Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)
Monday, February 28, 2011
Beg & Domokon
Sunday, February 27, 2011
W.E.E.K.E.N.D
Weekend yg sangat mengantuk, semlm nak kuar tak jadi kuar, sebab aku tido petang sampai malam, dgn tak masak semalam, beli makanan pagi, tengahari, malam. Badan aku tak larat sangat, Bulan Feb 2011 ni sangat penat. Ari ni laratkan diri jugak nak kuar, nak gi makan kat ikea ngan tengok wayang. huhuhuhu tapi cam ngantuk lagi ni.
Nota Kecik:
Baikla. nak goreng cekodok dulu then baru siap2 kuar.huhuhu not feeling weekend ni(ada banyak aku fikir. nanti la citer. serabut.. huhu)
Saturday, February 26, 2011
Jalan2 Cari Makan: Gomei Japanese Fast Food
Hari ni nak citer pasal makan, sape2 yg suka makanan jepun. ini berita baik sebab kat sini harga dia berpatutan. Nama kedai ni pong agak tomey dengan logo tu. Erm jgn risau. kedai ni halal.
Founded | California, USA | ||||
---|---|---|---|---|---|
Location | |||||
Hours |
| ||||
About | Freshest Ingredients, Lowest Price!! |
Company Overview | We are not fast food, We are Great Food Fast!! Quality, Services and Cleanliness are fundamental of our restaurant. 1st Japanese Fast Food Restaurant in Malaysia with HALAL certification. |
---|---|
Description | Food Better than Average Japanese Restaurant with Half of their price!! with Freshest Ingredients, Lowest Price! |
Mission | Introduce Real Japanese Daily Food to Malaysia, Japanese Food should be Affordable and Fresh! |
Price Range | $ (0-10) |
Awards | HALAL certification |
Food Styles | Brunch Buffets Fast Food Hot Dogs Japanese Sandwiches Sushi Bars Vegan Vegetarian |
Products | Japanese Food |
Parking | Street Parking Lot |
Public Transit | right across Uptown Damansara Public Parking lot (Hawker Center are on the ground flood of Public Parking Lot) |
General Manager | Deric Chia |
Attire | Casual |
Payment Options | Cash Only |
Culinary Team | Japanese |
Services | Takes Reservations Walk-Ins Welcome Good For Groups Good For Kids Take Out Catering |
Specialties | Lunch Dinner Coffee Drinks |
wayne@gomeigroup.com | |
Phone | +60377104779 |
Website |
Gambar kedai Gomei.
Murah kan Set Bento RM10. Suka2
ok. ni Set Family. Semua sekali kat bawah ni RM25. bayangkan betapa berpatutan sekali.
Ada Salmon Teriyaki Bento Set, Chicken Katsu & Curry Bento Set, Tempura Don Set,Chicken Teriyaki Don Set, 4 set air dan 2 set sup. banyak tak....
ok. menu lain: ada banyak lagi. feberet semua.
Nota Kecik:
~ erm bile nak g ni. huhu kalau pergi sy akan upload pic. =p ari ni nak gi makan kat tempat lain.
Food seekers katakan...
(berlari2 nak dapatkan makanan. lalalalala~)
Wednesday, February 23, 2011
Seoul Garden with my oppa.
Di sebabkan Deman korean ngan giler citer korean, sampai nak makan makanan korea. Nak2 lagi tengok citer Gumiho (serigala dengan 9 ekor yang berupa perempuan), Mi ho tu asyik makan Daging je. sampai aku terliur2.. huhu Erm dah ajak kak ob ngan jol, tapi tadi dah tak tahan sangat nak makan, nanti kite makan kat bagan lalang ye. hehehe.
nak amik gambar, amik sikit je, sebab malu berdua ngan oppa. huhu sebenarnya gi ramai2 baru best.. hihihi
Tadi puas hati giler, amik daging sampai 4 pingan, black pepper beef ngan lamb. bila kunyah daging tadi terasa sangat indah sangat. huhuu rasa dah macam minatang dah bak kata zol. hahaha. aku nak makan kat seoul garden ni sebab nak panggang daging je. huhuhu my oppa amik yong taufu dengan dessert. makan ais krim sampai 3kali. erm aku makan tadi sampai sakit urat kunyah aku, sampai nak terkeluar balik pong ada... puas hati giler... i love beef. habis la aritu cek darah, darah banyak protien.. huhu bahaya. Doc dah kata jgn makan daging banyak sngt. huhuhu
nak pergi lagi kalau de rase nak makan daging banyak2.. huhu
Nota kecik:
puas hati giler2.....
