Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Thursday, September 15, 2011

3 hari tanpa dia...



blogger-emoticon.blogspot.com 3 hari tanpa aie.. lain sungguh la aku rase.. bile ada depan mata wat dek je.. and ada je menda nak gaduh2. huhuhu. sebab wat mase sekarang dia kuat tolong aku. aku dah pregyy. bile aku dah duduk. mula la susah bangun.. yang feberet.. abg nak air.. abg amik remote.. abg nak lap top abg tu ini. erm bila dia takde ni.. aku la bungun duduk sampai kejung kaki aku...

selalu kalau tym cuti aku suka jenjalan even takde duit pun.. ni nampak gaya nya duk umah je la. yang boleh kuar pun sebab nak OT je kat ofis. aku tak berani nak kuar jenjalan sensorang waktu sekarang. takut efek baby. dah la sekarang macam2 hal.... barang baby pun tak beli abis lagi.. beli sikit2. dapat gaji je beli...

Sekarang ni lak, tetibe tuan rumah nak jual rumah ni kat aku.. hati aku memang berbunga la tapi takut takde duit je.. yela beli umah second hand manyak pakai duit. nasib la dia tak minta deposit awal2... dia suruh proses loan rumah je. yang lawyer rumah konsi dengan dia.. tuh laminggu depan la cuba..loan bersama.. nasib la aku kahwin ari tu takde loan bagai... tidak naye aku komitment tinggi nak loan... nebesnye.. harap loan rumah ni lulus la...

ok la nak mandi2. nak tido umah mak malam ni... harap aie selamat pergi dan sampai. sayang abg...

Sunday, September 4, 2011

4 September 2011



Holaaa. lama tak update belog ni, dah terbiar macam lalang tepi rumah kak senah je. aku pun terbizi sejak2 dah jadi mak buyung memang xlarat nak menulis. ingat dulu nak tulis la macam2 bagai pasal keje make-up aku aku tu. dah terkubur di situ. Actualy bukan la aku nak berhenti tapi Hold dulu. Lebih focus pada my baby. kalau ada mase lapang pun, aku search isu HAMIL je. ini memang rutin pada mereka2 yang dah hamil, akan automatik akan nak baca isu hamil, ni untuk yang first tym nak jadi IBU. excitednye lebih.



Ni dah bulan bulan 9, lagi 3 bulan untuk tarikh EDD (Estimated due Dated) aku pada 15 Dec ni, gentar tak gentar jugak la, tapi tetap kena lalui jugak. Sepanjang aku mengandung ni bermacam citer dan kisah la aku bace. kekadang sonok bile ada yang citer kenangan yang mani bile bersalin adalah masa 1st tym tengok muka baby. dan ada gak yang citer2 ngeri la macam bersalin kat situ tak elok la kat sini tak elok. For me, aku suka dengar cakap mak aku. ma cakap semua ni keje tuhan, berserah je apa2 pun adalah takdir kite. tak kisah la kat mana bersalin tapi kena berserah pada Allah. ni mak aku punya cakap. Dia selalu berfikiran positif. Aku suka. aku tak suka orang yang bercakap negatif je sebab yang banyak cakap tu bukannya tahu apa pun, cakap je lebih. huhuhu.


Ni pasal BF (breastfeeding) lak, ni pun macam la jugak aku dengar dan baca, ada kata tetek besar tak semestinya ada susu keluar. dan ada jugak ibu yang give up bile susu sikit mase 1st tym kan bagi FM (formula Milk)terus dan baby terus nak isap FM je dah tak mau BF ibu. For me aku tak pernah lalui lagi so tak tahu lagi apa akan jadi. Lagi sekali mak aku cakap, mase kite bersalin tuhan dah bagi susu dekat tetek kite, kalau kite bagi susu tu banyak la keluar nye, kalau tak bagi memang takde la. tak kisahla tetek tu besar ke tak. janji kite rangsang ASI (Air Susu Ibu) tu keluar dengan bagi baby isap selalu. haih macam2 ye. aku memang nak BF anak aku. insyaAllah dengan izin tuhan, kalau ada rezeki BF baby, aku syukur sangat. kalau takde, kena la bagi FM kat baby aku ni. tapi kalau boleh nak BF sebab aku tak nak bagi FM. Sebab susu ibu yang terbaik untuk baby. :)

link ni untuk ibu berkerja yang nak BF - Klik Di sini. ada macam2 lagi. aku pun suka duk menepek dekat susuibu. com


Cloth Diapers or lebih di kenali sebagi CD untuk yang tahu dan amik tahu. Aku tetarik sangat sebab dia ada macam2 corak ngan warna macam kat bawah ini.



Entah nape la aku tertarik dengan CD ni, sebab aku rase jimat, actualy tak jimat kat mase tapi jimat kat poket aku. hehehe. ini ada gak orang cakap wat susah je kalau pakai CD ni nak selalu kena basuh la. takkan tiap2 hari nak basuh dan larat ke nak membasuh tiap2 hari. ni aku pun tak lalui lagi cam mana tapi aku ada gak bace blog orang pakai CD ni ok je. Sekurangnya kena ada 20 CD, untuk permulaan ni aku nak bajet ada 7 keping je termasuk insert dia. Aku nak cuba jugak walaupun susah di mulut orang tapi why not aku cuba just take challenge. hehe.




Ni pengenalan dia. Setakat ni aku dah beli 5 pasang dari lunatots and aku nak cuba yang dari Autum lak. pastu nak beli sikit2 tiap bulan. Xyah fikir pasal duit nak beli diapers biase tu. ni kena mintak kerja sama ngan mak aku ni. Sebab dia yang nak jadi jaga anak aku. Doa la kulit bay ok dengan CD ni. amin. jimat pun jimat.


