Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Showing posts with label Dunia preggy. Show all posts
Showing posts with label Dunia preggy. Show all posts

Friday, September 14, 2012

^^ Pengalaman Bersalin normal di PPUM ^^

Salam, lama dah tak jenguk blogni, sejak ada anakni memang aku tak sempat nakjengukblog sendiri, asyik duk baca blog orang je. hehehe nak pulak tajuk yang bakal aku nak citer ni memang taklogik la sebab pengalaman tu dah berlalu 9 bulan ++ tapi bagi aku macam baru je berlaku. Masih terasa sakit nye lagi walaupun dah lama. Tapi aku masih ada rezeki lagi untuk mengandung lagi tahun ni dan bersalin hujung tahun ni sama dengan putera sulungku. xpelah bersusah2 dulu bersenang2kemudian. sambung lagi kontrak aku ngan aie bersalin tak cukup tido malam. haha. xpe la bab tu aku dah biasa. kekadang aidit tak bangun pun aku terbangun. eh lain la membebelnye.

ok2 aku nak citer pengalaman aku bersalin anak pertama di PPUM ni, malam ni je aku free sebab aidit tido, aku pun baru lepas masak makanan aidit : chicken with sweet potato and aprikot. mewah ko aidit. ibu mase kecik pun tak makan makanan macam ni, nanti ada mase aku citer bab food baby ek.

Aku bersalin kan aidit pada pukul 4.18 pagi pada 9 December 2011 di labour Room PPUM pada hari jumaat, hari segala penghulu. syukur rejeki aidit kan. Masa tu aku 38 minggu rasenye sebab EDD aidit 16 Dec 2011. So aku tak jangka pun bersalin aritu. Sebelum aku bersalin tu memang aku berjalan je kerja nye sebab aku ingat lagi masa ari ahad sebelum tu pagi tu aku gi sale pureen kat PJ, pastu gi sunway pyramid, dan petang tu aku gi jom heboh ngan aku. aku jalan sampai malam. sebab bila search kat internet perbanyak berjalan supaya jalan terbuka dan cepat bersalin.

5hb Dec 2012
- bangun pagi ade lendir putih kuar dengan darah sikit je. tapi xde tanda sakit. aku tunggu la mana tahu braxton hicks contraction = sakit main2. tapi takde. soaku gi keje cam biase sebab malasnak fikir. tapi sakit kat ari2 tu dah ade. perut negeras tak yah nak cakap la satu hari aku rase. tido pun sesak nafas.

8hb Dec 2012.
- bangun pagi ada darah ngan lendir putih kali ni banyak pulak tu. aku dah cuka dah nak gi keje ke tak? aku sempat sms kak atun ngan mak aku tanya pendapat. aku cakap dengan laki aku. so decide nak gi keje ke atau PPUM terus. mase perjalanan tu aku decide nak pi keje aie pun belok ke menara TM terus. huhuhu tapi pepagi tu aku dah call PM care aku cakap nak GL terus sebab aku kata aku nak bersalin ari ni. haha mulut aku tercakap macam tu. aku cuma fikir GL tu valid seminggu je kan so xpela minta awal2.

8.00 am gitu - aku siap gi makan kat benteng lagi tu. jalan dari ofis. xrase apa2 kan.

9.oo a.m - masuk ofis je kak atun terkam aku suruh gi check up kat PPUM. sebenarnya aku xmo gi sebab aku tak bersedia lagi nakfikir bersalin tapi kak atun ngan hanim kata tanda2 tu dah dekat. so aku pi la ngan kak atun ngan kak liza guna keta kak dilla mase tu. rase bersalah sangat sebenarnya sebab menyusah kan orang lain. huhu

10.oo am -dah sampai kat PPUM. check punya check kena seluk la jugak. Dr. cakap dah bukak 2cm. mase dia cakap tu aku macam dah melayang otak ni. Dr. kata xleh balik kena gi Lb terus tapi aku merayu nak balik sebab ofis ngan rumah aku dekat. merayu nye merayu doc bagi. dr. cakap kalau sakit cepat datang hospital.