Tuesday, February 22, 2011
Cabutan bertuah Canon 2011
Cabutan bertuah Canon 2011
Cabutan bertuah oppa mase dinner canon tu dapat GPS.(baru tau sebab oppa kena collect sendiri kat hq canon.. huhu) dapat jugak GPS for my red baby. hahahahaha. lepas ni takde dah nak gaduh2 kalau nak kat mana2 tempat. Syukur. time kasih Allah. Memang sangat kene dengan situasi aku yang selalu gaduh bile nak gi mana2 sebab sesat huhuhu.
Nota kecik:
- hehehe suka2
Monday, February 21, 2011
Test Make-up: Ina 20 Feb 2011
Test Make-up: Ina 20 Feb 2011
Yeah berjaya gak make-up ini, perlu ada sedikit kekemasan rasenye.
Item yang di guna:
Naturator Code 161 - Concealer
Kryolan TV paint Stik
Loose Powder Dermacolor
Pallete Manly
Gel Eye Liner Maybeline
Rimmel Lip & Blusher
Sunday, February 20, 2011
Dinner Canon 2011, Hotel Nikko
Ais canon
Ada pelukis tadi, tapi ramai. Macam best je. dia lukis muka jadi kartun.hihi
Ada sesi photografer. Pilih background antara 7 wonder world.i got one with aie.
No lucky Draw. dapat tapi bukan grand prize. erm ok la tu. ada i pad antaranya. menci r. kalau dapat kan best. iphone 4 ke. huhuu
Welcome
Frenx oppa.
Ok la. Makanan pong not bad, Erm artis pong ok. Semua pong ok la. huhu
Nota Kecik:
Balik tibai nasi goreng cina kat kedai makan depan rumah. lapar. huhuhu. =p ok la nak tido. esok nak make-up my frenx ina saat. Chayok2 to me.
hidup akainkin
Jalan2 cari makan,
Jalan2 Cari pasal
Thursday, February 17, 2011
Apa Itu Sahabat
Semua orang ada SAHABAT masing2, dalam dunia ni semua orang ada sahabat mungkin ada yang tiada. Dan ada yang tidak mungkin akan jadi SAHABAT sebab nya mungkin xde campuran kimia. Biase la bukan semua boleh rapat dengan kita. Ok tanggungjawab yang di pikul sebagai SAHABAT ialah:
1. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
(yang ni selalu jadi masalah: Contoh ek, kalau kawan ngan dia, ngan dia je. kawan tu xleh kawan ngan orang lain pun. yang dia tahu sahabat dia kena kawan ngan dia je. ok sebagai manusia biasa memang la kite perlukan kawan tapi tak semestinya kawan tu akan bersama dengan kite. Dia pong ada life jugak. kalau xfaham konsep ni. xtahu la. Mungkin kena tinggal.. hehehe.. Aku suka anggap persahabatan seperti sebuah bintang, Boleh di lihat tapi tidak boleh di sentuh maknenya nya kite boleh berkawan dengan dia tapi tidak boleh kawal hidup sahabat..)
2. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
(yang ni pun penting. kawan tu tengah marah lagi pergi balas. erm memang bergaduh la jawabnya. kite pong ada angin dan orang lain pong ada angin dan taufan. So berdiam je la. Diam lebih baik dari bercakap..)
Setakat ni je lah. banyak lagi sebenarnya tapi dah ngantuk.. huhu sambung balik.