Pasal jimat menjimat ni, ada gak cakap dekat aku, cukup ke belanja nak ada anak ni, kekadang bunyi macam perli aku, tapi aku suka pusing menda tu jadi positif, and aku anggap je sebagai nasihat even dalam hati aku 80% macam perli hidup aku. tak kisah la wei, Sebelum aku amik keputusan nak kahwin ni, aku dah fikir masak2 ngan aku dah sanggup nak amik dugaan kalau tak cukup duit pun. aku redha sebab setakat tu je rezeki aku. kalau aku Ot manyak, manyak la dapat, kalau aku malas takdela duit. tul idak. tapi kalau orang bersyukur ni Tuhan selalu tambah rezeki dia. memang betul pun.lepas kahwin naik gaji NUTE tu. Dulu gaji 1k lebih pun dah cukup sekarang gaji 2k lebih pun tak cukup. semua nye atas kite, kalau pandai jimat hidupla. ni nak ada anak, aku pun berserah je pada Allah, sebab anak ni pemberi rezeki pada ibu dan ayah dia. :) aku tak takut susah tapi aku takut kalau aku tak sedar diri siapa aku. hahaha..


Macam2 citer dan kisah hidup aku dengar, kalau dengar sangat boleh jadi down aku, tapi aku suka borak2 ngan mak aku. mak aku selalu bagi semangat kat aku. Suka2. bukan pe kakadang orang citer macam2 kat aku, aku mula la sedey giv up. ye lah citer yang tak elok je. suka macam tu. bukan nak bagi semangat. ni nak kondem lagi. sebab itu kena duk ngan orang yang bercakap positif, hidup kite akan penuh dengan semangat. abaikan mulut2 puake tu. huhuhu. yang penting kite tahu apa kite buat.


Dan pada sesape yang nak jadi ibu 1st tym, kite nasihatkan kat sini banyak membaca dan amik pengalaman dari mak kite ke atau sesape lah. kalau yang citer negatif, tu cuba la cari punca kenapa jadi macam tu. yang penting fikir positif selalu. kalau ada yang suka citer buruk pasal ngandung ni dengar kan aje. ingat berserah je pada tuhan. Doa selalu supaya semasa mengandung dipermudahkan untuk bersalin.


ok. bye. nak gi masak. lapo... manyak menda lagi nak kongsi.. huhhu ~ entry macam ibu2 sudah. =p

Friday, July 15, 2011

Supplement? Semasa hamil.


Amalan membaca amat elok untuk kite... aku ni suka search pasal kehamilan. search2 pastu terjumpa macam2 supplement. aku check up Dr. bagi acid folid je. heran aku lak sebab ramai blogger2 ibu dapat macam2.

maybe aku ada cyst sebab tu tak dpt kot yang lain2. aku pun taku nak makan macam2. apa yang aku displin sekarang:

1. Acid Folid - setiap hari
2. Kismis
3. kurma
4. Susu anmum cokelat

ni je sampai aku 18 minggu ni.

Sekarang yang menarik ni aku nak cuba shaklee :

SET 2 - utk 2nd & 3rd trimester
  • 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • 30's vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
  • 30's capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)

kebaikan shaklee ada dekat sini

Dengan neorogainPB sekali...


Aku janji masuk 5 bulan ni aku displin nak makan menda ni semua... korang yang dah preggy rajin2 la cari ilmu untuk kebaikan BB.. xrugi tapi apa2 pun perlu tanya dr. :)

Tuesday, July 12, 2011

Preggy : 4 Bulan



Hola. dah lama giler tak jenguk ke diari maya aku ni, aku jarang nak menulis tapi banyak menda idea, cuma tangan aku susah nak menaip. dah la keje duk menaip je. hehee. bukan apa sebelum ni penat...huhuh asal balik umah. masak dinner pastu terjelepuk atas kerusi tengok tv. Sampai masa tidoq. Nasib la dapat suami yang amat memahami aku yang sedia malas sebelum preggy. dah preggy lagi malas.

Ada berita gembira gak, kak aini dengan kak la pun join the club preggy. happy for my sis.
Sepanjang preggy ni aku asyik search pasal preggy je. lupa nak update satu buku. my lovely frenz yang hadiahkan. Diari hamil.


Tadaaaaaaaa. naik lebam dah aku baca. sampai dah hafal muka surat. hahaha. Sebab aku ingin tahu sangat. dia citer semua pasal preggy. sangat berguna pada yang 1st preggy sebab zero knowledge. :) tq beb sebab hadiahkan buku ni.

Sepanjang trimester pertama ni. aku takde alahan morning sickness. Syukur sangat. Cuma ada:
1.) Angin dekat perut buat nak terkentut je.
2.) Kuat buang air kecil tengah malam
3.) penat
4.) lepas lunch pi tido kat surau sebab ngantuk
5.) mudah lupa apa aku buat. lose sekejap.

ni je tanda2 nya.

Sekarang dah masuk trimester kedua bermula dari minggu ke-13.

1.) selera makan bertambah seiring dengan berat aku sekrang dah 62kg. berjaya dan jayanya aku menambah berat. tapi aku nah gemuk dulu.so tkade risau sangat sebab aku tau nak kurus cam ne. huhuhu harap boleh kurus la.

Sekrang dah 17 minggu nak masuk 18 minggu. ni perut aku sekarang. besar jugak. huhuhu campur lemak sedia ada lagi.

** siap ada pin FB lagi.


Sekrang ni sakit kat bhgian rahim bawah. borak dengan kak rosma: sebab bb nak besar itu yang sakit2. pastu pedih hulu hati. kena makan selalu. tym camni la aku teringat kat mak aku yang mengandung kan aku. penat lelah dia bawak aku ke hulu hilir ngan perut boyot ni. bila preggy buat hati aku sayu je dan tenang je.

kekadang aku suka cakap sensorang. konon cakap ngan bb. hehehe. kalau mandi. selalu cakap. bb nak mandi? pastu letak perut kat bawah air hujan, ada sekali tu aku rase perut aku bergerak. tak tahu dia suka ke tak. aku just anggap dia sukaaa he... ngeeee hehehe :)

aku check up sekali sebulan.kalau ikot hati aku,tiap2 hari nak scan nak tengok heartbeat bb. bila duk sensorang. mula la aku fikir macam2. tapi hati aku percaya jika kehendak Tuhan. aku berserah je. sebagai manusia biasa aku nak yang terbaik. tapi jika di uji aku kena terima. tawakal pada Allah shj. :)

ok sampai sini je. sebenarnya nak sambung lagi. tapi aku dah nak tito. ngantuk. huhuuh esok lak pasal suplement semasa hamil. nak cuba shaklee. tunggu nextgaji. i akan proceed je..






