Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Sunday, April 20, 2014

Assignment OUMH1103 2014

Ok sem satu dah lepas dengan sekali nafas tercungap2. Mencabar sebab aku dah bergelar isteri ibu pekerja TM dan pelajar. So aku ada 4 tugas dalam hidup aku. di mana semua nye nyawa aku.



1.0  PENGENALAN

Dalam kehidupan seseorang manusia, kita sebagai manusia telah belajar dari dalam kandungan ibu lagi seperti kemahiran mendengar iaitu bayi boleh mengenali suara ibunya dalam kandungannya lagi. Dan setelah bayi itu lahir ia akan belajar mengenal raut wajah ibu bapanya pula dan bau ibunya. Ini terbukti kita sebagai manusia telah terbiasa dengan kehidupan yang penuh dengan pembelajaran dari dalam kandungan ibu sehinggalah lahir ke dunia dan seterusnya meningkat dewasa. Dan selalunya ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada awal umur 2 tahun untuk mempelajari sesuatu yang baru disekolah dan seterusnya ke Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan tahap tertinggi di Universiti. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan banyak faktor yang mempengaruhi pelajar untuk cermelang dalam pendidikannya sebagai contohnya dari segi pemakanannya, persekitarannya dan yang paling penting adalah kemahiran belajarnya. Menurut Affan, O. (2007) menyatakan bahawa kemahiran belajar ini perlu  diumpamakan sejenis kenderaan dan semakin cekap kita menguasai kemahiran belajar ini, maka bertambah pantaslah kenderaan itu bagai menuju ke menara gading. Oleh yang demikian kemahiran belajar amat penting kepada semua pelajar untuk menghadapi cabaran semasa belajar dan kemahiran ini amat perlu di kuasai dengan betul khususnya kepada golongan pelajar yang tidak dapat dapat belajar secara formal iaitu pelajar pendidkan jarak jauh (PJJ) yang menyertai program pembelajaran pendidikan jarah jauh.

Sejauh manakah anda faham dengan kaedah pembelajaran pendidikan jarah jauh? Menurut Hassan, F. et. al. (2006) istilah kepada pendidikan jarak jauh (PJJ) sebenarnya adalah dalam bentuk pelbagai. Walaupun tiada definisi yang amat tepat, namun kesemua definisi mestilah mempunyai elemen-elemen asas seperti berikut iaitu (a.) pengasingan oleh jarak melalui fizikal antara pelajar dengan pengajar, seterusnya kesemua sistem komunikasi antara dua hala sama ada sinkroni atau asinkroni amat diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. (b.) Dan penggunaan kepelbagaian bahan media berteknologi sama ada bahan media cetak seperti buku, media audio seperti melalui radio, media video dan media komputer digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran. (c.) Kemudahan seperti masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar PJJ yang pelbagai dari segala aspek mengikut kemampuan pelajar. Manakala golongan-golongan mengikuti program PJJ ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang telah berkerjaya untuk mengejar impian mereka dimana sebelum ini terdapat kekangan lain untuk meneruskan pembelajaran ke tahap lebih tinggi. Dan tugasan belajar sambil berkerja bukanlah mudah kerana terdapat kekangan-kekangannya seperti kesuntukan masa, tiada buku rujukan, masalah kewangan dan sebagainya. Untuk berjaya di dalam pendidikan, kita seharusnya dilengkapi dengan kemahiran belajar, jika tiada kemahiran belajar ini, agak sukar untuk mengharungi persekitaran jarah jauh.  Di dalam senarai kemahiran belajar yang paling penting pertama sekali adalah kemahiran menguruskan masa belajar dan menguruskan tugasan hakiki sebagai seorang pekerja dan tanggungjawab kepada keluarga, keduanya adalah kemahiran kerja berpasukan iaitu sejauh manakah pelajar PJJ boleh menggunakan kemahiran ini untuk perbincangan di dalam kelas dan belajar secara berkumpulan. Dan yang ketiganya adalah kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selari dengan teknologi sekarang, pelajar  PJJ perlu menguasai kemahiran ini untuk belajar secara kendiri melalui kaedah ICT. Dan yang terakhir adalah kemahiran membuat rujukan untuk memperluaskan pengetahuan dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.

