Anda Follow sy, Sy Follow awak: :-)

Friday, April 29, 2011

Mingu yang penat.

Hai. lama xupdate diari maya akainkin ni. hehe. minggu ni dengan mingu lepas aku, badan aku rase penat. macam berlari 10 km je. cuma ari ni je rase ok. back to normal. cuma banyak angin. sekrang aku tak fikir sangat pasal cyst tu dah. aku pun tak tahu pe dah dalam perut ni. aku percaya dengan apa aku rase dan aku 100% aku berserah pada Allah. Aku hanya doa apa yang terbaik p
ada aku.

Minggu depan aku g training, training for Exec. aku pun tak tahu motip pe pasal aku yg non exec kena pergi. memang sah la kena bawak keta ngan bangun awal 3 hari berturut. lantak la. aku redah je. cuma aku pelik dan selalu pelik kena p training yang takde kene mengena. xpe. tambah ilmu. think positif.

Minggu ni dayah last day. minggu depan2, no dayah dah. hilang kawan yang selalu bagi nasihat bernas kat aku selama ni. lagipun aku ingat dia nah naikkan semangat masa aku down kemuncak tu. TQ dayah. ni je yang aku nak cakap selalu. mungkin nasihat ko masa tu buat aku semangat masa tahap genting. orang lain lihat masa tu dengan cakap padam muka dekat aku tapi hanya ko je dayah. up balik semangat aku masa tu. bukan senang nak bertahan kat custcare. what ever pun, aku bangga sangat sebab bertahan lama. lg sekali TQ dayah. :) all the best kat tempat baru.


blogger-emoticon.blogspot.com
Cuma sekarang ni aku tertanya personality sesorang ni, buat aku konfius dalam hidup aku. setakat ni hati aku masih berfikiran +++ tapi akal je tak leh terima. xpe aku percaya pada hati aku ni. aku harap pe yang hati aku rase betul dan jgn jadi mcm akal aku fikir. think ++ again.
=p

Ok pi tido. esok nak OT. selagi boleh OT. aku akan OT.heheh

Sunday, April 24, 2011

Malas = lazy

blogger-emoticon.blogspot.com
Pe cer ngan aku ni. semakin hari semakin malas nak buat apa2. Malas fikir, malas nak gi keje, malas nak wat keje rumah, malas lah segalanya. yang aku tahu nak duduk saje je ataupun tido. huhuhu. Mungkin hormon aku ngah tak stabil kot. makan pong semua la xsedap. aku nak makan makanan yang lom aku makan. haih pe nak jadi ni....

Mungkin ni memang biase bagi yang mula2 preggy kot. huhuhu. nasib la dapat suami yang faham aku ni cam ne. dia layan je. keje rumah semua dia buat. ayat dia "Xpe2 biar abg buat, ain pergi je tengok tv"... haih cian aie..

sekarang yang tak tahan, badan aku panas je. memanjang panas. macam nak pasang air cond.

Pe pun banyak bersabar walau apa pun. :)

Citer make-up aku dah tah kemana nih... bab kata fairuz, aku dah start post preggy ni.. huhuhu =p

Tuesday, April 19, 2011

Preggy part 2

Minggu lepas aku ada cek darah samada Tiroid aku ni tahap parah atau tidak then Semalam aku cek ngan Dr. level 26, dia kata paras T3 aku 5.92ml dari paras normal 5.70ml dan TSH ngan T4 still normal. Dia pun buat surat untuk refer pakar Gine ngan cek Ovarian Cyst aku.

Malam semalam la aku tak leh nak tidur, fikir macam2. Aie asyik cakap "xde apa2 la ain". Again aku nak murung balik. Adasyut banyak bagi kata semangat kat aku lagi. Thank again ada. ko selalu dorong aku dengan kata semangat. ingat Allah selalu.

pagi ni pergi la PPUM, badan xlaratjugak sebab ngan stress kan. Punya la ramai kat PPUM even hari weekday. nasib la ada surat dari Dr. cepat sikit.

