Ok sem satu dah lepas dengan sekali nafas tercungap2. Mencabar sebab aku dah bergelar isteri ibu pekerja TM dan pelajar. So aku ada 4 tugas dalam hidup aku. di mana semua nye nyawa aku.
1.0
PENGENALAN
Dalam kehidupan seseorang manusia, kita
sebagai manusia telah belajar dari dalam kandungan ibu lagi seperti kemahiran
mendengar iaitu bayi boleh mengenali suara ibunya dalam kandungannya lagi. Dan
setelah bayi itu lahir ia akan belajar mengenal raut wajah ibu bapanya pula dan
bau ibunya. Ini terbukti kita sebagai manusia telah terbiasa dengan kehidupan
yang penuh dengan pembelajaran dari dalam kandungan ibu sehinggalah lahir ke
dunia dan seterusnya meningkat dewasa. Dan selalunya ibu bapa telah menghantar
anak-anak mereka ke sekolah pada awal umur 2 tahun untuk mempelajari sesuatu
yang baru disekolah dan seterusnya ke Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah
dan tahap tertinggi di Universiti. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan
banyak faktor yang mempengaruhi pelajar untuk cermelang dalam pendidikannya
sebagai contohnya dari segi pemakanannya, persekitarannya dan yang paling
penting adalah kemahiran belajarnya. Menurut Affan, O. (2007) menyatakan bahawa
kemahiran belajar ini perlu diumpamakan
sejenis kenderaan dan semakin cekap kita menguasai kemahiran belajar ini, maka bertambah
pantaslah kenderaan itu bagai menuju ke menara gading. Oleh yang demikian
kemahiran belajar amat penting kepada semua pelajar untuk menghadapi cabaran
semasa belajar dan kemahiran ini amat perlu di kuasai dengan betul khususnya
kepada golongan pelajar yang tidak dapat dapat belajar secara formal iaitu
pelajar pendidkan jarak jauh (PJJ) yang menyertai program pembelajaran
pendidikan jarah jauh.
Sejauh manakah anda faham dengan kaedah
pembelajaran pendidikan jarah jauh? Menurut Hassan, F. et. al. (2006) istilah kepada pendidikan jarak jauh (PJJ)
sebenarnya adalah dalam bentuk pelbagai. Walaupun tiada definisi yang amat
tepat, namun kesemua definisi mestilah mempunyai elemen-elemen asas seperti
berikut iaitu (a.) pengasingan oleh jarak melalui fizikal antara pelajar dengan
pengajar, seterusnya kesemua sistem komunikasi antara dua hala sama ada
sinkroni atau asinkroni amat diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan
proses pembelajaran dan pengajaran. (b.) Dan penggunaan kepelbagaian bahan
media berteknologi sama ada bahan media cetak seperti buku, media audio seperti
melalui radio, media video dan media komputer digunakan untuk menyampaikan
bahan pembelajaran. (c.) Kemudahan seperti masa, tempat dan cara belajar oleh
pelajar PJJ yang pelbagai dari segala aspek mengikut kemampuan pelajar. Manakala
golongan-golongan mengikuti program PJJ ini kebanyakkannya terdiri daripada
golongan yang telah berkerjaya untuk mengejar impian mereka dimana sebelum ini
terdapat kekangan lain untuk meneruskan pembelajaran ke tahap lebih tinggi. Dan
tugasan belajar sambil berkerja bukanlah mudah kerana terdapat
kekangan-kekangannya seperti kesuntukan masa, tiada buku rujukan, masalah
kewangan dan sebagainya. Untuk berjaya di dalam pendidikan, kita seharusnya dilengkapi
dengan kemahiran belajar, jika tiada kemahiran belajar ini, agak sukar untuk
mengharungi persekitaran jarah jauh. Di
dalam senarai kemahiran belajar yang paling penting pertama sekali adalah
kemahiran menguruskan masa belajar dan menguruskan tugasan hakiki sebagai
seorang pekerja dan tanggungjawab kepada keluarga, keduanya adalah kemahiran kerja
berpasukan iaitu sejauh manakah pelajar PJJ boleh menggunakan kemahiran ini
untuk perbincangan di dalam kelas dan belajar secara berkumpulan. Dan yang
ketiganya adalah kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selari
dengan teknologi sekarang, pelajar PJJ perlu
menguasai kemahiran ini untuk belajar secara kendiri melalui kaedah ICT. Dan
yang terakhir adalah kemahiran membuat rujukan untuk memperluaskan pengetahuan
dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.