Nota kecik:
~ Pernah jugak bergaduh sebab xserasi.. hehehe tapi xpe lah. kawan yang sedia ada ni amat memahami aku. time kasih bebanyak pada sahabat ku masih bersamaku walaupun kawan2 xsampai seribu tapi diorang bermakna bagi aku.
~ So jaga la perhubungan sahabat selagi boleh jaga. belajar dari kesilapan. InsyaAllah boleh.
Good nite bebeh.. hehe
Jang Keun Suk in Singpore on April 23, 2011
Jang Keun Suk or Jang geun Suk.. sama je. JKS akan ada kat Singapore pada 23 April 2011 nih. Ikutkan hati nak pergi je.
Dia cakap:
"Jang went on to tell media in fluent English, "I've never been to Singapore before, but many fans were waiting for me at the airport. I don't think I'm famous overseas. So until now, I still cannot believe it."
Yuhuu. Xnampak ke MALAYSIA. huhuuh kalau dia datang M'sis mesti menjerit aku, kak liza senget ngan yatt nanti..
Erm dia kata lagi:
"A self-professed perfectionist - a trait which he said is similar to the character he played in "You're Beautiful" - Jang's dedication for his acting career is unmistakable."
huhuhu minat giler dalam "You're Beautiful". (Nasib la aie tak bace blog ni.. huhuu)
Petikan berkenaan dari : http://www.asianbite.com/default.asp?Display=3345
Nota kecik:
~ kalau datang M'si, sanggup ke aku beli tiket dia tu.. heheeh aduh
Dia cakap:
"Jang went on to tell media in fluent English, "I've never been to Singapore before, but many fans were waiting for me at the airport. I don't think I'm famous overseas. So until now, I still cannot believe it."
Yuhuu. Xnampak ke MALAYSIA. huhuuh kalau dia datang M'sis mesti menjerit aku, kak liza senget ngan yatt nanti..
Erm dia kata lagi:
"A self-professed perfectionist - a trait which he said is similar to the character he played in "You're Beautiful" - Jang's dedication for his acting career is unmistakable."
huhuhu minat giler dalam "You're Beautiful". (Nasib la aie tak bace blog ni.. huhuu)
Petikan berkenaan dari : http://www.asianbite.com/default.asp?Display=3345
Nota kecik:
~ kalau datang M'si, sanggup ke aku beli tiket dia tu.. heheeh aduh
17 February 2011
1. 17 February 2011. hari jadi Inas ari ni. My BFF dari sekolah. eppy besday inas. Ni ngah chat ngan dia. Rindu kat minah ni sorang ni. aku doa kat ko semoga bahagia selalu bersama suami dan anak tercinta. amin.
2. arini deman panaz, xpergi keje. Ingatkan aie gi keje rupanya dia amik half day. Dah salam dan dia siap2 nak gi keje. pastu tetiba ada kat sebelah. nape tah nak masuk half day. erm maybe dia nak teman aku gi klinik ngan teman makan. time kasih abg.
3.Otak ngah fikir sesuatu. erm yang aku fikir aku cam xmo gi keje dah. macam dah takde semangat nak buat keje kat situ. nak Ot pong dah susah. So tengah gagah diri nak pi keje esok. erm nak kata tak tabah memang dah bebal duk situ. kalau ada anugerah pekerja paling bebal, mesti dapat kat aku ngan seangkatan dengannya. Kat Situ ok, cuma bile dah bab ot susah, aku mula la xde mood sangat. xpe. aku akan cari semangat balik nak keje. kalau gagal jugak. aku redha je.
nota kecik:
keje jgn harap kan apa2 dan buat keje untuk dapatkan pahala. Fikir ++ selalu walaupun sebenarnya keadaan sangat negatif.
Wednesday, February 16, 2011
Milo Fuze Jam-pack Your Friends Contest, 30th December 2010 - 9th March 2011
Jom! Minum Milo sambil menangi hadiah lumayan..