2.0  Kemahiran pengurusan masA


Pengurusan masa yang betul adalah kunci kejayaan dalam kolej. Anda perlu menguruskan masa dengan berkesan jika anda ingin berjaya. (Nadinloyi, K. B. et. al., 2013). Begitu jugalah kepada pelajar yang belajar dalam persekitaran jarah jauh yang perlu menguruskan masa dengan betul kerana kebanyakkan pelajar PJJ telah mempunyai kerjaya dan memiliki keluarga untuk melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga. Jadi disinilah kemahiran dalam pengurusan masa perlu dilaksanakan dengan kaedah yang tepat dan berkesan. Dibawah ini bagaimana cara kemahairan pengurusan masa dapat membantu pelajar PJJ dalam pembelajaran dalam pendidikan jarak jauh:

2.1  Tetapkan Matlamat Utama
Dalam pengurusan masa yang paling utama adalah matlamat, jika tiada matlamat yang ingin dicapai maka kita tiada hala tujuan untuk dicapai. Sebagai pelajar PJJ, kita semestinya mempunyai matlamat yang perlu di tetapkan sebagai contoh ingin menamatkan pendidikan selama 4 tahun dengan cemerlang. Jadi jika matlamat telah di tetapkan maka perlulah dengan di susuli dengan tindakan pula seperti membuat jadual masa.

2.2  Jadual Masa
Dalam kehidupan seharian kita, dipenuhi dengan tugasan-tugasan tetap sebagai seorang pekerja kepada sesebuah organisasi dan kemungkinan ada yang telah mempunyai keluarga. Oleh itu sebagai pelajar PJJ mempunyi masa yang terhad kerana masa perlu dibahagikan kepada tugasan kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan belajar secaran pendidikan jarah jauh. Jadi penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul perlulah membuat jadual masa untuk harian, mingguan dan bulanan. Dalam menyediakan jadual masa sendiri, perlulah mencari keutamaan dalam kehidupan seharian.

2.3  Menilai Keutamaan
Sebelum membuat jadual masa, perlu mencari keutamaan dalam yang paling utama, bermaksud cari perkara yang paling utama untuk dilakukan dulu sebagai contoh: jika berkerja dari pukul 8pagi sehingga 5petang, perlulah selesai tugas sebagai seorang pekerja dan jika ada keluarga perlu luangkan masa untuk bersama keluarga dan sebagai seorang pelajar PJJ perlu tentukan apa yang paling utama pula dalam belajar seperti perlu siapkan tugasan belajar dahulu dan kemudian perlu mengulangkaji pelajaran pula. Di sini perlu mencari apa yang paling penting utama untuk dilakukan. Dalam mencari keutaman ini, perlulah berdisplin selepas jadual masa dan keutamaan telah ada.

2.4  Displin Diri
Setelah membuat jadual masa untuk membahagikan semua masa kepada perkara yang paling penting untuk mancapai matlamat yang telah ditetapkan, di sinilah bermulanya cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut iaitu perlu berdisplin mengikuti jadual masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai seorang pelajar PJJ yang mengikuti pembelajaran jauh perlu menguruskan masa dengan betul agar dapat membantu dalam kehidupan seharian sebagai pelajar PJJ.

Menurut Nadinloyi, K. B. Et al. (2013) telah mengesahkan bahawa kajian menunjukkan bahawa kemahiran masa boleh dilatih. Memandangkan hubungan antara masa pengurusan dan pencapaian akademik menyebabkan peningkatan dalam pencapaian akademik, terutamanya di kalangan pelajar yang pengurus masa yang lemah. Oleh yang demikian kemahiran dalam pengurusan masa amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang itu. Tetapi secara individu belajar amat sukar juga dalam persekitaran belajar jarah jauh kerana memerlukan sokongan dari individu - individu lain untuk berjaya seperti berlajar dalam kumpulan lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.


3.0  Kemahiran KERJA BERPASUKAN

Ahli pasukan mestilah cukup fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja kerjasama di mana matlamat dicapai melalui kerjasama dan saling bergantung sosial daripada individu, matlamat kompetitif. (Luca & Tarricone, 2002)  Secara am jika kita belajar secara sendirian kita lebih tertumpu kepada pendapat dan pemikiran kita sahaja. Tetapi jika berlajar secara berkumpulan maka idea dan pemikiran boleh dikongsi dan kembangkan lagi. Jadi di sini kemahiran kerja berpasukan itu mesti ada dalam persekitaran pendidikan jarak jauh, ini dapat membantu pelajar PJJ dalam perbincangan kelas ataupun belajar secara berkumpulan.

