Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Showing posts with label make-up2. Show all posts
Showing posts with label make-up2. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Epie Temerloh

Epie Temerloh, mula2 blogwalking make-up orang lain, ternampak jugak nama ni tapi ignore je, pastu ada dua 3 kali jumpa dalam majalah, baru tahu siapa dia dan kak azwa kryolan pun ada anjurkan kelas make-up bersama epie temerloh, aku xpat join sebab kelas tu RM1.5k kan. Loan pun tak wat lagi masa tu. kalau tengok betul2 make-up dia memang kemas cantik, make-up orang sekarang macam ni lah so over tapi dalam gambar wow.

Ni hasil make-up epie temerloh ni. link dia: http://epietemerloh.blogspot.com/2010/09/bienda.html
Picture ni dari blog Epie temerloh


ada lagi artis lain macam linda jasmin. ok dia memang Idola mak buat masa ni, so perfect hasil tangan dia. Sekarang asyik bulu mata je, dah terbayang2 warna apa akan ku buat nanti. hehee.

To epie temerloh: sy akan amik jugak kelas dengan awak, cepat atau lambat tuhan je tentukan.. hehee. Semoga kite berjumpa. :)

Monday, March 28, 2011

Shopping MAC

blogger-emoticon.blogspot.com
Xsabar Minggu depan nak masuk kedai MAC, Shopping2 make-up, kalau jadi la dalam otak aku nak ajak Adasyut kalau dia tak bz. hihihi. nanti kite leh bincang projek kite tu. Mungkin leh buat Bulan May 2011 after dah selesai semua. lagi pun ada kelas ngan awyn nak amik ni. Model aku serah kat Adasyut untuk cari. Model perempuan. kena wat sesi pemilihan ni lagi kalau ada sambutan. Wah berfikiran jauh dah aku. Adasyut, aku cant wait dah ngah projek ni. hehehe
Semangat. Aku masih tak jumpa nama company yang ko cakap tu ada. Akainkin je dalam otak aku. erm lagi satu aku geram nak make-up muka kak moon, kak moon pandai pose. hihihihi aduh teringat la dulu. pose tertiarap dekat jalan. sanggup tu demi gambar. semangat kak moon. hehehe. Suka2.

Adasyut, harap ko bace rase excited aku nih ha.. hehehe

Saturday, March 19, 2011

Job Make-up mengejut pagi 19 March 2011

Pagi tadi goreng nasi Yeoang Chow untuk dak ofis yang disayangi. lepas ni aku memang kena masak untuk kak liza. mengidam dia. rancang semalam bawak pot luck. Zol bawak Telur goreng. kak ob buat Air. then sampai ofis berapa minit dapat call dari ila kecik suruh make-up mak cik dia sebab nak masuk Contest Model tudung muslimah kot. tak ingat sangat contest apa, ila cakap kedai ada tapi orang nak make-up takde. Aku pong setuju sebab ari ni buat Ot je pun.

Nilah Hasilnya:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




makcik-ila nak natural look, Aku pong make-up light2 xnak heavy sangat.
Hopefully mak cik ila terpilih ke final nanti. Amin.


Nota Kecik:
~lambatnya 26 march ni, nak gi borong barang kryolan. hehehe bulan April nak belajar make-up dengan my frenx awyn.. mak nerves sangat
~Bulan may terpakse tolak 1 job make-up ni sebab nak gi pulau perhentian kalau jadi.. huhuhu
~ masih ada banyak lagi yang perlu belajar. Xpe slow2.

blogger-emoticon.blogspot.com chaiyok2..

Sunday, March 13, 2011

My 1st Job Make-up

13 March 2011 my bff dari tadika ni tunang. Xsangka aku dengan aie dulu kenen2 dengan kawan aie. Akhirnya bertunang jua ari ni. Dengan keyakinan Ina pada aku, dia suruh aku make-up dia pada tunang dia ari ni. Aku dengan gigilnya tabahkan tangan ni untuk mulakan 1st job aku ni. Ina memilih tema warna unggu maroon gitu dengan pelamin unggu. Aku make-up ina dengan citarase ku sendiri. Warna pun ikut citarasa. Akhirnya inilah hasilnya. Tapi ina berpuashati aku rase suka sebab takut juga tak cantik. Ni 1st tym aku make-up orang tunang.

Letak gambar sebelum tu masa test make-up. Selalu lupa nak tangkap gambar sebelum.


Suka contact lense ini. Cantik.


Tadaaa. dah siap.


Naik Pelamin Jugak aku. heheehe. Tunang ina baju merah tu.