Jam-Pack Your Friends Contest
by: NestleContest Period: 30th December 2010 - 9th March 2011
GRAND PRIZES:
x4 Macbook Air 11.6-inch 64 GB
x4 iPhone 4 16 GB
x4 iPad 16 GB WIFI + 3G
x5 SONY Play Station 3 320 GB
x3 iPod Touch 32 GB
ADDITIONAL PRIZE:
x5 iPod Shuffle 2 GB
External Links:
http://www.facebook.com/MiloFuze?ref=ts
http://www.milo.com.my/fuze/?%20src=nestleCorp
http://www.milo.com.my
Visit website for more details.
Terms and conditions apply.
Call1 800 883 433 for enquiries.
Terms and conditions apply.
Call
(This information was published in January 2011)
Nota kecik:
~ aku kalau boleh dapat iphone dah kira ok. huhuhu
Monday, February 14, 2011
Keje Make-Up: Permulaan
Kenapa aku cakap permulaan sebab aku nak buat test Make-up pada Ina. My bff (dari tadika lagi kawan..) Sebab my frenx ni nak tunang pada 13 March 2011 (Sama tarikh kahwin kak ina kawan mase kolej kat Ittar.. huhu).. berbelah bahagi dah ni.
Actually, xtahu lagi ina nak amik aku make-up dia ke tak sebab aku make-up yang biase2 je sebab tak amik kelas Make-up Bridal lagi. So nak cuba test ari ahad ni. Tema ina warna grey blackcurrent katanya. So yang aku terfikir satu tema je. Smokey eyes atau natural look sebab tunang kan.
Apa2 pun tunggu la minggu depan. Update minggu depan. Menggigil lak rase tangan ni. Padahal nak test make-up je. Huhuhu. Masalah terbesar aku adalah aku masih tak yakin lagi aku boleh make-up kan orang sebab aku takut tak jadi. Haih. Nasib ina ni yakin dengan aku.
Ok dah alang citer pasal Make-up smokey eyes ni: Apa itu smokey ayes. Agak popular sejak kebelakangan ni. Kalau tengok make-up ni sesuai untuk yang dak emo la konon nye kan. tapi sekrang semua smokey tak kire siang kan sebab make-up ni sesuai malam. Malam kena make-up lagi terang macam smokey eyes ni amat la sesuai.
Ciri2 Smokey Eyes: senang je
1. Ada 3 layer iaitu dark, medium dan light (ni dekat mata ye...)
2. Warna apa pun leh janji ada tone 3 color di atas tu yang femes sekali smokey eyes dark.
3. Smokey ayes ni sesuai ngan contact lense warna light gitu. pergh gojes kalau pakai lense warna light kena lak ngan smokey eyes.
Ni ada link best: untuk smokey eyes:
http://beautyandthefeastblog.com/2010/08/03/your-ultimate-smoky-eye-step-by-step-tutorial/#more-11331
Tips: dia ada berus dia tau untuk blend. kalau pi kedai belum tentu jumpa sebab dia lain dari pada lain. kekadang kite perlu guna tool make-up yang betul untuk dapatkan hasil yang Wow.. nanti aku update brush tu..
~ cuba la step tu. simple tapi cantik sangat..
Nota Kecik:
lepas ni nak make-up kawan2 yang lain. Tahun ni memang aku titik berat cita2 aku ni walaupun lambat xpe la. huhu. duit tak banyak kena wat slow2 huhuhuhu
Actually, xtahu lagi ina nak amik aku make-up dia ke tak sebab aku make-up yang biase2 je sebab tak amik kelas Make-up Bridal lagi. So nak cuba test ari ahad ni. Tema ina warna grey blackcurrent katanya. So yang aku terfikir satu tema je. Smokey eyes atau natural look sebab tunang kan.
Apa2 pun tunggu la minggu depan. Update minggu depan. Menggigil lak rase tangan ni. Padahal nak test make-up je. Huhuhu. Masalah terbesar aku adalah aku masih tak yakin lagi aku boleh make-up kan orang sebab aku takut tak jadi. Haih. Nasib ina ni yakin dengan aku.