3.1  Kerjasama dalam Perbincangan dan tugasan
Dalam kemahiran kerja berpasukan ini perlu ada sifat kerjasama dalam diri pelajar PJJ. Ini penting dalam penglibatan pelajar PJJ di dalam kelas khusuh jika ada perbincangan atau perlu menyelesaikan tugasan belajar, pelajar PJJ perlu memberi kerjasama dan kemahiran kerja berpasukan ini amat penting bagi tugasan yang memerlukan penglibatan antara kumpulan. Jika tiada maka sukarlah seorang pelajar PJJ untuk belajar dan mendapat markah yang sepatutnya kerana kelas untuk pendidikan jarah jauh hanya paling minimun iaitu mungkin 4 – 6 kelas sahaja. Jadi jika perlu ada penglibatan dalam kelas perlu memberi kerjasama agar tidak ketinggalan. Dan agar tidak ketinggalan perlu belajar secara berkumpulan juga.

3.2  Belajar secara berkumpulan
Menurut Nor, K. M. (2002), belajar berkumpulan secara amnya lebih berdaya maju dari berseorangan dalam semua pekerjaan dan aktiviti. Ini akan untuk meningkatkan kecenderungan  kepada kadar kelajuan bekerja apabila dalam kumpulan terutamanya bagi kerja yang mudah. Kenapa perlu belajar secara berkumpulan untuk pelajar PJJ? Ini kerana sebagai seorang pelajar PJJ mempunyai kekangan masa untuk berjumpa pelajar lain dalam kelas yang sangat terhad iaitu dapat berjumpa jika ada kelas sahaja. Jadi kemahiran kerja berpasukan perlu ada disini agar dapat mencari kumpulan pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Jika tiada kemahiran ini maka sukar untuk pelingbatan belajar berkumpulan yang banyak kebaikan dan kelebihan untuk pelajar PJJ. Selain menyertai belajar di forum, pelajar PJJ jugak perlu ada kumpulan belajar untuk belajar secara berkumpulan. Menurut Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun) kajian menunjukkan pelajar yang berkeputusan tinggi menunjukkan bahawa mereka lebih seronok ketika berbincang dalam kumpulan dan berkongsi idea ketika bekerja.

Menurut Luca & Tarricone (2002) telah  mengesahkan bahawa jika jika mempunyai kemahiran kerja berpasukan di dalam kumpulan belajar lebih berjaya dalam pembelajaran. Kajian mereka ke atas dua kumpulan belajar iaitu satu kumpulan belajar yang berjaya dan satu lagi adalah kumpulan belajar yang kurang berjaya. Faktor kerjayaan dalam kumpulan belajar berjaya adalah memberi komitmen yang penuh pada kumpulan, saling bergantungan antara satu sama lain dalam kumpulan, kemahiran interpersonal seperti hormat menghormati, mengamalkan komunikasi terbuka dan maklumbalas yang prositif dan menghargai sesama yang lain. Oleh yang demikian kemahiran kerja berpasukan penting dalam pembelajaran persekitaran pendidikan jarah jauh banyak membantu pelajar PJJ untuk berjuang dalam pembelajaran di samping memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang perlu dalam dunia yang semakin serba canggih ini. 

4.0  Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak jauh (PJJ) semakin berkembang. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah mula diaplikasikan sebagai perlbagi cara merentasi tahap dalam pendididikan hari ini. (Hassan, F. et. al., 2006). Mengapa kemahiran ICT amat penting kepada golongan pelajar PJJ? Ini kerana secara keseluruhan pembelajaran ini berasaskan ICT seperti menggunakan komputer, e-mail untuk perhubungan tutor dan pelajar lain serta berforum. Jadi kemahiran ini begitu penting dalam persekitaran pembelajaran jarah jauh:

4.1  Perkakasan ICT
Dalam semua kemahiran, kemahiran ICT inilah asas dan sebagai tunggak utama dalam konsep pembelajaran jarak jauh ini. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting. (Hassan, F. et. al., 2006). Pertama sekali sebagai pelajar PJJ perlu menguasai bagaimana menggunakan perkakasan ICT seperti komputer dan sebagainya. Perkakasan ini sebagai modul perantaraan antara konsep pembelajaran jarah jauh sebagai contoh pelajar PJJ perlu ada sebuah komputer di rumah untuk aktiviti pembelajaran jarak jauh.  Selain tahu menggunakan komputer, perlu juga tahu menggunakan alat belajar kendiri secara pembelajaran jarak jauh seperti contoh seperti CD-ROM, aplikasi- aplikasi microsof untuk menyediakan tugasan dan aktiviti pembelajaran. Jadi ini amat membantu dalam mengharungi pembelajaran secara pendidikan jarak jauh. Jika kemahiran ini di kuasai dengan cemerlang maka pelajar PJJ boleh belajar secara kendiri seperti mencari bahan untuk pembelajaran secara kendiri di internet.