Aku dok la risau tiroid aku sebab hormon kan. bile masuk je jumpa dr suresh. nothing to worry, your hormon still normal, woory if you have symptom Thyroid. result at paper just nothing if you ok. ayat dr yang aku ingat. then masalah kedua aku cakap la ada suspek Cyst, bila scan ada cyst ukuran 3 cm, sekali lagi dia cakap dont worry. haih dalam hati aku dont worry je. then dia cakap aku cyst tak merbahaya, merbahaya bile dia aktif membesar. next month came see me again.

aku keluar bilik dr. suresh ngan hati lega sangat..... harap cyst ni mengecut... dugaan nih. adasyut cakap Allah sayang aku. sebab tu dia duga aku untuk aku belajar dari pengalaman ini che wah... sekarang aku lebih suka diri aku yang semakin sabar...

*** Pengajaran kali ini: kite perlukan sokongan dari family dan kawan2 juga.... apa2 sabar.. hihi

Sunday, April 17, 2011

Minuman untuk kaum IBU Hamil

blogger-emoticon.blogspot.comNi pek lama.. jenuh cari yabg baru takde. Aku gatai nak minum susu ni. beli la satu sebab bile bace blog orang lain dia kata sedap. Aku bei size kecik. Erm memang sedap. perisa Cokelat. Bancuh minum panas. Susu ni lebih kepada rangsang otak baby dan tambah kalsium. Aku baru 4W2D. xpe laminum awal2 apa salahnya kan. hehehe. kalau abis paket kecik ni aku nak beli yang dalam tin lak... esok nak search pasal pemakanan yang sihat lak. Pagi2 jgn lupa makan asid Forlik...:)

Preggy Part 1

Mak aku pesan jangan fikir sangat tentang preggy aku ni, jaga diri elok2 dan jaga makan. yang lain jgn fikir sebab tu kuasa Allah. Itula mak aku yang sentiasa cool walau apa pun. Teringat ayat dia masa ayah aku deman yang menakutkan sampai mengigil. aku dengan lepas nya cakap.

Aku :"Ma tak takut ke tengok abah macam tu?"
Ma: "Kak, ma xleh wat takut, sebab kalau ma wat takut, korang semua pun nanti takut"

Dulu, aku tak faham just aku terdetik mak aku ni takde perasaan ke? sebab aku risau tengok abah macam tu.

kini, barulah aku faham. kekadang sesuatu menda akan amik masa yang lama untuk di fahami. :)

Kesimpulannya, jika ada family, kita salah seorang kena tunjuk kuat semangat untuk bagi semanngat dekat ahli keluarga yang lain. kalau ma tak semangat dulu mesti la anak2 dia takut.

now, dah jadi dekat aku. So aku kena kuatkan semangat aku. betul kata adasyut. pengalaman perempuan hamil xsama dengan semua orang mungkin hampir2 yang general shj.

Aku hanya ada Cyst Ovarian, mungkin ini dugaan aku. Aku scan sabtu lepas, Dr kata suspek ada Cyst ovarian, Mula2 aku menangis gak takut efek baby. ye bile kite ngandung tetiba ada naluri ibu yang risau pasal kandungan ni.

Dr tu kata xde efek sangat tapi kena pantau. Aku pun duk la search pasal Cyst Ovarian . hati dah lega tapi masih ada kesangsian.

Ma pesan jgn fikit sangat, tu kerja tuhan. Masa ni kite kena balajar Qada dan Qadar. masa sekolah dulu duk la sebut selalu sekarang baru lalui. Semalam efek gak. tapi aku tak nak dapat penyakit murung. Aku anggap ni dugaan Allah.

mak aku pung bukak citer masa dia ngandung kan aku, aku pun tak tahu selama ni.. heheh mak aku cakap mak aku pernah alami pendarahan berketul2 masa ngandung kan aku. yang penting depan belakang ok. pergi la hospital, Dr. tu cakap kat mak aku, mak aku mengandung luar rahim. Dr. suruh gugurkan kandungan. sebba orang dulu mana ada internet nak search pasal ni kan. Duk la mak aku kat wad 2 minggu, tapi mak aku cakap, aku lahir je dan hidup sempai sekarang.