Thursday, May 19, 2011

10 Minggu Perggy

Hari ni 19 May 2011, genap 10 minggu dan 2 minggu lagi nak masuk ke trimester ke 2. bermakna 2 minggu lagi nak habis trimester pertama.

Morning sickness selalu jadi pada trimester pertama. Buat masa ni xde lagi pa2 mual ke, muntak ke cuma muntah terlebih makan ado la. Pening biase je kot sebab keje. Tapi yang paling ketara badan cepat penat dah kuat tidor. tengah kuat kencing. bangun kencing bangun kencing. kekadang rase macam mimpi je bangun tu. hahaha.

Mengindam:entahla sebab aku kuat makan kot, cuma masa mula2 tu rase nak makan bubur yang ma buat tu je. dengan rase cam nak makan tempat madu tu. hahaha tapi wat tak tahu je. Nafsu tu sebab hormon tak stabil.

Perangai:aie just cakap aku lagi manja or ngade cam budak2. aie kata entah2 perempuan. dont la. Cuma wat mase ni aku macam malas nak make-up2 orang. huhu ada tym je rajin. abis tergendala projek make-up aku. huhu.

Perubahan badan: biase la perut aku yang nampak dulu sebab memang asal dah buncit. Berat sebelum ngandung 55 kg, pastu lepas check up 57 kg. So naik 2 kgi untuk mase dua bulan. aku harap ok la tu. Cam dada dah besar ketara sangat. huhuhu kawan aku da cakap kalau nak nyusu badan kena niat awal2. Aku pung harap dapat nyusu anak aku nanti. Amin.

Acid Forlic: ni makan setiap ari. tak tahu sampai bile.cuma tiap2 pagi aku makan kurma dulu pastu telan acid forlid ni. Baik untuk baby.

Surver: tempat nak bersalin.kepalaotak aku fikir satu je kat PPUM, servay nya servay tak perlu bayar apa2 just bawak GL je. syukur.

harap semua nye berjalan lancar walaupun lepas ni meybe ada dugaan. :)

Sunday, May 1, 2011

10 May - 2 bulan


Sekarang baru 6 minggu lebih. Belom masuk 2bulan. perut aku membesar dengan cepat. 10 may ni baru masuk 2 bulan. Aku ngah imaginasi perut aku seperti kat bawah ni. Aku rase perut aku cepat besar ni sebab memang perut buncit sebelum preggy.

lepas dah preggy ni malas nak kuar dating aie. nak duk umah je. kuar umah pun sebab shopping barang dapur. penat je memanjang.

Doa supaya semuanya berjalan ngan lancar. Aku yakin dengan kuasa Allah. :)

check up bulan ni ada dua kali :
1. 13 may - dr. zana level 26 annexe 2
2. 24 may - dr suresh PPUM

*** Cuma lidah ni teringin minum air gas. huhuuhuhu mak tahan ni.. coke oh coke


Friday, April 29, 2011

Mingu yang penat.

Hai. lama xupdate diari maya akainkin ni. hehe. minggu ni dengan mingu lepas aku, badan aku rase penat. macam berlari 10 km je. cuma ari ni je rase ok. back to normal. cuma banyak angin. sekrang aku tak fikir sangat pasal cyst tu dah. aku pun tak tahu pe dah dalam perut ni. aku percaya dengan apa aku rase dan aku 100% aku berserah pada Allah. Aku hanya doa apa yang terbaik p
ada aku.

Minggu depan aku g training, training for Exec. aku pun tak tahu motip pe pasal aku yg non exec kena pergi. memang sah la kena bawak keta ngan bangun awal 3 hari berturut. lantak la. aku redah je. cuma aku pelik dan selalu pelik kena p training yang takde kene mengena. xpe. tambah ilmu. think positif.

Minggu ni dayah last day. minggu depan2, no dayah dah. hilang kawan yang selalu bagi nasihat bernas kat aku selama ni. lagipun aku ingat dia nah naikkan semangat masa aku down kemuncak tu. TQ dayah. ni je yang aku nak cakap selalu. mungkin nasihat ko masa tu buat aku semangat masa tahap genting. orang lain lihat masa tu dengan cakap padam muka dekat aku tapi hanya ko je dayah. up balik semangat aku masa tu. bukan senang nak bertahan kat custcare. what ever pun, aku bangga sangat sebab bertahan lama. lg sekali TQ dayah. :) all the best kat tempat baru.


blogger-emoticon.blogspot.com
Cuma sekarang ni aku tertanya personality sesorang ni, buat aku konfius dalam hidup aku. setakat ni hati aku masih berfikiran +++ tapi akal je tak leh terima. xpe aku percaya pada hati aku ni. aku harap pe yang hati aku rase betul dan jgn jadi mcm akal aku fikir. think ++ again.
=p

Ok pi tido. esok nak OT. selagi boleh OT. aku akan OT.heheh

Sunday, April 24, 2011

Malas = lazy

blogger-emoticon.blogspot.com
Pe cer ngan aku ni. semakin hari semakin malas nak buat apa2. Malas fikir, malas nak gi keje, malas nak wat keje rumah, malas lah segalanya. yang aku tahu nak duduk saje je ataupun tido. huhuhu. Mungkin hormon aku ngah tak stabil kot. makan pong semua la xsedap. aku nak makan makanan yang lom aku makan. haih pe nak jadi ni....