Ok dah alang citer pasal Make-up smokey eyes ni: Apa itu smokey ayes. Agak popular sejak kebelakangan ni. Kalau tengok make-up ni sesuai untuk yang dak emo la konon nye kan. tapi sekrang semua smokey tak kire siang kan sebab make-up ni sesuai malam. Malam kena make-up lagi terang macam smokey eyes ni amat la sesuai.
Ciri2 Smokey Eyes: senang je
1. Ada 3 layer iaitu dark, medium dan light (ni dekat mata ye...)
2. Warna apa pun leh janji ada tone 3 color di atas tu yang femes sekali smokey eyes dark.
3. Smokey ayes ni sesuai ngan contact lense warna light gitu. pergh gojes kalau pakai lense warna light kena lak ngan smokey eyes.
Ni ada link best: untuk smokey eyes:
http://beautyandthefeastblog.com/2010/08/03/your-ultimate-smoky-eye-step-by-step-tutorial/#more-11331
Tips: dia ada berus dia tau untuk blend. kalau pi kedai belum tentu jumpa sebab dia lain dari pada lain. kekadang kite perlu guna tool make-up yang betul untuk dapatkan hasil yang Wow.. nanti aku update brush tu..
~ cuba la step tu. simple tapi cantik sangat..
Nota Kecik:
lepas ni nak make-up kawan2 yang lain. Tahun ni memang aku titik berat cita2 aku ni walaupun lambat xpe la. huhu. duit tak banyak kena wat slow2 huhuhuhu
Sunday, February 13, 2011
Point B!
Tempat Shopping ni ada dekat Summit Subang Jaya, kalau tengok tempat dia cam xde orang dan memang xde orang. Cuba la masuk tadi, takut gak nak masuk sebab semua barang macam branded, memang tempat branded tapi xtau yang branded nye apa. nak jadikan cite nak gi beli kasut kat BATA sebab kasut sukan xtau letak mana. huhuhu too bad bile dah berkenan kasut tu, size lak xde. kena badi ke apa aku ni xtau la nak cakap.
Setiap kali nak beli kasut yang di inginkan mesti xde size. tu yang termasuk kat Point B! ni. Rupanya barang dalam tu ada yang mahal then ada yang murah after sale 50%. erm ok jugak la tempat ni kalau nak shopping. xmahal sangat xmurah sangat. sedang2 macam gaji aku xtinggi sangat xrendah sangat.
gambar sebelah ni sale 2007 ej.jgn terpedaya. aku cari pic Point B!. ni je ada.
Erm bagi aku pergi tempat yang xramai orang mesti barang situ murah. huhuhu. teringin nak beli kasut idaman aku tu Adidas. huhuhu bile dah kahwin ni pandai pulak fikir kena jimat hehehe.
~ mesti aie terasa kalau aku cakap aku nak shopping 1 bangunan. huhuhu xpe abg. ain bahagia dengan abg walaupun S palang abg kurang. duit boleh di cari. Tapi cinta yang sejati tuh susah. hidup sementara je. wat pe nak takut susah. Allah kan ada bersama kite. :)
Saturday, February 12, 2011
Hutang Piutang
Semalam call CIMB, tanya pasal baki hutang yang perlu dibayar. Bila semak.Hutang dah abis sampai bulan ni.Rase lega Sangat. Tinggal la Hutang Keta & loan ASB. Tapi ada gak terasa nak tambah hutang baru untuk buat bisnes. bab ni kena kaji betul2 sebab takut salah wat keputusan tapi sampai bile nak takut. kalau takut kan perubahan sampai bile nak berubah.huhu. ok2. bagi peluang tahun ni je. tahun depan second plan lak. Amin. semoga termakbul.
Thursday, February 10, 2011
Make-up: Loose powder
Loose Powder: erm kalau dulu aku beli sebab nak pakai selepas pakai selepas pakai foundation dan compact powder. Lepas dah browsing kat internet ngan pi kelas basic make-up. kena pakai Loose powder selepas Foundation. Sebab apa? sebabnya:
1. nampak lagi gebu
2. nampak natural
3. nak cover muka berminyak
kalau pakai banyak2 pun xpe sebab dia bentuk serbuk so xde la nampak cam tebal.