Ni hantaran ina. Mak Su dia yang wat. Cantik.



blogger-emoticon.blogspot.com ok ini sahaja. Lepas ni ada kelas dengan awyn. akan belajar sunguh2. heheh

Tuesday, March 8, 2011

Pemakaian Foundation

Search dalam Youtube, hanya kakak yusthevirus ni shj yang upload video tentang Naturactor.

Ok layan Video dia ni. (dia pandai gak make-up)



Erm kat bawah ni pong ok gak tutorial dia : Pemakaian Foundation. bagus2.

Saturday, March 5, 2011

Naturactor Tiruan

Naturactor Tiruan tajuk ini juga banyak di perdebatkan dalam blog, sampai gaduh yang menyatakan orang lain punya tiruan.

Sy nak jelaskan di sini.

Ciri2 Naturactor Tiruan:
1. Berminyak dan bila pakai nampak berminyak sangat.
2. Bila Apply banyak kali pun tidak akan menutup cela atau parut2.
3. Tekturnya sangat lembik tidak padat.

Naturactor yang bagus
1. Tidak berminyak
2. Apply sikit je sudah boleh menutup cela
3. Tekturnya sangat padat dan ala matte gitu. Bila apply terasa kesat sikit (ala2 dermacolor.)


Bile dok searching, jumpa Vidoe ni dekat Youtube, cantik sangat kakak ni. dia pun pandai make-up. Untuk Sharing and caring: Dia terangkan Naturactor yang tiruan dan yang bagus. (nasib baik sy punya macam dia Naturactor bagus tu. suka2)

Ok. LAYAN.

Monday, February 21, 2011

Test Make-up: Ina 20 Feb 2011

Test Make-up: Ina 20 Feb 2011

Yeah berjaya gak make-up ini, perlu ada sedikit kekemasan rasenye.

Item yang di guna:
Naturator Code 161 - Concealer
Kryolan TV paint Stik
Loose Powder Dermacolor
Pallete Manly
Gel Eye Liner Maybeline
Rimmel Lip & Blusher



Dah sapu separuh concealer, baru tangkap pic. huhu


Sweet ina ni. After make-up.

Nota Kecik:
Akan Berlatih lagi. Chayok2

Monday, February 14, 2011

Keje Make-Up: Permulaan

Kenapa aku cakap permulaan sebab aku nak buat test Make-up pada Ina. My bff (dari tadika lagi kawan..) Sebab my frenx ni nak tunang pada 13 March 2011 (Sama tarikh kahwin kak ina kawan mase kolej kat Ittar.. huhu).. berbelah bahagi dah ni.

Actually, xtahu lagi ina nak amik aku make-up dia ke tak sebab aku make-up yang biase2 je sebab tak amik kelas Make-up Bridal lagi. So nak cuba test ari ahad ni. Tema ina warna grey blackcurrent katanya. So yang aku terfikir satu tema je. Smokey eyes atau natural look sebab tunang kan.

Apa2 pun tunggu la minggu depan. Update minggu depan. Menggigil lak rase tangan ni. Padahal nak test make-up je. Huhuhu. Masalah terbesar aku adalah aku masih tak yakin lagi aku boleh make-up kan orang sebab aku takut tak jadi. Haih. Nasib ina ni yakin dengan aku.

Ok dah alang citer pasal Make-up smokey eyes ni: Apa itu smokey ayes. Agak popular sejak kebelakangan ni. Kalau tengok make-up ni sesuai untuk yang dak emo la konon nye kan. tapi sekrang semua smokey tak kire siang kan sebab make-up ni sesuai malam. Malam kena make-up lagi terang macam smokey eyes ni amat la sesuai.

Ciri2 Smokey Eyes: senang je
1. Ada 3 layer iaitu dark, medium dan light (ni dekat mata ye...)
2. Warna apa pun leh janji ada tone 3 color di atas tu yang femes sekali smokey eyes dark.
3. Smokey ayes ni sesuai ngan contact lense warna light gitu. pergh gojes kalau pakai lense warna light kena lak ngan smokey eyes.

Ni ada link best: untuk smokey eyes:
http://beautyandthefeastblog.com/2010/08/03/your-ultimate-smoky-eye-step-by-step-tutorial/#more-11331

Tips: dia ada berus dia tau untuk blend. kalau pi kedai belum tentu jumpa sebab dia lain dari pada lain. kekadang kite perlu guna tool make-up yang betul untuk dapatkan hasil yang Wow.. nanti aku update brush tu..