Mungkin ni memang biase bagi yang mula2 preggy kot. huhuhu. nasib la dapat suami yang faham aku ni cam ne. dia layan je. keje rumah semua dia buat. ayat dia "Xpe2 biar abg buat, ain pergi je tengok tv"... haih cian aie..

sekarang yang tak tahan, badan aku panas je. memanjang panas. macam nak pasang air cond.

Pe pun banyak bersabar walau apa pun. :)

Citer make-up aku dah tah kemana nih... bab kata fairuz, aku dah start post preggy ni.. huhuhu =p

Tuesday, April 19, 2011

Preggy part 2

Minggu lepas aku ada cek darah samada Tiroid aku ni tahap parah atau tidak then Semalam aku cek ngan Dr. level 26, dia kata paras T3 aku 5.92ml dari paras normal 5.70ml dan TSH ngan T4 still normal. Dia pun buat surat untuk refer pakar Gine ngan cek Ovarian Cyst aku.

Malam semalam la aku tak leh nak tidur, fikir macam2. Aie asyik cakap "xde apa2 la ain". Again aku nak murung balik. Adasyut banyak bagi kata semangat kat aku lagi. Thank again ada. ko selalu dorong aku dengan kata semangat. ingat Allah selalu.

pagi ni pergi la PPUM, badan xlaratjugak sebab ngan stress kan. Punya la ramai kat PPUM even hari weekday. nasib la ada surat dari Dr. cepat sikit.

Aku dok la risau tiroid aku sebab hormon kan. bile masuk je jumpa dr suresh. nothing to worry, your hormon still normal, woory if you have symptom Thyroid. result at paper just nothing if you ok. ayat dr yang aku ingat. then masalah kedua aku cakap la ada suspek Cyst, bila scan ada cyst ukuran 3 cm, sekali lagi dia cakap dont worry. haih dalam hati aku dont worry je. then dia cakap aku cyst tak merbahaya, merbahaya bile dia aktif membesar. next month came see me again.

aku keluar bilik dr. suresh ngan hati lega sangat..... harap cyst ni mengecut... dugaan nih. adasyut cakap Allah sayang aku. sebab tu dia duga aku untuk aku belajar dari pengalaman ini che wah... sekarang aku lebih suka diri aku yang semakin sabar...

*** Pengajaran kali ini: kite perlukan sokongan dari family dan kawan2 juga.... apa2 sabar.. hihi

Sunday, April 17, 2011

Minuman untuk kaum IBU Hamil

blogger-emoticon.blogspot.comNi pek lama.. jenuh cari yabg baru takde. Aku gatai nak minum susu ni. beli la satu sebab bile bace blog orang lain dia kata sedap. Aku bei size kecik. Erm memang sedap. perisa Cokelat. Bancuh minum panas. Susu ni lebih kepada rangsang otak baby dan tambah kalsium. Aku baru 4W2D. xpe laminum awal2 apa salahnya kan. hehehe. kalau abis paket kecik ni aku nak beli yang dalam tin lak... esok nak search pasal pemakanan yang sihat lak. Pagi2 jgn lupa makan asid Forlik...:)

Preggy Part 1

Mak aku pesan jangan fikir sangat tentang preggy aku ni, jaga diri elok2 dan jaga makan. yang lain jgn fikir sebab tu kuasa Allah. Itula mak aku yang sentiasa cool walau apa pun. Teringat ayat dia masa ayah aku deman yang menakutkan sampai mengigil. aku dengan lepas nya cakap.

Aku :"Ma tak takut ke tengok abah macam tu?"
Ma: "Kak, ma xleh wat takut, sebab kalau ma wat takut, korang semua pun nanti takut"

Dulu, aku tak faham just aku terdetik mak aku ni takde perasaan ke? sebab aku risau tengok abah macam tu.

kini, barulah aku faham. kekadang sesuatu menda akan amik masa yang lama untuk di fahami. :)

Kesimpulannya, jika ada family, kita salah seorang kena tunjuk kuat semangat untuk bagi semanngat dekat ahli keluarga yang lain. kalau ma tak semangat dulu mesti la anak2 dia takut.

now, dah jadi dekat aku. So aku kena kuatkan semangat aku. betul kata adasyut. pengalaman perempuan hamil xsama dengan semua orang mungkin hampir2 yang general shj.

Aku hanya ada Cyst Ovarian, mungkin ini dugaan aku. Aku scan sabtu lepas, Dr kata suspek ada Cyst ovarian, Mula2 aku menangis gak takut efek baby. ye bile kite ngandung tetiba ada naluri ibu yang risau pasal kandungan ni.

Dr tu kata xde efek sangat tapi kena pantau. Aku pun duk la search pasal Cyst Ovarian . hati dah lega tapi masih ada kesangsian.

Ma pesan jgn fikit sangat, tu kerja tuhan. Masa ni kite kena balajar Qada dan Qadar. masa sekolah dulu duk la sebut selalu sekarang baru lalui. Semalam efek gak. tapi aku tak nak dapat penyakit murung. Aku anggap ni dugaan Allah.

mak aku pung bukak citer masa dia ngandung kan aku, aku pun tak tahu selama ni.. heheh mak aku cakap mak aku pernah alami pendarahan berketul2 masa ngandung kan aku. yang penting depan belakang ok. pergi la hospital, Dr. tu cakap kat mak aku, mak aku mengandung luar rahim. Dr. suruh gugurkan kandungan. sebba orang dulu mana ada internet nak search pasal ni kan. Duk la mak aku kat wad 2 minggu, tapi mak aku cakap, aku lahir je dan hidup sempai sekarang.

Aku nak buat biase je sebab aku tak nak efek keje, sosial aku dengan kawan, aie. :)

just Wait & See 13 May 2011 ni apa dr Zana tu kata pulak. Siapa tahu. hidup penuh kejutan. Apa2 ingat Allah. Semua tu kejadian Allah. kita hanya mampu berdoa.