4.2 Internet
Selain itu, informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati dijaringan internet. Kini kemudahan internet ini boleh di dapat di mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini semakin mudah, fleksibel dan cepat. (Hassan, F. et. al., 2006). Dalam pembelajaran PJJ perlu menguasai cara untuk menggunakan internet kerana untuk mendapatkan maklumat untuk sumber belajar adalah sangat penting. Kemahiran ini amat membantu pelajar PJJ dan bonus kepada sesiapa yang menguasainya. Sebagai contoh pelajar perlu menyelesaikan tugasan dan memcari maklumat contohnya perlukan artikel atau buku sebagai bahan tugasan, jadi pelajar PJJ kurang masa untuk pergi perpustakaan mencari bahan-bahan tersebut. Jadi pelajar PJJ boleh mencari maklumat di jaringan internet dan selalunya pusat institusi telah menyediakn perpustakaan secara atas talian. Jadi pelajar PJJ senang mendapatkan maklumat dan bahan belajar. Selain mendapatkan maklumat di internet, pelajar PJJ perlu berkomunikasi dengan tutor dan pelajar lain di forum yang terdapat di portal.

4.3 Portal Institusi
Dalam tempoh pendidikan jarah jauh, nadi kepada seorang PJJ adalah menggunakan portal yang di sedikan oleh pihak institusi. Di dalam portal pendidikan jarah jauh terdapat kemudahan untuk pelajar PJJ, jadi di sini kemahiran ICT amat penting semasa ingin mengunakan portal pendidikan jarak jauh ini kerana terdapat kemudahan seperti forum untuk pelajar dengan e-tutor berbincang, terdapat modul pembelajaran, melihat markah-markah tugasan atau markah ujian, pembayaran dan sebagainya. Sebagai contoh pelajar ingin berbincang dengan e-tutor, pelajar PJJ boleh melayari forum untuk bertukar pendapat dengan pelajar lain. Kemahiran ICT ini memudahkan pelajat PJJ untuk belajar secara lancar dengan menguasai kemahiran ICT dan ia sangat fleksibel iaitu pelajar PJJ boleh menguruskan pembelajaran mereka sendiri.

            Dalam kajian Hassan, F. et. al. (2006) menyatakan bahawa ICT dan pendidikan jarak jauh amat sinonim dan pendidikan jarak jauh dan ICT memang tidak dapat di pisahkan dan telah mengesahkan bahawa ICT memang relevan untuk pendidikan jarak jauh. Dan telah mengesahkan seramai 80% pelajar cemerlang mengaku menggunakan ICT sebagai bantuan dalam proses pembelajaran iaitu untuk membuat tugasan (50%) dan berhubung dengan rakan-rakan dan pengsyarah 45% . Ini mebuktikan bahawa kemahiran ICT amat membantu dalam mengharungi pembelajaran secara persekitaran pendidikan jarak jauh serta dilengkapi dengan kemahiran membuat rujukan untuk melengkapkan pembelajaran.

5.0  Kemahiran membuat rujukan

Dalam kemahiran membuat rujukan adalah merujuk kepada membaca atau mencari bahan-bahan rujukan tambahan kepada pembelajaran pada sesuatu subjek. Pelajar PJJ amat perlu membiasakan diri untuk mencari maklumat dan bahan-bahan di perpustakaan, tetapi diera ini dan persekitaran pembelajaran jarak jauk amat menghadkan masa untuk pelajar PJJ untuk berada di perpustakaan jadi pelajar PJJ seharusnya bijak untuk melatih kemahiran membuat rujukan juga walaupun tidak berada di perpustakaan, pelajar PJJ boleh membuat pilihan untuk menggunakan perputastakaan atas talian yang di sediakan oleh setaip institusi sebagai contoh di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyediakan perpustakaan atas talian ini bermakna pelajar PJJ di instituisi tersebut boleh mencari rujukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja. Menurut  Jaafar, H. et. al. (2007) dengan mempunyai kemahiran membuat rujukan ini, pelajar akan lebih menguasai dan  memahami lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran tersebut. Bagaimana kemahiran belajar boleh membantu pelajar PJJ dalam mengharungi persekitaran jarak jauh?