11.oo a.m- aku balik ke ofis. terus call aie. surih amik aku kul 1.oo pm gitu. boleh gitu. hahah tapi aie amik kul 2 p.m. tak tahu nape aku seram sejuk mase tu. huhuhu duk la ofis sambil tengok PC tapi tak buat apa2. otak kosong je.

2.oo pm - aie sampai ofos. aku balik rumah mandi pastu makan roti. beg bersalin dah siap dah. pastu sempat gi naik umah mak aku. salam cium minta maaf. sampai mak aku halau gi hospital cepat2 sebab risau. aku cam berat je nak pergi yelah takut wei. pe akan ku lalui nanti.

3.oopm - aku sampai PPUM gitu. pergi LB. nasib dah biase dengan PPUM ni. bangunan baru. LB dia kat level3. mase aku nak LB tu. dia cakap kalau dah masuk xleh kuar. so aku cakap 2cm dah bukak dan dah check tadi ngan dr. so masuk la aku ke dalam LB. tukar baju semua. xleh bawak HP lagi. laki pun tak masuk. aku redha je.

4.00pm- aku dah siap sedai dalam LB.dalam hati aku tuhan je tahu.
- 1st sekali dia suruh kencing berak. dia ade masuk ubat bontot. sekali masuk semua keluar.
- pastu datang la beberap Doc dengan pelatih dia.biase la PPUM kan tempat pelatih dia tapi diorang just tengok aku je. yang check tu Dr. yang buat. check VE hanya 3 cm je bukak. adoi lambatnya bukak.
- pastu pasang mesin CTG yang ada tali kat perut sebab nak tengok contraction.

4.30pm - 5.oo pm - air ketuban aku pecah. rase panas je air tu kuar. best sebab bilik sejuk giler.
5.oo pm. - Dr. cakap aku kena tahan LB dah. walaupun bukaan aku 3 cm je. aku redha.
5.30 pm. - aku dah mula rase sakit contraction. setiap 5 minit aku rase. terus aku minta gas kat tepi aku. gas apa tah lupa dah. tapi at otak aku lalok je.

7.oo p.m- kaki aku start gigil tak berhenti. dia tengok heart beat baby ngan aku tinggi giler.
pastu dia cakap ade tiroid tak aku pun cakap ade sebelum ni. terus diorang panik. aku lagi penaik sebab Dr. panik kan. huhu terus kena buat ujian tiroid. yang aku tahu aku kena lilit besi kat kepala ngan dada. tapi syukur. tiroid aku tak tinggi mase. bukan pe. orang pregnant bahaya ada tiroid sebab takut tekanan darah tinggi boleh buat aku pitam je.

8.00 pm - 12.oo am- aku still menahan sakit contraction yang mcm nak berak tu tapi lagi sakit. Dr. nak bagi epidural tapi aku takmo. huhuhu tapi aku bangga aku tak nangis. hati ngan mulut aki ni duk ingat Allahje.

1.oo a.m - sorang Dr. je taman aku. dia asyik suruh baring kiri pastu dia jgn teran. aku pun termarah dia tanpa sedar aku baling tempat sedut gas kat dia. huhuhu nasib la dia baik. aku tak sedar aku leh buat macam tu. akurase aku lalok ko sebab duk sedut gas dari kul 5.30 pm lagi.

2.00a.m - masih tahan sakit. seksanya aku rase. denagr bilil sebelah. asyik dengan baby nangis maknanya ramai yang dah bersalin mase aku tunggu tu. dengar la depa duk jerit. mak aku dah pesan jgn menjerit walau pun sakit. huhuhu mase ni la aku duk ingat dosa ngan mak aku. melawan kata dia dari kecik sampai besar. kalau aku tahu sakit bersalin macam ni. aku mesti ikot cakap dia. huhuuh sayu gak hati... patut la besar dosa kalau derhaka kat ibu. sebab sakit nak bersalin tu sakit no.2 lepas sakit nak mati.