~ cuba la step tu. simple tapi cantik sangat..
Nota Kecik:
lepas ni nak make-up kawan2 yang lain. Tahun ni memang aku titik berat cita2 aku ni walaupun lambat xpe la. huhu. duit tak banyak kena wat slow2 huhuhuhu



Thursday, February 10, 2011

Make-up: Loose powder

















Loose Powder: erm kalau dulu aku beli sebab nak pakai selepas pakai selepas pakai foundation dan compact powder. Lepas dah browsing kat internet ngan pi kelas basic make-up. kena pakai Loose powder selepas Foundation. Sebab apa? sebabnya:
1. nampak lagi gebu
2. nampak natural
3. nak cover muka berminyak
kalau pakai banyak2 pun xpe sebab dia bentuk serbuk so xde la nampak cam tebal.



Tipsnya:
- selapas pakai foundation, ambil loose powder puff dan sama jugak pakai foundation. dab2 kat muka (macam tekan sikit2 pada muka jgn sapu nanti xgebu gitu..)
- kalau nak cantik, layer banyak kali (dah macam kek dah.. hehee). Sebenarnya mase pakai foundation ngan loose powder la kena teliti. kalau lama lagi bagus. slow2 dab loose powder tu.

loose powder puff


Kelebihan Loose powder leh cover minyak untuk muka yang berminyak. then lepas dah apply loose powder leh apply compact powder sikit2...

Loose powder boleh juga apply guna berus dia, tapi lebih prefer pakai loose powder puff sebab lebih serap kot.. Berus pakai untuk finishing selepas makeup semua dah siap. Lagi satu, ok setengah orang akan combine foundation dengan loose powder so kalau foundation dah gelap kena pilih loose powder light sikit then sebaliknya. Then paling best loose powder jenis mineral. So natural look.

My feberet loose powder : Dermacolor loose powder sebabnya waterproof. hebat kan bedak pun ada waterproof. hehehe..

video kat bawah ni ada cara pakai loose powder cara dab2 tu.. pastu dia pakai berus.

~ suka sangat pakai loose powder selepas foundation. nampak lagi cantik & flawless yang penting gebu ok.

Sunday, February 6, 2011

Make-up: Base Make-up (1st step for Make-up)

Disebabkan nak hujan, aku amik keputusan duk rumah saje. ingatkan nak gi wax kete tu.. erm maybe kena tunggu sampai cuaca betul2 elok.

So arini aku nak citer pasal Base Make-up (ini yang aku tau la.. just sharing to caring..=p).. Selalu kalau kite pakai make-up.. kite mesti terus pakai foundation then terus je pakai bedak. Ok kalau nak pi keje boleh wat lagu tu then sekarang ni pun macam2 produk ada untuk bagi cepat apply kat muka contohnya BB cream (fungsi dua dalam satu : foundation + pelembab kulit).. ok xmau citer pasal BB cream dulu. Sekrang nak citer pasal 1st Step 4 make up. Macam biase la cuci muka dulu then apply toner kasi segar muka then base make-up.

Fungsi Base Make-up untuk bagi Make-up tahan lama dan senang nak apply foundation dan ada juga fungsi bagi muka lembab supaya bila dap2 foundation tu masuk tak macam pakai topeng bila apply foundation.

Contoh Base Make-up: MAC Pre & Prime, Strobe cream MAC (kalau pakai nampak cam shimmer and glow sikit.. cantik..) atau base make-up from kryolan.

Strobe cream MAC

Ultra Makeup Base
Ultra Make-up Base, a neutralizer in the five colors of ivory, mint, blue, lilac and white achieves a natural balance to the desired skin tint.

Tips Base Make-up:
~Untuk Kulit Kering: cari Base Make-up yang ada moisturizers
~Untuk Kulit Berminyak: cari yang oil-free..


Hasil Carian di Internet:

7 Best Makeup Primers:
from : http://allwomenstalk.com/7-best-makeup-primers/1. Smashbox Photo Finish Primer To Go…
2. Laura Gellar Spackle Under Make Up Primer
3. Make Up For Ever HD Microperfecting Primer
4. Too Faced Primed and Poreless Skin Smoothing Face Primer
5. Bare Escentuals bareVitamin Primer
6. Urban Decay Pore Perfecting Pore Potion
7. Fresh Twilight Freshface Glow
(Ni semua dari luar negara.. best nye kalau dapat nom. 6 tu pun xpe.. tapi ada je yang jual online kena panadai cari.. urban decay tu selalu ada jual untuk base syadow udpp..)

Kalau nak bajet leh pakai elianto nye product: sebab ada bagus juga pakai base make-up untuk perlindungan dengan bahan kimia.. macam lapik dulu dengan base make-up baru pakai foundation.