SMILE nurul Ain untuk dunia yang penuh cabaran ini.. hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Bulan April yang di rahmati

kenapa aku kata di rahmati sebab bulan ni banyak menda happy datang pada aku, mungkin give dari Allah kerana aku bersyukur selama ni. Actually aku nak diet bulan ni dengan kak OB, tapi dah tah jadi sebab nya aku dah preggy, Aku sebenarnya jumpa doctor nak cek menda lain, dah alang2 aku check preggy ke tak: so testnya tadaaa.... ada dua line:
*
*
*
*
Aku xjangka pun tapi dalam hati aku cuma terdetik shj. Tapi aku takde lagi tanda morning sicknes ke. Aku anggarkan kandungan aku 2 -3 minggu kot. Sebab check up yang betul2 dengan Dr. Zana pada 13 May 2011. Tuhan saje yang tahu dalam hati aku ni happy. tapi kena diam2 dulu sebab baru je lagi ni. Ni yang aku risau, tapi aku percaya ngan kuasa Allah, berserah ke atas semua nya :)

Bulan ni penuh dengan rezeki preggy+naik gaji+bonus.Syukur. kekadang aku takut dengan kesenangan ni, mungkin kesenangan ini adalah UJIAN juga pada HambaNya. tapi siapa la aku untuk menilai rezeki yang di beri. Aku memang sayu sangat hati ni. sayu dengan kebesaran Allah, mungkin ni yang aku dapat tahun ini setelah ujian demi ujian tahun lepas.

Dan aku masih bersyukur juga masih bekerja di TM, aku bertahan di TM demi nasihat mak aku sampai aku permenant. Sekarang baru aku rase memang tak rugi keje kat TM sebab gaji dah naik. Even buat menda sama pun xpelah, boring memang ada tapi demi hidup aku ketepikan apa itu boring, mungkin aku bahagia bersama kawan2 tercinta aku. Sebab tu aku xpi mana2.


Alhamdullilallah... syukurrrrrrrrrrr :)

Sunday, April 10, 2011

Lunchtym with my frenx


** Gambar ni di ambil oleh kak pah dengan fairux, dia dah edit, suka2

lunch ngan kak pah, fairux and aini farhana, masa ni kak liza MC, kak ob gi pejabat pos and kak aini dah bawak bekal.

Tengok aku makan salad je.. huhuhu diet jgn tak diet. pagi g gym kalau tak kurus tak tahu la nak buat apa dah, sebenarnya aku dah kecik tapi ingin mengurangkan lagi lemak di part yang perlu Gambar fairuz ngan aini xde lak. nanti tangkap lagi. TQ nok, gambar aku sebelah kanan tu nampak kurus, mak suka sangat.. hehehe

Nanti kite gi horeey kat umah kak chid2 sabtu ni ye.... xsabarnya!!!

Pengorbanan


"Jika kita ingInkan sesuatu yang lain kite kena lepaskan apa yang didalam tangan kite"

"Jika inginkan sesuatu, kite perlukan korban apa saja : masa, duit, perasaan dan sebagainya, hidup pernuh dengan pengorbanan,"

Inilah ayat yang aku selalu pegang, Bukan semua benda dapat dengan senang, dalam hidup aku sendiri ada menda yang aku korban demi mencapai satu tahap ke satu tahap yang lain. So hari ni aku berdiri dengan pengorbanan ma & abah yang membesarkan aku dari kecik sampai besar. Setakat ma & abah besarkan aku, aku tak pernah merungut whatever pun tempat aku tinggal, makan, pakai. Sedangkan bile ingat balik hidup aku masa kecik, aku rase susah kot. Tapi mak aku sendiri cakap bile kite susah, kite takde la rase susah cuma bile orang kaya jadi susah itu yang dia rase susah.

Cuma kekdang aku nak ucap terima kasih pada ma & abah tu yang sangat susah. Entahla mulut ni ada batu ke, nak minta maaf , malunye yang amat sampai raye kekadang aku tak minta maaf sebab malu, bukan tak nak tapi malu, aku nak cakap nak nangis sampai terkedu tapi tak lepas, tapi jauh sudut hati ma & abah dia dapat rase aku ni nak cakap tapi tak lepas. terima kasih sebab bagi kat makan pakai, belajar, belikan keta, tolong bantu masa kak kahwin dengan aie. Berdiri nye kak ari ni sebab Ma &abah. Semua ma & abah, keje kat TM pun abah yang carikan sampai kak permenant dan stabil di TM.

Semua tu kak xlupa, cuma sekarang ni kak sedey tengok kaki abah sebab kencing manis tu, duk seminggu kat Anjung Rahmat kena caj RM2k. lagi sebak bile kak takleh hulur duit kat abah, cuma kak beli baju sejuk je kat abah itu pun harga RM27.30, tu pun xeh nak balas jasa abah. Cuma ma cakap abah asyik kata moto adik laki yang satu lagi tu nak bagi aie, semua saham dia, dia nak jual, dan berpesan2 pasal harta. lagi buat aku risau. ye la, aku dengan abah tak bercakap sangat sebab akau selalu pot pet ngan ma je.

aku harap xde apa2 la, dalam hati sebenar tak sedap hati.

TERIMA UNTUK MA & ABAH SEBAB BAGI HIDUP YANG SEDERHANA TAPI PENUH DENGAN MAKNA.

NUTE Selangor Barat: KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH

NUTE Selangor Barat: KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH

** Tengah menunggu 24 April 2011, adakah ini menjadi kenyataan, dan 29 April 2011 memang kenyataan. Doa yang terbaik,jika benar, Syukur padamu ya Allah. Sebab semua orang sudah berkata2 benar. Abe mirul pun dah call HR. kata benar.tapi apa2 pun kena tunggu 24 April 2011 ni jugak.