4.oo a.m- check bukaan. Dr. cakap dah nampak kepala. pe lagi kelam kabut la semua prepared nak bersalin. aku ni dira suruh kangkang pastu pegang besi tepi katil. pastu dia ada toreh kat bawak sikit, huhuhu siap cakap kalau teran jgn angkat bontot. aku pun teran la mase contraction tu kan, dah 5 minit gitu sorang doc cakap kalau tak kuar jugak baby dalam mase 15 minit. kena bawak bilik bedah. erm mase tu aku teran takde nafas kau. huhuhu 3 kali aku teran secara terus menerus. buka mata je. baby aku kuar. terus letak atas dada aku. mase tu 1st tengok anak aku. terkedip2 mata dia. terus hilang sakit aku. lega yang amat. tuhan je tahu.

6.00a.m - aku siap di jahit kat bawah tu. proses kuar uri yang lama. huhuhu jahit pun lama. yang penting aku tak tahu kena jahit berapa banyak. sebab aku cakap ngan doc tak nak tahu. huhuh mase jahit tu aku tak rase dah.

6.30pm - aie jumpa aku, aku pun di masukkan di wad lepas bersalin. rase pening sangat. nak kencing berak pun takut lagi. pastu aku tertido terus sebab penat.

** lupa nak cite mase dia masuk tiub air kencing tu. aku kena 3 kali. sakit giler wei. macam kena toreh. aku harap bersalin kali ni tak kena lansung. aku rela jahit dari masuk tuib air kencing. huhu

Begitu la pengalaman aku bersalin. lama gak menahan sakit. ok la bersalin di PPUM sebab sekurangnya wad dia besar xde la aku kena tunggu tepi kaki lima gitu. walaupun layanan tak 1st class macam private tapi OK la aku rase. cuma kekadang gi mana2 kalau dah nasib kena layanan tak ok nak buat cam ne. yang penting wad bersalin kat situ baru. semua baru. selesa la. tak macam bangunan berhantu. aku berangan gak nak bersalin private tapi PM care cover sampai RM 2500 selebih kena bayar. erm malas aku nak tambah. bazir je. yang penting aku bersalin tak kena caj apa2. hehehe



Sunday, September 4, 2011

4 September 2011



Holaaa. lama tak update belog ni, dah terbiar macam lalang tepi rumah kak senah je. aku pun terbizi sejak2 dah jadi mak buyung memang xlarat nak menulis. ingat dulu nak tulis la macam2 bagai pasal keje make-up aku aku tu. dah terkubur di situ. Actualy bukan la aku nak berhenti tapi Hold dulu. Lebih focus pada my baby. kalau ada mase lapang pun, aku search isu HAMIL je. ini memang rutin pada mereka2 yang dah hamil, akan automatik akan nak baca isu hamil, ni untuk yang first tym nak jadi IBU. excitednye lebih.



Ni dah bulan bulan 9, lagi 3 bulan untuk tarikh EDD (Estimated due Dated) aku pada 15 Dec ni, gentar tak gentar jugak la, tapi tetap kena lalui jugak. Sepanjang aku mengandung ni bermacam citer dan kisah la aku bace. kekadang sonok bile ada yang citer kenangan yang mani bile bersalin adalah masa 1st tym tengok muka baby. dan ada gak yang citer2 ngeri la macam bersalin kat situ tak elok la kat sini tak elok. For me, aku suka dengar cakap mak aku. ma cakap semua ni keje tuhan, berserah je apa2 pun adalah takdir kite. tak kisah la kat mana bersalin tapi kena berserah pada Allah. ni mak aku punya cakap. Dia selalu berfikiran positif. Aku suka. aku tak suka orang yang bercakap negatif je sebab yang banyak cakap tu bukannya tahu apa pun, cakap je lebih. huhuhu.