Aku nak buat biase je sebab aku tak nak efek keje, sosial aku dengan kawan, aie. :)

just Wait & See 13 May 2011 ni apa dr Zana tu kata pulak. Siapa tahu. hidup penuh kejutan. Apa2 ingat Allah. Semua tu kejadian Allah. kita hanya mampu berdoa.

SMILE nurul Ain untuk dunia yang penuh cabaran ini.. hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Bulan April yang di rahmati

kenapa aku kata di rahmati sebab bulan ni banyak menda happy datang pada aku, mungkin give dari Allah kerana aku bersyukur selama ni. Actually aku nak diet bulan ni dengan kak OB, tapi dah tah jadi sebab nya aku dah preggy, Aku sebenarnya jumpa doctor nak cek menda lain, dah alang2 aku check preggy ke tak: so testnya tadaaa.... ada dua line:
*
*
*
*
Aku xjangka pun tapi dalam hati aku cuma terdetik shj. Tapi aku takde lagi tanda morning sicknes ke. Aku anggarkan kandungan aku 2 -3 minggu kot. Sebab check up yang betul2 dengan Dr. Zana pada 13 May 2011. Tuhan saje yang tahu dalam hati aku ni happy. tapi kena diam2 dulu sebab baru je lagi ni. Ni yang aku risau, tapi aku percaya ngan kuasa Allah, berserah ke atas semua nya :)

Bulan ni penuh dengan rezeki preggy+naik gaji+bonus.Syukur. kekadang aku takut dengan kesenangan ni, mungkin kesenangan ini adalah UJIAN juga pada HambaNya. tapi siapa la aku untuk menilai rezeki yang di beri. Aku memang sayu sangat hati ni. sayu dengan kebesaran Allah, mungkin ni yang aku dapat tahun ini setelah ujian demi ujian tahun lepas.

Dan aku masih bersyukur juga masih bekerja di TM, aku bertahan di TM demi nasihat mak aku sampai aku permenant. Sekarang baru aku rase memang tak rugi keje kat TM sebab gaji dah naik. Even buat menda sama pun xpelah, boring memang ada tapi demi hidup aku ketepikan apa itu boring, mungkin aku bahagia bersama kawan2 tercinta aku. Sebab tu aku xpi mana2.


Alhamdullilallah... syukurrrrrrrrrrr :)

Sunday, April 10, 2011

Lunchtym with my frenx


** Gambar ni di ambil oleh kak pah dengan fairux, dia dah edit, suka2

lunch ngan kak pah, fairux and aini farhana, masa ni kak liza MC, kak ob gi pejabat pos and kak aini dah bawak bekal.

Tengok aku makan salad je.. huhuhu diet jgn tak diet. pagi g gym kalau tak kurus tak tahu la nak buat apa dah, sebenarnya aku dah kecik tapi ingin mengurangkan lagi lemak di part yang perlu Gambar fairuz ngan aini xde lak. nanti tangkap lagi. TQ nok, gambar aku sebelah kanan tu nampak kurus, mak suka sangat.. hehehe

Nanti kite gi horeey kat umah kak chid2 sabtu ni ye.... xsabarnya!!!

Pengorbanan


"Jika kita ingInkan sesuatu yang lain kite kena lepaskan apa yang didalam tangan kite"

"Jika inginkan sesuatu, kite perlukan korban apa saja : masa, duit, perasaan dan sebagainya, hidup pernuh dengan pengorbanan,"

Inilah ayat yang aku selalu pegang, Bukan semua benda dapat dengan senang, dalam hidup aku sendiri ada menda yang aku korban demi mencapai satu tahap ke satu tahap yang lain. So hari ni aku berdiri dengan pengorbanan ma & abah yang membesarkan aku dari kecik sampai besar. Setakat ma & abah besarkan aku, aku tak pernah merungut whatever pun tempat aku tinggal, makan, pakai. Sedangkan bile ingat balik hidup aku masa kecik, aku rase susah kot. Tapi mak aku sendiri cakap bile kite susah, kite takde la rase susah cuma bile orang kaya jadi susah itu yang dia rase susah.