Wednesday, April 6, 2011

Terus berlari pada April

** sebenarnya dah ngantuk ni, tapi nak update blog jugak. Berlari dan terus berlari pada bulan April ni. Bulan April ni kerja keras untuk kuruskan badan. Dah dua ari ni pergi Gym pagi ngan petang, aku pastikan 200 kalori turun, diet makan salad xmakan nasi. kalau terliur amik nasiaie berapa sudu je. Nak kurus, eh bukan, nak berat badan yang sihat. Bersyukur sangat dapat badan ni tapi nak lagi sehat dan perut takmo buncit. Nasib la pinggul aku tak lebar. huhuhu lengan boleh kecikkan lagi tapi pinggul susah sikit sebab rangka pinggul besar atau peha besar ke. Dah kurus baru nak shopping baju.. wat mase ni simpan duit lu. pastu baru shopping terus banyak sekali.

And to Adasyut, bulan ni awok banyak sangat membantu teman dari segi dalaman, cara hadapi stress dan abaikan benda yang tak perlu di fikirkan. Thank adasyut, aku rase hidup aku dah aman. hehehe menikmati hidup ini dengan penuh gembira. Suka2. bahagia sangat tapi dugaan bulan ni 1 jari kaki abah kena potong. Cam sedey tapi harap abah ok dan sihat selepas ni.

yeah mari hidup dengan gembira dan sihat.



Friday, April 1, 2011

f.a.r.e.w.e.l.l.p.a.r.t.y. Aini Farhana

Nanti nak update party semalam minggu depan, sebab pagi ni nak balik kg.

Ni gambar ada satu. Para hadirin yang hadir semalam. Gambar dari kak pah.





Wednesday, March 30, 2011

Epie Temerloh

Epie Temerloh, mula2 blogwalking make-up orang lain, ternampak jugak nama ni tapi ignore je, pastu ada dua 3 kali jumpa dalam majalah, baru tahu siapa dia dan kak azwa kryolan pun ada anjurkan kelas make-up bersama epie temerloh, aku xpat join sebab kelas tu RM1.5k kan. Loan pun tak wat lagi masa tu. kalau tengok betul2 make-up dia memang kemas cantik, make-up orang sekarang macam ni lah so over tapi dalam gambar wow.

Ni hasil make-up epie temerloh ni. link dia: http://epietemerloh.blogspot.com/2010/09/bienda.html
Picture ni dari blog Epie temerloh


ada lagi artis lain macam linda jasmin. ok dia memang Idola mak buat masa ni, so perfect hasil tangan dia. Sekarang asyik bulu mata je, dah terbayang2 warna apa akan ku buat nanti. hehee.

To epie temerloh: sy akan amik jugak kelas dengan awak, cepat atau lambat tuhan je tentukan.. hehee. Semoga kite berjumpa. :)

Tuesday, March 29, 2011

Perlu Jumpa Doctor apa?

blogger-emoticon.blogspot.com

Doctor mana ni nak jumpa.dalam badan aku macam ada saka. Tahap makan aku dah melampau. baru order dua reg pizza. Ya Allah. aku ni dah jadi macam apa ni? uwaaa nafsu makan aku dah makin membuas. betul la sampai masa dah aku kena diet. Bulan 4. Sabar ye. huhuhu beli salad, makam la satu bakul salad pun. orang len shopaholic. aku foodaholic.. ado ko. pepagi sakit perut sebab makan banyak. Semua nya dalam diri. kena kawal.

Esok nak g gym ngan kak ob, ari khamis ado senaman cardio kul 6pm-7pm. lagi satu nak amikkan ubat untuk abah. xnaik pun lagi umah mak. huhuhu anak apa aku ni. esok kak naik tau ma.

Bulan april, besday aie.nak bagi apa ye? dari saat ni dah aku fikir. huihuhu teringin nak bei rokok battery kat dia tu. tapi cam tak patut je.huhuhu ain bawak abg gi zoo je lah.. gi zoo free. ke gi genting. huhuhu xpe slow2.


Berlari kerana terlalu gembira... berlari ke?

blogger-emoticon.blogspot.com
Telah hampir dengan bonus, bile mau kuar. udah tidak sabar nak wat macam2. Mcm la banyak sanagt bonus, erm kire ok. ado jugak. dari xdo apo. huhuhu apa2 pun syukur lagi. Kenaikan gaji lg mau tunggu. wah berdebar hati aku nak tunggu Bulan April ni. hehehe mak suka nyah.. heheh

Monday, March 28, 2011

Pic Terbaik dari Efa.. Model Cool fairuz

hye noks, jgn marah daku. aku memang feberet gambar ni. honestly gambar ni bagi aku ada maksud tersendiri. che wah. Ari tu aku cakap aku nak masuk belog aku kan. so aku wat tul2. jgn marah aku weh. kagum ngan kak pah tangkap & model ko cool. hehehe. Aku suka warna dalam background ni ngan muka noks bersahaja je.

Credit pada Efa (dia photografer tawin2 gak.) & model Fairuz :)

Shopping MAC

blogger-emoticon.blogspot.com
Xsabar Minggu depan nak masuk kedai MAC, Shopping2 make-up, kalau jadi la dalam otak aku nak ajak Adasyut kalau dia tak bz. hihihi. nanti kite leh bincang projek kite tu. Mungkin leh buat Bulan May 2011 after dah selesai semua. lagi pun ada kelas ngan awyn nak amik ni. Model aku serah kat Adasyut untuk cari. Model perempuan. kena wat sesi pemilihan ni lagi kalau ada sambutan. Wah berfikiran jauh dah aku. Adasyut, aku cant wait dah ngah projek ni. hehehe
Semangat. Aku masih tak jumpa nama company yang ko cakap tu ada. Akainkin je dalam otak aku. erm lagi satu aku geram nak make-up muka kak moon, kak moon pandai pose. hihihihi aduh teringat la dulu. pose tertiarap dekat jalan. sanggup tu demi gambar. semangat kak moon. hehehe. Suka2.

