ketuban aku pecah. rase panas je air tu kuar. best sebab bilik sejuk giler.
5.oo pm. - Dr. cakap aku kena tahan LB dah. walaupun bukaan aku 3 cm je. aku redha.
5.30 pm. - aku dah mula rase sakit contraction. setiap 5 minit aku rase. terus aku minta gas kat tepi aku. gas apa tah lupa dah. tapi at otak aku lalok je.

7.oo p.m- kaki aku start gigil tak berhenti. dia tengok heart beat baby ngan aku tinggi giler.
pastu dia cakap ade tiroid tak aku pun cakap ade sebelum ni. terus diorang panik. aku lagi penaik sebab Dr. panik kan. huhu terus kena buat ujian tiroid. yang aku tahu aku kena lilit besi kat kepala ngan dada. tapi syukur. tiroid aku tak tinggi mase. bukan pe. orang pregnant bahaya ada tiroid sebab takut tekanan darah tinggi boleh buat aku pitam je.

8.00 pm - 12.oo am- aku still menahan sakit contraction yang mcm nak berak tu tapi lagi sakit. Dr. nak bagi epidural tapi aku takmo. huhuhu tapi aku bangga aku tak nangis. hati ngan mulut aki ni duk ingat Allahje.

1.oo a.m - sorang Dr. je taman aku. dia asyik suruh baring kiri pastu dia jgn teran. aku pun termarah dia tanpa sedar aku baling tempat sedut gas kat dia. huhuhu nasib la dia baik. aku tak sedar aku leh buat macam tu. akurase aku lalok ko sebab duk sedut gas dari kul 5.30 pm lagi.

2.00a.m - masih tahan sakit. seksanya aku rase. denagr bilil sebelah. asyik dengan baby nangis maknanya ramai yang dah bersalin mase aku tunggu tu. dengar la depa duk jerit. mak aku dah pesan jgn menjerit walau pun sakit. huhuhu mase ni la aku duk ingat dosa ngan mak aku. melawan kata dia dari kecik sampai besar. kalau aku tahu sakit bersalin macam ni. aku mesti ikot cakap dia. huhuuh sayu gak hati... patut la besar dosa kalau derhaka kat ibu. sebab sakit nak bersalin tu sakit no.2 lepas sakit nak mati.

4.oo a.m- check bukaan. Dr. cakap dah nampak kepala. pe lagi kelam kabut la semua prepared nak bersalin. aku ni dira suruh kangkang pastu pegang besi tepi katil. pastu dia ada toreh kat bawak sikit, huhuhu siap cakap kalau teran jgn angkat bontot. aku pun teran la mase contraction tu kan, dah 5 minit gitu sorang doc cakap kalau tak kuar jugak baby dalam mase 15 minit. kena bawak bilik bedah. erm mase tu aku teran takde nafas kau. huhuhu 3 kali aku teran secara terus menerus. buka mata je. baby aku kuar. terus letak atas dada aku. mase tu 1st tengok anak aku. terkedip2 mata dia. terus hilang sakit aku. lega yang amat. tuhan je tahu.

6.00a.m - aku siap di jahit kat bawah tu. proses kuar uri yang lama. huhuhu jahit pun lama. yang penting aku tak tahu kena jahit berapa banyak. sebab aku cakap ngan doc tak nak tahu. huhuh mase jahit tu aku tak rase dah.

6.30pm - aie jumpa aku, aku pun di masukkan di wad lepas bersalin. rase pening sangat. nak kencing berak pun takut lagi. pastu aku tertido terus sebab penat.

** lupa nak cite mase dia masuk tiub air kencing tu. aku kena 3 kali. sakit giler wei. macam kena toreh. aku harap bersalin kali ni tak kena lansung. aku rela jahit dari masuk tuib air kencing. huhu

Begitu la pengalaman aku bersalin. lama gak menahan sakit. ok la bersalin di PPUM sebab sekurangnya wad dia besar xde la aku kena tunggu tepi kaki lima gitu. walaupun layanan tak 1st class macam private tapi OK la aku rase. cuma kekadang gi mana2 kalau dah nasib kena layanan tak ok nak buat cam ne. yang penting wad bersalin kat situ baru. semua baru. selesa la. tak macam bangunan berhantu. aku berangan gak nak bersalin private tapi PM care cover sampai RM 2500 selebih kena bayar. erm malas aku nak tambah. bazir je. yang penting aku bersalin tak kena caj apa2. hehehe



7 comments:

Unknown said...

Hi dear,

Nak tanye,
Husband xleh masok teman eh dlm labour room kt PPUM?

tq
-haizi

akainkin said...

xboleh mase tahun lepas tapi tak tahu la kalau tahun ni boleh...

CikRose said...

Seronok Baca Blog U....PPUM memang tak bg husband masuk..sbb diaorg ade kes husband pengsan tgk isteri bersalin...2 hari lepas gi kelas antenatal kat sana pun still dia ckp tak leh lagi..huhu..berhajat nak bersalin kat sana...redha je la husband tak leh masuk

Fara Ada said...

lagi seminggu In Shaa Allah EDD utk sy bersalin..sy jgk staf TM :)
pun under cover PMCare.
tahun ni masih suami xboleh masuk sekali dlm labor room... huhu
redha je lah...

QA's ~ mamapapa said...

salam,sis.k imi igt nk bersalin anak ke3 ni kt ppum la :) just nk tnya..jahitan lepas bersalin tu dorang bius tak sis?:)

Unknown said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

Eka said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...