Ni saje kot buat mase ni.. nanti tambah lagi. =p

Tuesday, February 1, 2011

Make-up: Foundation (SupraColor ~ kryolan)

Foundation

Nama Foundation sebelah ni Supracolor salah satu produk dari kryolan. harga lebih kurang dari RM100++. Artis dari indonesia sangat suka pakai ini, sebab tu kekadang nampak gebu je macam anak patung. Ciri2 foundation ni:
1. Krim
2. seswai untuk kulit kering, yang kulit berminyak takut tak seswai sangat sebab dia akan buat nampak kulit lagi berminyak.
3. Bila apply nampak sangat gebu dan cantik
4. Senang sangat nak apply
yang ini pun dalam list untuk di beli. (bila dapat loan. hohoho) erm berbaloi gak beli supra color. pakai sikit je nampak cantik then jimat. lepas tu puashati.


Tips Apply Foundation:

1. Sebelum Apply kena pakai base. kat pasaran ni banyak make-up. yang pernah pakai dan rase ok. Mac nye produk.
2. Apply Supracolor dia senang apply. Sapu sikit pun dah rata. kalau macam dermacolor, naturactor atau produk lain kena sapu dap2 sikit kat muka cara sapuan dari bawah ke atas.
3. then apply loose powder pun dap2 jugak. banyak kali pun tak pe sebab loose powder serap minyak/ loose powder dermacolor sangat waterproof.
Supra ni takleh make up untuk aktiviti outdoor nanti ada nampak make up cair, atau muka yang yang banyak kedut nanti nampak lagi jelas kedutan itu. huhuhuhu.




~ni je. tak nah miliki supra ni. tapi mase kahwin. mak andam tu guna supra. tapi yang heran muka aku tak berminyak. rase nya dia campur product lain sebab nampat make-up PAC. lama gak sesi foundation kat muka aku tuh.

Sunday, January 30, 2011

Make up :Lip Gloss

Hari ni pi jalan2 kat mid sempena PC Fair.. Tujuan utama untuk beli external hard disk je demi drama korean.. then pi jalan2. Singgah sekejap SASA.. kedai feberat untuk brng make up. dah lama xbeli barang make-up. so lepas gian jap. cari2 jumpa satu lip gloss very nude lips...



Heavy Rotatioan Sexy Enamal Gloss : Code 01 Vanilla ~ whity Beige RM39.90


(Kiss me nye produk)

Dah lama dah usha lip gloss ni, tapi xbeli2.. tadi dah xtahan sangat so beli satu. sangat best sebab selalu kalau beli lip gloss jenama lain (kecuali brand mahal Mac or bb ye) bile pakai then sekejap je ilang.. memang selalunya yang susah nak tahan lama adalah lipstik or lip gloss.. kecuali kroyolan rasenya.. lipstik dia sangat Ok dan harga pun ok sangat.. hehehe tapi jenama Rimmel London pun sangat ok.. Lipgloss dia sangat pekat.. sebut pasal Rimmel london.. beli satu lip Gloss jugak..


Shock Gloss : 3D Magnifying Lipgloss ~ RM23


(Rimmel London nye produk)


Mula2 nampak biase je. tapi bila test. wow.. giler mungil bibir aku. erm harga pun sangat ok. Dia gel dan sangat pekat ok.. selalu lipgloss dia ada brush kan.. ni dia pakai macam spatula kecik untuk sapu di bibir.. actually kekadang tak perlu cari make up mahal tapi kena pandai cari produk yang best untuk nampak cantik.. actually barang murah pong sangat ok untuk yang bajet sebab xsemua orang mampu pakailip gloss yang RM100++ kan. tapi kalau nak jadi mak andam untuk make-up orang perlu la barang mahal jugak untuk part tertentu baru naik seri.. kan.. semua bergantung pada bajet.. kalau gaji manyak leh beli yang mahal.. ikut citara dan kepuasan masing2..


Tips untuk nampak bibir nude sangat2:

~ sebelum apply apa2 lipstik or lipgloss glass, 1st bagi bibir yang kering.perlu sapu Vaseline dulu. Dekat sasa tu ada produk baiknye untuk tak nampak garis bibir. tapi xbeli lagi. then baru apply foundation. Sikit2 je nanti nampak mcm bekerak lak.. then gosok slow2 ngan tangan kalau ada lip brush lagi bagus. Actualy ada lip concealer lagi sangat ok.. then pakai lipgloss nude dan lapis lagi dengan lipgloss gel.. confirm sexy n meletop.. sebab zaman sekarang orang suka pakai lipstik ala2 pucat or nude.. nak2 lagi mata make up smokey eyes.. confirm cantik.. heheheh

~~ok setakat ni je..saje berkongsi ilmu walau xbanyak tapi ni je yang tahu. kena blajar lebih lagi nih.. tunggu kelas bridal bulan april ngan kak azwa kryolan.. xsabarnye.. kena way slow.. bajet xde.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...