Ni pasal BF (breastfeeding) lak, ni pun macam la jugak aku dengar dan baca, ada kata tetek besar tak semestinya ada susu keluar. dan ada jugak ibu yang give up bile susu sikit mase 1st tym kan bagi FM (formula Milk)terus dan baby terus nak isap FM je dah tak mau BF ibu. For me aku tak pernah lalui lagi so tak tahu lagi apa akan jadi. Lagi sekali mak aku cakap, mase kite bersalin tuhan dah bagi susu dekat tetek kite, kalau kite bagi susu tu banyak la keluar nye, kalau tak bagi memang takde la. tak kisahla tetek tu besar ke tak. janji kite rangsang ASI (Air Susu Ibu) tu keluar dengan bagi baby isap selalu. haih macam2 ye. aku memang nak BF anak aku. insyaAllah dengan izin tuhan, kalau ada rezeki BF baby, aku syukur sangat. kalau takde, kena la bagi FM kat baby aku ni. tapi kalau boleh nak BF sebab aku tak nak bagi FM. Sebab susu ibu yang terbaik untuk baby. :)

link ni untuk ibu berkerja yang nak BF - Klik Di sini. ada macam2 lagi. aku pun suka duk menepek dekat susuibu. com


Cloth Diapers or lebih di kenali sebagi CD untuk yang tahu dan amik tahu. Aku tetarik sangat sebab dia ada macam2 corak ngan warna macam kat bawah ini.



Entah nape la aku tertarik dengan CD ni, sebab aku rase jimat, actualy tak jimat kat mase tapi jimat kat poket aku. hehehe. ini ada gak orang cakap wat susah je kalau pakai CD ni nak selalu kena basuh la. takkan tiap2 hari nak basuh dan larat ke nak membasuh tiap2 hari. ni aku pun tak lalui lagi cam mana tapi aku ada gak bace blog orang pakai CD ni ok je. Sekurangnya kena ada 20 CD, untuk permulaan ni aku nak bajet ada 7 keping je termasuk insert dia. Aku nak cuba jugak walaupun susah di mulut orang tapi why not aku cuba just take challenge. hehe.




Ni pengenalan dia. Setakat ni aku dah beli 5 pasang dari lunatots and aku nak cuba yang dari Autum lak. pastu nak beli sikit2 tiap bulan. Xyah fikir pasal duit nak beli diapers biase tu. ni kena mintak kerja sama ngan mak aku ni. Sebab dia yang nak jadi jaga anak aku. Doa la kulit bay ok dengan CD ni. amin. jimat pun jimat.


Pasal jimat menjimat ni, ada gak cakap dekat aku, cukup ke belanja nak ada anak ni, kekadang bunyi macam perli aku, tapi aku suka pusing menda tu jadi positif, and aku anggap je sebagai nasihat even dalam hati aku 80% macam perli hidup aku. tak kisah la wei, Sebelum aku amik keputusan nak kahwin ni, aku dah fikir masak2 ngan aku dah sanggup nak amik dugaan kalau tak cukup duit pun. aku redha sebab setakat tu je rezeki aku. kalau aku Ot manyak, manyak la dapat, kalau aku malas takdela duit. tul idak. tapi kalau orang bersyukur ni Tuhan selalu tambah rezeki dia. memang betul pun.lepas kahwin naik gaji NUTE tu. Dulu gaji 1k lebih pun dah cukup sekarang gaji 2k lebih pun tak cukup. semua nye atas kite, kalau pandai jimat hidupla. ni nak ada anak, aku pun berserah je pada Allah, sebab anak ni pemberi rezeki pada ibu dan ayah dia. :) aku tak takut susah tapi aku takut kalau aku tak sedar diri siapa aku. hahaha..


Macam2 citer dan kisah hidup aku dengar, kalau dengar sangat boleh jadi down aku, tapi aku suka borak2 ngan mak aku. mak aku selalu bagi semangat kat aku. Suka2. bukan pe kakadang orang citer macam2 kat aku, aku mula la sedey giv up. ye lah citer yang tak elok je. suka macam tu. bukan nak bagi semangat. ni nak kondem lagi. sebab itu kena duk ngan orang yang bercakap positif, hidup kite akan penuh dengan semangat. abaikan mulut2 puake tu. huhuhu. yang penting kite tahu apa kite buat.