Adasyut, harap ko bace rase excited aku nih ha.. hehehe

Amazing race langkawi 2011

Masuk Amazing Race kat langkawi, kak dilla ajak. hehehe. Adasyut tak pat join sebab adik dia kahwin. huhu. Ari ni kak dilla baru fax. hehehe

Nama group: Chayok2
Ahli:
kak chid2
kak moon
kak dilla
aku

blogger-emoticon.blogspot.com


nasib baik aie bagi pergi. huhuhu time kasih abg. hujung bulan april. minta2 la bonus 2 bulan tu kuar tengah bulan. huhuhuhu selamat sikit gi langkawi.. huhuhu

Sunday, March 27, 2011

......


Bulan ni sangat seronok sebab aku shopping ikot suka aku je, suka2. tapi aku shopping menda yang patut di beli kot aku rase. huhuhu
1. beli hanpon C3 warna pinky (dah kahwin beli hanpon murah je xmacam sebelum kahwin. huhuh)
2. Beli handbag kulit (dah lama aku idam kan)
3. beli beg duit kulit (pun dah lama aku idamkan)
aku memang giler kulit kalau ikot kan tapi kebanyakan kulit semua nya mahal. so bertahan je la. nanti 5 tahun baru nak tukar beg duit tu. hahahaha

Then tadi pergi wax & polish baby merah tu.. huhuhu sangat baru rasenya.. then masa tukar beg duit tadi. nampak lesen keta dah mampos tarikh 9 march lagi.. hahaha slamber je aku bawak keta ngan lesen dah mati. syukur takde apa2 huhuhu

Ok bulan ni cukup ini shj, duit pun dah kurang. so tunggu rejeki bulan depan lak. nak service keta ngan duit road tax keta. haih keta2. banyak tul makan duit aku. kalau xde keta mesti kaya bak kata jol. tapi xboleh takde keta. memang la keje aku tak bawak huhuh sebab aie hantar.. tapi nak pergi mana, shoping barang rumah memang kena bawak keta. more to shopping and balik kampung ngan ot ari sabtu kadang2. sedar tak sedar.bulan 4 ni genap 3 tahun keta
aku ni... lagi 6 tahun kena bayar. xpe2. InsyaAllah umur 32thn abis la keta tu.. huuu lamanya. xpe. tu la harta aku yang aku ado.. huhuhu

Bulan ni aku dah makan semua yang aku nak makan. so start je bulan 4 ni. aku nak diet kamikaze.... hahaha back to my diet.. selama sebulan.. cabar diri tapi kena ada cheat day. kalau tak haru aku nangis. tapi cuba.. 5 kg je nak trn.. yakin boleh.. :)


Kehilangan...

blogger-emoticon.blogspot.com
Sedeynya bila ada kawan baik yang akan meninggalkan kite.. kawan yang sangat rajin, dan baik hati. selama 4 tahun aku dah terbiase untuk berpisah dengan kawan2. Tahun ni banyak yang berpisah dengan kak chid2.kak liza pun blah tapi still lagi jumpa dengan dia sebab lain level je. Yang ini aini farhana, dia akan pergi kat TMTC tapi wat sementara waktu duk dekat menara sementara revovation kat TMTC. Again for me. huhuh :(

Ain doa Aini akan tabah dan sabar mengharungi tempat baru dan ain yakin sebab aini boleh buat, aini seorang yang cool dan jujur. i know u sikit2 sebab sebelum ni kite tak rapat sangat. ain susah nak rapat ngan orang. sory sangat. selama dua tahun ni, tahun lepas je ain baru berkawan ngan aini. hehehe too late but sangat bermakna. Thank 4 all. suka kawan ngan aini sebab macam2 aini citer, senang berkawan sebab xde isu pun. lagi senang xpernah buat ain sakit hati. so jika ain ada buat sakit hati kat aini. orang minta maaf huhuhu. sebab ain pun manusia biase kekadang tak tahu apa salah sendiri.

lastly, semoga perhubungan kite xkan putus. che wah. ayat jiwang. Seronok berkawan ngan aini.
kalau duk di sana nanti jenguk la kami ain, kak liza, efa, fairuz, ash, kak aini kat sini.. :)


Thursday, March 24, 2011

Berita gembira atau hanya kabar berita shj?

Erm semalam dengar citer gaji akan naik sampai RM1800 + elaun RM240 untuk NE. tapi xtahu betulke tidak sebab masih tak jelas lagi. tapi isu ni dah kecoh. entah la. aku just tunggu je bulan depan. huhuhu buat mase ni.aku masih bersyukur dengan rejeki yang sedia ada ni. syukur. :)


Tuesday, March 22, 2011

Bila sakit keje tapi bila sihat MC


blogger-emoticon.blogspot.com
Siyes. aku rase tak larat sangat nak pergi keje esok, tapi aku dah xde cuti dah bukan xde tapi dah kureng. pe kan daya. nak amik MC malas. tabahkan hati ngan badan. tapi bile bad mood, boleh lak aku MC 2 sanggup El. Ni lah dinamakan dalaman kite kuat atau tidak. Bile badan sakit tapi bile dalaman ngan semangat masih kuat keje, boleh lagi datang, tapi bile dalaman ngan semangat dah takde. semua menda tak jadi. So semuanya dari dalam diri kite.huuhu.

Tapi pe yang aku rase ni semangat kureng sebab tunggu gaji. Cant wait la. siyes esok aku nak gi makan seol garden lagi. huhuhu haih nafsu2. bile nak insaf. tapi apa salahnya kan.dah penat keje. so enjoy la sikit. betul2. hahaha dah menjawab sendiri persoalan aku.

Aku dah niat lak kalau bonus ni, nak blanjer family aku makan dominos. nyum2.. teringat lak suapkan pizza kat noks. konon makan pizza. hahah gilos.