Tipsnya:
- selapas pakai foundation, ambil loose powder puff dan sama jugak pakai foundation. dab2 kat muka (macam tekan sikit2 pada muka jgn sapu nanti xgebu gitu..)
- kalau nak cantik, layer banyak kali (dah macam kek dah.. hehee). Sebenarnya mase pakai foundation ngan loose powder la kena teliti. kalau lama lagi bagus. slow2 dab loose powder tu.
loose powder puff
Kelebihan Loose powder leh cover minyak untuk muka yang berminyak. then lepas dah apply loose powder leh apply compact powder sikit2...
Loose powder boleh juga apply guna berus dia, tapi lebih prefer pakai loose powder puff sebab lebih serap kot.. Berus pakai untuk finishing selepas makeup semua dah siap. Lagi satu, ok setengah orang akan combine foundation dengan loose powder so kalau foundation dah gelap kena pilih loose powder light sikit then sebaliknya. Then paling best loose powder jenis mineral. So natural look.
My feberet loose powder : Dermacolor loose powder sebabnya waterproof. hebat kan bedak pun ada waterproof. hehehe..
video kat bawah ni ada cara pakai loose powder cara dab2 tu.. pastu dia pakai berus.
~ suka sangat pakai loose powder selepas foundation. nampak lagi cantik & flawless yang penting gebu ok.
Monday, February 7, 2011
Mari bercerita tentang Makan: ice cream
Tetiba je teringat ice cream double ducth ni.. ngah malam mana la nak cari. Nasib la xmengandung tidak jenuh aie nak cari. aku tak tahu pun kewujudan ice cream ni ha tapi masa kejadian tu terjadi mase aku buat sushi untuk adasyut kat rumah aku ari tu. dia de blanje ice cream.. erm sedap sangat. Bila makan tu ada Marshmallows ok.. sedap sangat dicampur ada syrup cokelat, chocalte chip and kacang.. dia ada sale selalu kat GAINT RM7.99..
Double Dutch
Vanilla Flavoured Ice Confection with Chocolate Flavoured
Syrup, Marshmallows, Chocolate Chips and Cashew Nuts
from: http://www.unilever.com.my/brands/foodbrands/walls_products/Selection.aspx
Kekadang makan ice cream ni boleh kurangkan stress kalau lebih tambah penyakit.. hehehe
Di sebabkan teringin sangat makan ice krim: aku main game ice cream:http://www.freeonlinegames.com/game/ice-cream-games.html
tada.. sedap x.. huhuhuhu
~ uwaaa.nak makan sekarang ice cream ni...doraemon muncul la.. leh pinjam poket ko sekejap... hehehe
Thank to adasyut: Rekacipta Nickname & Mytagline:
Terima kasih adasyut sebab reka nama Blog aku sebelum ni "Malas nak fikir tajuk blog ni.."
Nickname ni memang dah sebati dlm hidup aku.. so aku memang suka sangat..
NickName:
A.K.A.I.N.K.I.N
Tagline ni paling aku suka: sebab ada black...
Tagline:
~ eVeN ThE BlAcK wORlD is aCtuAlly so bEautIfUl..
Nickname ni memang dah sebati dlm hidup aku.. so aku memang suka sangat..
NickName:
A.K.A.I.N.K.I.N
Tagline ni paling aku suka: sebab ada black...
Tagline:
~ eVeN ThE BlAcK wORlD is aCtuAlly so bEautIfUl..
Sunday, February 6, 2011
Make-up: Base Make-up (1st step for Make-up)
Disebabkan nak hujan, aku amik keputusan duk rumah saje. ingatkan nak gi wax kete tu.. erm maybe kena tunggu sampai cuaca betul2 elok.