Dan pada sesape yang nak jadi ibu 1st tym, kite nasihatkan kat sini banyak membaca dan amik pengalaman dari mak kite ke atau sesape lah. kalau yang citer negatif, tu cuba la cari punca kenapa jadi macam tu. yang penting fikir positif selalu. kalau ada yang suka citer buruk pasal ngandung ni dengar kan aje. ingat berserah je pada tuhan. Doa selalu supaya semasa mengandung dipermudahkan untuk bersalin.


ok. bye. nak gi masak. lapo... manyak menda lagi nak kongsi.. huhhu ~ entry macam ibu2 sudah. =p

Friday, July 15, 2011

Supplement? Semasa hamil.


Amalan membaca amat elok untuk kite... aku ni suka search pasal kehamilan. search2 pastu terjumpa macam2 supplement. aku check up Dr. bagi acid folid je. heran aku lak sebab ramai blogger2 ibu dapat macam2.

maybe aku ada cyst sebab tu tak dpt kot yang lain2. aku pun taku nak makan macam2. apa yang aku displin sekarang:

1. Acid Folid - setiap hari
2. Kismis
3. kurma
4. Susu anmum cokelat

ni je sampai aku 18 minggu ni.

Sekarang yang menarik ni aku nak cuba shaklee :

SET 2 - utk 2nd & 3rd trimester
  • 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • 30's vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
  • 30's capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

kebaikan shaklee ada dekat sini

Dengan neorogainPB sekali...


Aku janji masuk 5 bulan ni aku displin nak makan menda ni semua... korang yang dah preggy rajin2 la cari ilmu untuk kebaikan BB.. xrugi tapi apa2 pun perlu tanya dr. :)

Tuesday, July 12, 2011

Preggy : 4 Bulan



Hola. dah lama giler tak jenguk ke diari maya aku ni, aku jarang nak menulis tapi banyak menda idea, cuma tangan aku susah nak menaip. dah la keje duk menaip je. hehee. bukan apa sebelum ni penat...huhuh asal balik umah. masak dinner pastu terjelepuk atas kerusi tengok tv. Sampai masa tidoq. Nasib la dapat suami yang amat memahami aku yang sedia malas sebelum preggy. dah preggy lagi malas.

Ada berita gembira gak, kak aini dengan kak la pun join the club preggy. happy for my sis.
Sepanjang preggy ni aku asyik search pasal preggy je. lupa nak update satu buku. my lovely frenz yang hadiahkan. Diari hamil.


Tadaaaaaaaa. naik lebam dah aku baca. sampai dah hafal muka surat. hahaha. Sebab aku ingin tahu sangat. dia citer semua pasal preggy. sangat berguna pada yang 1st preggy sebab zero knowledge. :) tq beb sebab hadiahkan buku ni.

Sepanjang trimester pertama ni. aku takde alahan morning sickness. Syukur sangat. Cuma ada:
1.) Angin dekat perut buat nak terkentut je.
2.) Kuat buang air kecil tengah malam
3.) penat
4.) lepas lunch pi tido kat surau sebab ngantuk
5.) mudah lupa apa aku buat. lose sekejap.

ni je tanda2 nya.

Sekarang dah masuk trimester kedua bermula dari minggu ke-13.

1.) selera makan bertambah seiring dengan berat aku sekrang dah 62kg. berjaya dan jayanya aku menambah berat. tapi aku nah gemuk dulu.so tkade risau sangat sebab aku tau nak kurus cam ne. huhuhu harap boleh kurus la.

Sekrang dah 17 minggu nak masuk 18 minggu. ni perut aku sekarang. besar jugak. huhuhu campur lemak sedia ada lagi.