5.1  Menguasai Sesuatu Mata Pelajaran
Dalam sesuatu pembelajaran mata pelajaran, pelajar PJJ akan diberikan modul untuk bahan kendiri belajar tetapi dengan menguasai kemahiran membuat rujukan maka pelajar PJJ lebih memahami konsep mata pelajaran tersebut ini akan memperluaskan pengetahuan terhadapat mata pelajaran tersebut dan juga akan menambahkan nilai kepada pembelajaran pelajar PJJ. Kemahiran ini sebagai tambahan penting kepada pelajar PJJ selain menghadiri kelas, berbincang diantara pelajar dengan pengajar. Kebaikannya juga adalah dapat mengisi dang melengkapkan fakta tentang sesuatu pembelajaran, dapat memperbetulkan fakta-fakta atau konsep yang tersalah catat dan meningkatkan lagi motivati pelajar PJJ untuk belajar. Jadi pelajar PJJ tidak hanya tertertumpu kepada modul pelajaran sahaja tetapi dengan sedikit usaha akan memberi pelajar PJJ bonus tambahan untuk berjaya dengan kemahiran membuat rujukan ini. Selain menguasai mata pelajaran pelajar juga akan di beri tugasan untuk setiap mata pelajaran.

5.2 Membantu membuat tugasan
Untuk setiap mata pelajaran akan ada tugasan yang akan diberi. Jadi dalam kemahiran membuat rujukan amat mebantu pelajar PJJ untuk menjayakan tugasan tersebut. Dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh akan mempunyai kekangan – kekangan apabila menyiaplan tugasan jadi dengan kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ boleh menyelesaikan tugasan tersebut. Dalam menyiapkan sesebuah tugasan amat memerlukan bahan-bahan rujukan untuk memberi idea dan rujukan dan kemahiran ini juga akan menjamin dapat meningkatkan hasil laporan,  tugasan dan sebagainya. Contoh untuk rujukan seperti ensiklopedia, jurnal, majalah dan internet. Dan juga akan menunjukkan pelajar PJJ tersebut berpengetahuan luas dalam mata pelajaran tersebut.



5.3 Persediaan Peperiksaan
Kemahiran membuat rujukan juga bermanfaat dalam membuat persediaan kepada peperiksaan, sesetengah soalan untuk peperiksaan memerlukan pengetahuan untuk menjawab persoalan tersebut. Oleh yang demikian kemahiran membuat rujukan ini amat diperlukan ini akan membantu pelajar PJJ untuk menduduki peperiksaan denga lebih yakin. Dalam pembelajaran pendidikan pelajaran jarak jauh akan diberi bahan belajar kendiri untuk belajar tetapi dengan kemahiran membuat rujukan akan melengkapkan pembelajaran pelajar PJJ walaupun belajar secara PJJ tetapi masih dapat menguasai sesuatu mata pelajaran tersebut dan akan memberi kecermelangan dalam perperiksan dan tugasan iaitu markah  kepada pelajar PJJ bergantung kepada kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ tersebut.

Dalam hasil kajian Jaafar, H. et. al. (2007) menunjukkan kemahiran membuat rujukan adalah tertinggi dari kemahiran yang lain pada pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.  Menurut Jaafar, H. et. al. (2007) menyatakan bahawa sebagai seorang pelajar, mereka tidak perlu bergantung kepada nota-nota atau modul pembelajaran sahaja, mereka perlu membuat rujukan untuk mengukuhkan lagi penguasaan terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut. Oleh yang demikian ini membuktikan kemahiran membuat rujukan penting dalam mengharungi persekitaran pembelajaran jarak jauh untuk lebih berjaya dalam pendidikan seseorang pelajar jarak jauh tersebut.