Cuma kekdang aku nak ucap terima kasih pada ma & abah tu yang sangat susah. Entahla mulut ni ada batu ke, nak minta maaf , malunye yang amat sampai raye kekadang aku tak minta maaf sebab malu, bukan tak nak tapi malu, aku nak cakap nak nangis sampai terkedu tapi tak lepas, tapi jauh sudut hati ma & abah dia dapat rase aku ni nak cakap tapi tak lepas. terima kasih sebab bagi kat makan pakai, belajar, belikan keta, tolong bantu masa kak kahwin dengan aie. Berdiri nye kak ari ni sebab Ma &abah. Semua ma & abah, keje kat TM pun abah yang carikan sampai kak permenant dan stabil di TM.

Semua tu kak xlupa, cuma sekarang ni kak sedey tengok kaki abah sebab kencing manis tu, duk seminggu kat Anjung Rahmat kena caj RM2k. lagi sebak bile kak takleh hulur duit kat abah, cuma kak beli baju sejuk je kat abah itu pun harga RM27.30, tu pun xeh nak balas jasa abah. Cuma ma cakap abah asyik kata moto adik laki yang satu lagi tu nak bagi aie, semua saham dia, dia nak jual, dan berpesan2 pasal harta. lagi buat aku risau. ye la, aku dengan abah tak bercakap sangat sebab akau selalu pot pet ngan ma je.

aku harap xde apa2 la, dalam hati sebenar tak sedap hati.

TERIMA UNTUK MA & ABAH SEBAB BAGI HIDUP YANG SEDERHANA TAPI PENUH DENGAN MAKNA.

NUTE Selangor Barat: KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH

NUTE Selangor Barat: KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH

** Tengah menunggu 24 April 2011, adakah ini menjadi kenyataan, dan 29 April 2011 memang kenyataan. Doa yang terbaik,jika benar, Syukur padamu ya Allah. Sebab semua orang sudah berkata2 benar. Abe mirul pun dah call HR. kata benar.tapi apa2 pun kena tunggu 24 April 2011 ni jugak.

Wednesday, April 6, 2011

Terus berlari pada April

** sebenarnya dah ngantuk ni, tapi nak update blog jugak. Berlari dan terus berlari pada bulan April ni. Bulan April ni kerja keras untuk kuruskan badan. Dah dua ari ni pergi Gym pagi ngan petang, aku pastikan 200 kalori turun, diet makan salad xmakan nasi. kalau terliur amik nasiaie berapa sudu je. Nak kurus, eh bukan, nak berat badan yang sihat. Bersyukur sangat dapat badan ni tapi nak lagi sehat dan perut takmo buncit. Nasib la pinggul aku tak lebar. huhuhu lengan boleh kecikkan lagi tapi pinggul susah sikit sebab rangka pinggul besar atau peha besar ke. Dah kurus baru nak shopping baju.. wat mase ni simpan duit lu. pastu baru shopping terus banyak sekali.

And to Adasyut, bulan ni awok banyak sangat membantu teman dari segi dalaman, cara hadapi stress dan abaikan benda yang tak perlu di fikirkan. Thank adasyut, aku rase hidup aku dah aman. hehehe menikmati hidup ini dengan penuh gembira. Suka2. bahagia sangat tapi dugaan bulan ni 1 jari kaki abah kena potong. Cam sedey tapi harap abah ok dan sihat selepas ni.

yeah mari hidup dengan gembira dan sihat.



Friday, April 1, 2011

f.a.r.e.w.e.l.l.p.a.r.t.y. Aini Farhana

Nanti nak update party semalam minggu depan, sebab pagi ni nak balik kg.

Ni gambar ada satu. Para hadirin yang hadir semalam. Gambar dari kak pah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...