** siap ada pin FB lagi.


Sekrang ni sakit kat bhgian rahim bawah. borak dengan kak rosma: sebab bb nak besar itu yang sakit2. pastu pedih hulu hati. kena makan selalu. tym camni la aku teringat kat mak aku yang mengandung kan aku. penat lelah dia bawak aku ke hulu hilir ngan perut boyot ni. bila preggy buat hati aku sayu je dan tenang je.

kekadang aku suka cakap sensorang. konon cakap ngan bb. hehehe. kalau mandi. selalu cakap. bb nak mandi? pastu letak perut kat bawah air hujan, ada sekali tu aku rase perut aku bergerak. tak tahu dia suka ke tak. aku just anggap dia sukaaa he... ngeeee hehehe :)

aku check up sekali sebulan.kalau ikot hati aku,tiap2 hari nak scan nak tengok heartbeat bb. bila duk sensorang. mula la aku fikir macam2. tapi hati aku percaya jika kehendak Tuhan. aku berserah je. sebagai manusia biasa aku nak yang terbaik. tapi jika di uji aku kena terima. tawakal pada Allah shj. :)

ok sampai sini je. sebenarnya nak sambung lagi. tapi aku dah nak tito. ngantuk. huhuuh esok lak pasal suplement semasa hamil. nak cuba shaklee. tunggu nextgaji. i akan proceed je..






Thursday, May 19, 2011

10 Minggu Perggy

Hari ni 19 May 2011, genap 10 minggu dan 2 minggu lagi nak masuk ke trimester ke 2. bermakna 2 minggu lagi nak habis trimester pertama.

Morning sickness selalu jadi pada trimester pertama. Buat masa ni xde lagi pa2 mual ke, muntak ke cuma muntah terlebih makan ado la. Pening biase je kot sebab keje. Tapi yang paling ketara badan cepat penat dah kuat tidor. tengah kuat kencing. bangun kencing bangun kencing. kekadang rase macam mimpi je bangun tu. hahaha.

Mengindam:entahla sebab aku kuat makan kot, cuma masa mula2 tu rase nak makan bubur yang ma buat tu je. dengan rase cam nak makan tempat madu tu. hahaha tapi wat tak tahu je. Nafsu tu sebab hormon tak stabil.

Perangai:aie just cakap aku lagi manja or ngade cam budak2. aie kata entah2 perempuan. dont la. Cuma wat mase ni aku macam malas nak make-up2 orang. huhu ada tym je rajin. abis tergendala projek make-up aku. huhu.

Perubahan badan: biase la perut aku yang nampak dulu sebab memang asal dah buncit. Berat sebelum ngandung 55 kg, pastu lepas check up 57 kg. So naik 2 kgi untuk mase dua bulan. aku harap ok la tu. Cam dada dah besar ketara sangat. huhuhu kawan aku da cakap kalau nak nyusu badan kena niat awal2. Aku pung harap dapat nyusu anak aku nanti. Amin.

Acid Forlic: ni makan setiap ari. tak tahu sampai bile.cuma tiap2 pagi aku makan kurma dulu pastu telan acid forlid ni. Baik untuk baby.

Surver: tempat nak bersalin.kepalaotak aku fikir satu je kat PPUM, servay nya servay tak perlu bayar apa2 just bawak GL je. syukur.

harap semua nye berjalan lancar walaupun lepas ni meybe ada dugaan. :)

Sunday, May 1, 2011

10 May - 2 bulan


Sekarang baru 6 minggu lebih. Belom masuk 2bulan. perut aku membesar dengan cepat. 10 may ni baru masuk 2 bulan. Aku ngah imaginasi perut aku seperti kat bawah ni. Aku rase perut aku cepat besar ni sebab memang perut buncit sebelum preggy.

lepas dah preggy ni malas nak kuar dating aie. nak duk umah je. kuar umah pun sebab shopping barang dapur. penat je memanjang.