So arini aku nak citer pasal Base Make-up (ini yang aku tau la.. just sharing to caring..=p).. Selalu kalau kite pakai make-up.. kite mesti terus pakai foundation then terus je pakai bedak. Ok kalau nak pi keje boleh wat lagu tu then sekarang ni pun macam2 produk ada untuk bagi cepat apply kat muka contohnya BB cream (fungsi dua dalam satu : foundation + pelembab kulit).. ok xmau citer pasal BB cream dulu. Sekrang nak citer pasal 1st Step 4 make up. Macam biase la cuci muka dulu then apply toner kasi segar muka then base make-up.
Fungsi Base Make-up untuk bagi Make-up tahan lama dan senang nak apply foundation dan ada juga fungsi bagi muka lembab supaya bila dap2 foundation tu masuk tak macam pakai topeng bila apply foundation.
Contoh Base Make-up: MAC Pre & Prime, Strobe cream MAC (kalau pakai nampak cam shimmer and glow sikit.. cantik..) atau base make-up from kryolan.
Strobe cream MAC
Ultra Makeup Base
Ultra Make-up Base, a neutralizer in the five colors of ivory, mint, blue, lilac and white achieves a natural balance to the desired skin tint.
Tips Base Make-up:
~Untuk Kulit Kering: cari Base Make-up yang ada moisturizers
~Untuk Kulit Berminyak: cari yang oil-free..
Hasil Carian di Internet:
7 Best Makeup Primers:from : http://allwomenstalk.com/7-best-makeup-primers/1. Smashbox Photo Finish Primer To Go…
2. Laura Gellar Spackle Under Make Up Primer
3. Make Up For Ever HD Microperfecting Primer
4. Too Faced Primed and Poreless Skin Smoothing Face Primer
5. Bare Escentuals bareVitamin Primer
6. Urban Decay Pore Perfecting Pore Potion
7. Fresh Twilight Freshface Glow
(Ni semua dari luar negara.. best nye kalau dapat nom. 6 tu pun xpe.. tapi ada je yang jual online kena panadai cari.. urban decay tu selalu ada jual untuk base syadow udpp..)
Kalau nak bajet leh pakai elianto nye product: sebab ada bagus juga pakai base make-up untuk perlindungan dengan bahan kimia.. macam lapik dulu dengan base make-up baru pakai foundation.
Tuesday, February 1, 2011
Make-up: Foundation (SupraColor ~ kryolan)
Nama Foundation sebelah ni Supracolor salah satu produk dari kryolan. harga lebih kurang dari RM100++. Artis dari indonesia sangat suka pakai ini, sebab tu kekadang nampak gebu je macam anak patung. Ciri2 foundation ni:
1. Krim
2. seswai untuk kulit kering, yang kulit berminyak takut tak seswai sangat sebab dia akan buat nampak kulit lagi berminyak.
3. Bila apply nampak sangat gebu dan cantik
4. Senang sangat nak apply
yang ini pun dalam list untuk di beli. (bila dapat loan. hohoho) erm berbaloi gak beli supra color. pakai sikit je nampak cantik then jimat. lepas tu puashati.
Tips Apply Foundation:
1. Sebelum Apply kena pakai base. kat pasaran ni banyak make-up. yang pernah pakai dan rase ok. Mac nye produk.
2. Apply Supracolor dia senang apply. Sapu sikit pun dah rata. kalau macam dermacolor, naturactor atau produk lain kena sapu dap2 sikit kat muka cara sapuan dari bawah ke atas.
3. then apply loose powder pun dap2 jugak. banyak kali pun tak pe sebab loose powder serap minyak/ loose powder dermacolor sangat waterproof.
Supra ni takleh make up untuk aktiviti outdoor nanti ada nampak make up cair, atau muka yang yang banyak kedut nanti nampak lagi jelas kedutan itu. huhuhuhu.
~ni je. tak nah miliki supra ni. tapi mase kahwin. mak andam tu guna supra. tapi yang heran muka aku tak berminyak. rase nya dia campur product lain sebab nampat make-up PAC. lama gak sesi foundation kat muka aku tuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)