6.0 cadangan

            Cadangan yang terbaik dalam kemahiran belajar untuk menghadapi suasana pembelajaran pendidikan jarak jauh:

A.)  Cadangan Pertama adalah dengan melaksanakan perancangan pengajian yang memerlukan jadual yang iaitu sentiasa meninjau dan mengekalkan jadual untuk mengikutinya dalam masa yang melaksanakan perancang masa disusun mengikut keutamaan dan simpan senarai semak tugas selesai dan cemerlang, Sebagai contoh dalam era teknologi maklumat tinggi pada masa sekarang terdapat banyak pilihan untuk membuat jadual belajar secara efektif seperti menggunakan ”smart phone” sekarang mempunyai  aplikasi ”Android” untuk jadual belajar di dalam telefon mudah alih pelajar, jadi pelajar boleh membuat peringatan untuk masa belajar yang di tetapkan jadi masa lebih teratur kerana mempunyai jadual belajar di telefon pelajar.

B.)  Cadangan keduanya ialah jika dulu ingin belajar berkumpulan perlu berjumpa di suatu tempat untuk berbincang, tetapi dengan dengan dunia canggih sekarang semuanya boleh di buat di telefon mudah alih pelajar jarak jauh dan dengan masa yang terhad. Sebagai contoh pelajar boleh menggunakan aplikasi ”whatassp” untuk membuat kumpulan belajar jadi di mana sahaja berada boleh hubungi kumpulan belajar untuk sesebuah perbincangan. Di sinilah kemahiran kerja berpasukan perlu di terapkan untuk belajar secara berkumpulan.

C.)  Cadangan ketiga adalah tidak semua pelajar PJJ mahir dalam menggunakan ICT iaitu komputer, internet dan portal institusi. Oleh itu pelajar PJJ boleh mengikuti kursus ICT untuk menguasai lebih dalam penggunaan ICT. Kebanyakkan kursus ini selalu di tawarkan dan boleh juga belajar sendiri di jaringan internet atau membeli buku untuk belajar sendiri.

D.)   Dan cadangan terakhir ialah tidak semua pelajar dapat menguasai kemahiran membuat rujukan yang amat penting dalam pembelajaran, maka cadangannya adalah pihak institusi perlu memberi kesedaran kepada pelajar PJJ dengan memberi taklimat betapa pentingnya kemahiran belajar antaranya adalah kemahiran membuat rujukan akan menentukan kejayaan seseorang pelajar PJJ tersebut.

7.0 kesimpulan

            Dalam erti kata lain tiada jalan pintas untuk berjaya dalam pelajaran lebih-lebih lagi dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh yang amat mencabar melainkan dapat menguasai kemahiran belajar yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka dalam persekitaran jarak jauh. Walaupun terdapat halangan masa, tanggungjawab kepada kerja dan keluarga tetapi dengan sedikit strategi terhadap kemahiran-kemahiran belajar, masalah – masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar PJJ dapat diselesaikan. Belajar tanpa kemahiran belajar ibarat pergi berjuang ke medan perang tanpa stategi dan senjata. Semua kekangan yang ada dapat diatasi di dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh jika pelajar PJJ pandai untuk mengunakan kemahiran-kemahiran belajar tersebut.

( 3036 Patah Perkataan)


APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Affan, O. (2007). Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar. Ampang: PTS Litera            Utama.

Aziz, M., & Ahmad, N. (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan    Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak. (Malay). Jurnal          Pendidik Dan Pendidikan, 23, 29-47. In Ebscho ( OUM Digital Collection).

Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun). Pola Gaya Pembelajaran          Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang          Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space     Di Universiti Teknologi Malaysia. 1-225. [Online].             Available:http://eprints.utm.my/2341/ [2014, February 24].

Hassan, F. et al. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh; kesedaran Dan   Pendedahan dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 1-51. [Online].             Available:http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_            Kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunika si_(ICT).pdf [2014, February 24].

Jaafar, H. et. al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar          Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, Utm Johor. Jabatan Asas Pendidikan     Universiti Teknologi Malaysia.1-90. [Online].             Available:http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf [2014, February 24].

Luca, J., & Tarricone, P. (2002). Successful teamwork: A case study. 640 – 646.     

Nor, K. M. (2002). Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di Universiti.    Pahang: PTS    Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nadinloyi, K. B. et. al. (2013). The Study Efficacy Of Time Management Training On        Increase Academic Time Management Of Students. Procedia - Social and        Behavioral Sciences. 134-138. [Online].             Available:http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042813015905    [2014, February 24].

Noor, M. Y. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya:      Fajar Bakti Sdn. Bhd.



2 comments:

isyaSamsuddin said...

salam sis, siapa lecture yg mengajar sis?

Sure Tak Kecewa said...

Assalam...akak nak minta izin copy assignment..format apa ni akak lemah sikit..akak nak buat rujukn ttng format apa...harap dpt membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...