Doa supaya semuanya berjalan ngan lancar. Aku yakin dengan kuasa Allah. :)

check up bulan ni ada dua kali :
1. 13 may - dr. zana level 26 annexe 2
2. 24 may - dr suresh PPUM

*** Cuma lidah ni teringin minum air gas. huhuuhuhu mak tahan ni.. coke oh coke


Sunday, April 24, 2011

Malas = lazy

blogger-emoticon.blogspot.com
Pe cer ngan aku ni. semakin hari semakin malas nak buat apa2. Malas fikir, malas nak gi keje, malas nak wat keje rumah, malas lah segalanya. yang aku tahu nak duduk saje je ataupun tido. huhuhu. Mungkin hormon aku ngah tak stabil kot. makan pong semua la xsedap. aku nak makan makanan yang lom aku makan. haih pe nak jadi ni....

Mungkin ni memang biase bagi yang mula2 preggy kot. huhuhu. nasib la dapat suami yang faham aku ni cam ne. dia layan je. keje rumah semua dia buat. ayat dia "Xpe2 biar abg buat, ain pergi je tengok tv"... haih cian aie..

sekarang yang tak tahan, badan aku panas je. memanjang panas. macam nak pasang air cond.

Pe pun banyak bersabar walau apa pun. :)

Citer make-up aku dah tah kemana nih... bab kata fairuz, aku dah start post preggy ni.. huhuhu =p

Tuesday, April 19, 2011

Preggy part 2

Minggu lepas aku ada cek darah samada Tiroid aku ni tahap parah atau tidak then Semalam aku cek ngan Dr. level 26, dia kata paras T3 aku 5.92ml dari paras normal 5.70ml dan TSH ngan T4 still normal. Dia pun buat surat untuk refer pakar Gine ngan cek Ovarian Cyst aku.

Malam semalam la aku tak leh nak tidur, fikir macam2. Aie asyik cakap "xde apa2 la ain". Again aku nak murung balik. Adasyut banyak bagi kata semangat kat aku lagi. Thank again ada. ko selalu dorong aku dengan kata semangat. ingat Allah selalu.

pagi ni pergi la PPUM, badan xlaratjugak sebab ngan stress kan. Punya la ramai kat PPUM even hari weekday. nasib la ada surat dari Dr. cepat sikit.

Aku dok la risau tiroid aku sebab hormon kan. bile masuk je jumpa dr suresh. nothing to worry, your hormon still normal, woory if you have symptom Thyroid. result at paper just nothing if you ok. ayat dr yang aku ingat. then masalah kedua aku cakap la ada suspek Cyst, bila scan ada cyst ukuran 3 cm, sekali lagi dia cakap dont worry. haih dalam hati aku dont worry je. then dia cakap aku cyst tak merbahaya, merbahaya bile dia aktif membesar. next month came see me again.

aku keluar bilik dr. suresh ngan hati lega sangat..... harap cyst ni mengecut... dugaan nih. adasyut cakap Allah sayang aku. sebab tu dia duga aku untuk aku belajar dari pengalaman ini che wah... sekarang aku lebih suka diri aku yang semakin sabar...

*** Pengajaran kali ini: kite perlukan sokongan dari family dan kawan2 juga.... apa2 sabar.. hihi

Sunday, April 17, 2011

Preggy Part 1

Mak aku pesan jangan fikir sangat tentang preggy aku ni, jaga diri elok2 dan jaga makan. yang lain jgn fikir sebab tu kuasa Allah. Itula mak aku yang sentiasa cool walau apa pun. Teringat ayat dia masa ayah aku deman yang menakutkan sampai mengigil. aku dengan lepas nya cakap.

Aku :"Ma tak takut ke tengok abah macam tu?"
Ma: "Kak, ma xleh wat takut, sebab kalau ma wat takut, korang semua pun nanti takut"

Dulu, aku tak faham just aku terdetik mak aku ni takde perasaan ke? sebab aku risau tengok abah macam tu.

kini, barulah aku faham. kekadang sesuatu menda akan amik masa yang lama untuk di fahami. :)

Kesimpulannya, jika ada family, kita salah seorang kena tunjuk kuat semangat untuk bagi semanngat dekat ahli keluarga yang lain. kalau ma tak semangat dulu mesti la anak2 dia takut.

now, dah jadi dekat aku. So aku kena kuatkan semangat aku. betul kata adasyut. pengalaman perempuan hamil xsama dengan semua orang mungkin hampir2 yang general shj.