Citer sikit pasal ofis. Ari ni kat ofis, xde apa yang menarik sebab my sis xdatang. el katanya. cuma yang menarik. Dak leasing dapat kontrak TM. semua sekali. tahniah u alls. :)

citer pasal hakimi, sian dia, heheh bile berkenan kat orang tu, bile tanye dah kahwin lak. hehehe. aku doakan ko jumpa jodoh secepat mungkin. tapi xleh blah dowh muka kecewa dia tadi. hahaha

then teringat lak zolwat lawak gelak guna hidung, sebab kat ofis aku tu xleh gelak kuat nanti kacau orang len wat keje. so zol pun nasihat gelak guna hidung. tapi mase dia wat guna hidung tu memang jadi betul. HAHAHA. giler2. senang citer back to school. ;p

ok sekian setakat sini shj citer untuk ari ni. (boringkan dengan citer aku. aku bosan nih...)

blogger-emoticon.blogspot.com


Monday, March 21, 2011

Renungan dihari ini.

Hari ini hari isnin. tulis mcm dak sekolah dah ni. hehe. ari ni hidup ku berjalan seperti biasa tiada apa yang istimewa. dan kebiasaan pagi naik moto mase aie hantar aku, berangan la jadi kaya, tak kaya aku berangan la citer korean sampai ke TM. buat keje tu tap copy paste siasat, dapat call dari zol yang tak sampai sepuluh langkah. Ajak makan luar. sebelum tu dia ada chat, ada tensi2 sikit pasal keje. aku pong layankan aje sebab kecian lak tengok kawan aku ni. huhu. call kakak aku kak liza xde angkat. sebelum tu dia cakap dia meeting. AM la katakan. huhu cian kakak aku tuh. bz sokmo. So berangkatla aku dengan Geng darah B+, zol, kak ob ngan aku. Jalan tekedek2 ke Lrt. nak makan kat Amcorp mall katanya. Zol kata kat situ makanan best. Beli tiket, lrt sampai, naik. pastu duduk.

ha kat sini la aku terjumpa seorang lelaki ni. Cian dia. sedey aku tengok. Dia macam OKU rasenya. Aku macam sayu je. Mana keluarga dia. terfikir aku cam ne dia leh naik lrt sensorang. kat sini kita dah boleh bersyukur, tak semestinya dapat gaji baru nak bersyukur tapi cuba kite lihat sekeliling kita, cuba fikir dan rase apaitu nikmat Allah sebenar. terasa kecil sangat kita bile kite lihat apa yang berada di sekeliling kita. Sebelum ni la, aku pernah cakap, nape la aku ni selalu malang, asyik2 malang je. tapi bile fikir balik. berdosa nya aku fikir macam tu sedangkan nikmat yang aku rase rase selama ini melimpah2. cuma aku shj yang tak sedar. masyaAllah. buta. nafsu membuak. hidup menjadi hamba nafsu. pernah dengar ayat, berperang di medang perang lagi mudah dari berperang dengan hawa nafsu, lebih kurang gitu la. haih nafsu nafsu.

Sekrang umor dah 26 tahun, tup tap sekejap je. So di pertengahan umor yang ala2 matang ni,bila aku lihat hidupaku dari kecik sampai sekrang, aku dah nampak serba sedikit hikmahnya. Allah memang sygkan hambanya. terlalu syg sehingga aku takut nak fikir. sebab aku kurang dan tak berdaya untuk jadi terbaik. Terbaik ini untuk diri aku ye. bukan berlakon baik depan orang. huhuhu. maksud terbaik untuk diri, Allah, family dan orang di sekeliling. jauh sudut hati aku belum capai tahap itu. jikalau la umor aku tak panjang. cam mane ye. so aku cuba untuk mula ari ni. sesaat ini. amin. Semoga kite jumpa apa yang kite inginkan dlm hidup kite dan akhirat.

Erm ok sambung balik citer kat amcorp mall tadi. tadi makan kat kedai makan portuges rasenye, aku makan nasi sotong cream butter, sedap sangat lemak berkrim, zol makan lala bakar, dan kak ob makan nasi goreng daging. topik kitorang biase la citer pasal makan je. takde isu ngutuk orang ke, isu lain ke. isu utama dan utama adalah makan. hahah pastu plan bagai nak gi sana sini. kekadang dah lupa aku dah kahwin. nasib la aie ni sporting bagi aku kawan keluar ngan dak si jol ngan wan tu serta kak ob ada sekali. hehehe. lepas makan, makan ais krim macd pastu jejalan kat seluruh amcorp mall tu. aku tahu zol macam xnak masuk ofis.. huhu aku faham.dulu aku tension. aku mesti nak berhenti keje, asal berhenti je tension. tapi nak buat camne aku tabahkan hati. orang yang banyak bagi nasihat aku suruh keje lama kat situ. kawan2 . thanks kawan yang masih bersamaku lagi. :) ok lepas jejalan, beli roti. makan dan makan lagi.pastu pulang la kami berjalan kaki. penat sangat. huhuhuhu

Nota kecik:
~jejalan dapat pengajaran.
~ingin lalui hidup dengan fikir kebaikan setiap hari dan belajar dari kesilapan.
~makan2 kali ni xde gambar. so excited lapar sangat tadi.


Saturday, March 19, 2011

Malam ini nak buat list2 brng

Barang Make-up

* akan ku beli jugak walau apa pun kerana minat*

~ gambar di atas sekadar gambar hiasan shj~

blogger-emoticon.blogspot.com
Malam ni nak selidik apa barang yang perlu di beli..

Dah selidik dah tanye awyn semua. bajet dekat kryolan je RM1k. huhuh
Belum masuk kedai MAC lagi.
Xpe tahun ni aku berani sebab aku nak lepas jugak niat aku ni.

Tahun ni nak berlatih2. hehehe. percubaan. dont give up bebeh.




Sape tiru Sape nih?

blogger-emoticon.blogspot.com
Sape Tiru sape nih. hehe. Ada reben gak. ek leh dia buat boleh.kalau orang tiru dia kate semak. yang sama pun widget. Semua orang ada widget yang sama. last2 ada reben gak sama ngan aku. opss terasa ke. hahaha.

Pesanan: lain kali jgn ckp orang. diri sendiri pun buat. kan dah terkena batang hidung sendiri. malu la weh... hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...