Aku hanya ada Cyst Ovarian, mungkin ini dugaan aku. Aku scan sabtu lepas, Dr kata suspek ada Cyst ovarian, Mula2 aku menangis gak takut efek baby. ye bile kite ngandung tetiba ada naluri ibu yang risau pasal kandungan ni.

Dr tu kata xde efek sangat tapi kena pantau. Aku pun duk la search pasal Cyst Ovarian . hati dah lega tapi masih ada kesangsian.

Ma pesan jgn fikit sangat, tu kerja tuhan. Masa ni kite kena balajar Qada dan Qadar. masa sekolah dulu duk la sebut selalu sekarang baru lalui. Semalam efek gak. tapi aku tak nak dapat penyakit murung. Aku anggap ni dugaan Allah.

mak aku pung bukak citer masa dia ngandung kan aku, aku pun tak tahu selama ni.. heheh mak aku cakap mak aku pernah alami pendarahan berketul2 masa ngandung kan aku. yang penting depan belakang ok. pergi la hospital, Dr. tu cakap kat mak aku, mak aku mengandung luar rahim. Dr. suruh gugurkan kandungan. sebba orang dulu mana ada internet nak search pasal ni kan. Duk la mak aku kat wad 2 minggu, tapi mak aku cakap, aku lahir je dan hidup sempai sekarang.

Aku nak buat biase je sebab aku tak nak efek keje, sosial aku dengan kawan, aie. :)

just Wait & See 13 May 2011 ni apa dr Zana tu kata pulak. Siapa tahu. hidup penuh kejutan. Apa2 ingat Allah. Semua tu kejadian Allah. kita hanya mampu berdoa.

SMILE nurul Ain untuk dunia yang penuh cabaran ini.. hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Bulan April yang di rahmati

kenapa aku kata di rahmati sebab bulan ni banyak menda happy datang pada aku, mungkin give dari Allah kerana aku bersyukur selama ni. Actually aku nak diet bulan ni dengan kak OB, tapi dah tah jadi sebab nya aku dah preggy, Aku sebenarnya jumpa doctor nak cek menda lain, dah alang2 aku check preggy ke tak: so testnya tadaaa.... ada dua line:
*
*
*
*
Aku xjangka pun tapi dalam hati aku cuma terdetik shj. Tapi aku takde lagi tanda morning sicknes ke. Aku anggarkan kandungan aku 2 -3 minggu kot. Sebab check up yang betul2 dengan Dr. Zana pada 13 May 2011. Tuhan saje yang tahu dalam hati aku ni happy. tapi kena diam2 dulu sebab baru je lagi ni. Ni yang aku risau, tapi aku percaya ngan kuasa Allah, berserah ke atas semua nya :)

Bulan ni penuh dengan rezeki preggy+naik gaji+bonus.Syukur. kekadang aku takut dengan kesenangan ni, mungkin kesenangan ini adalah UJIAN juga pada HambaNya. tapi siapa la aku untuk menilai rezeki yang di beri. Aku memang sayu sangat hati ni. sayu dengan kebesaran Allah, mungkin ni yang aku dapat tahun ini setelah ujian demi ujian tahun lepas.

Dan aku masih bersyukur juga masih bekerja di TM, aku bertahan di TM demi nasihat mak aku sampai aku permenant. Sekarang baru aku rase memang tak rugi keje kat TM sebab gaji dah naik. Even buat menda sama pun xpelah, boring memang ada tapi demi hidup aku ketepikan apa itu boring, mungkin aku bahagia bersama kawan2 tercinta aku. Sebab tu aku xpi mana2.


Alhamdullilallah... syukurrrrrrrrrrr :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...