2.0 Kemahiran pengurusan masA
Pengurusan masa yang betul adalah kunci
kejayaan dalam kolej. Anda perlu menguruskan masa dengan berkesan jika anda
ingin berjaya. (Nadinloyi,
K. B. et. al., 2013). Begitu jugalah kepada pelajar yang belajar dalam persekitaran jarah jauh
yang perlu menguruskan masa dengan betul kerana kebanyakkan pelajar PJJ telah mempunyai
kerjaya dan memiliki keluarga untuk melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga.
Jadi disinilah kemahiran dalam pengurusan masa perlu dilaksanakan dengan kaedah
yang tepat dan berkesan. Dibawah ini bagaimana cara kemahairan pengurusan masa
dapat membantu pelajar PJJ dalam pembelajaran dalam pendidikan jarak jauh:
2.1
Tetapkan Matlamat Utama
Dalam pengurusan masa yang
paling utama adalah matlamat, jika tiada matlamat yang ingin dicapai maka kita
tiada hala tujuan untuk dicapai. Sebagai pelajar PJJ, kita semestinya mempunyai
matlamat yang perlu di tetapkan sebagai contoh ingin menamatkan pendidikan
selama 4 tahun dengan cemerlang. Jadi jika matlamat telah di tetapkan maka
perlulah dengan di susuli dengan tindakan pula seperti membuat jadual masa.
2.2
Jadual Masa
Dalam kehidupan seharian kita,
dipenuhi dengan tugasan-tugasan tetap sebagai seorang pekerja kepada sesebuah organisasi
dan kemungkinan ada yang telah mempunyai keluarga. Oleh itu sebagai pelajar PJJ
mempunyi masa yang terhad kerana masa perlu dibahagikan kepada tugasan kerja,
tanggungjawab kepada keluarga dan belajar secaran pendidikan jarah jauh. Jadi
penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul perlulah membuat jadual masa
untuk harian, mingguan dan bulanan. Dalam menyediakan jadual masa sendiri, perlulah
mencari keutamaan dalam kehidupan seharian.
2.3
Menilai Keutamaan
Sebelum membuat jadual masa,
perlu mencari keutamaan dalam yang paling utama, bermaksud cari perkara yang
paling utama untuk dilakukan dulu sebagai contoh: jika berkerja dari pukul
8pagi sehingga 5petang, perlulah selesai tugas sebagai seorang pekerja dan jika
ada keluarga perlu luangkan masa untuk bersama keluarga dan sebagai seorang
pelajar PJJ perlu tentukan apa yang paling utama pula dalam belajar seperti
perlu siapkan tugasan belajar dahulu dan kemudian perlu mengulangkaji pelajaran
pula. Di sini perlu mencari apa yang paling penting utama untuk dilakukan.
Dalam mencari keutaman ini, perlulah berdisplin selepas jadual masa dan
keutamaan telah ada.
2.4
Displin Diri
Setelah membuat jadual masa
untuk membahagikan semua masa kepada perkara yang paling penting untuk mancapai
matlamat yang telah ditetapkan, di sinilah bermulanya cabaran untuk mengikuti
jadual masa tersebut iaitu perlu berdisplin mengikuti jadual masa agar masa
tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai seorang pelajar PJJ yang mengikuti
pembelajaran jauh perlu menguruskan masa dengan betul agar dapat membantu dalam
kehidupan seharian sebagai pelajar PJJ.
Menurut Nadinloyi, K. B. Et al. (2013) telah
mengesahkan bahawa kajian menunjukkan bahawa kemahiran masa boleh dilatih.
Memandangkan hubungan antara masa pengurusan dan pencapaian akademik
menyebabkan peningkatan dalam pencapaian akademik, terutamanya di kalangan
pelajar yang pengurus masa yang lemah. Oleh yang demikian kemahiran dalam pengurusan masa
amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang itu. Tetapi secara individu
belajar amat sukar juga dalam persekitaran belajar jarah jauh kerana memerlukan
sokongan dari individu - individu lain untuk berjaya seperti berlajar dalam
kumpulan lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
3.0
Kemahiran KERJA
BERPASUKAN
Ahli pasukan mestilah cukup fleksibel
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja kerjasama di mana matlamat
dicapai melalui kerjasama dan saling bergantung sosial daripada individu,
matlamat kompetitif. (Luca & Tarricone, 2002) Secara am jika kita belajar secara sendirian kita
lebih tertumpu kepada pendapat dan pemikiran kita sahaja. Tetapi jika berlajar
secara berkumpulan maka idea dan pemikiran boleh dikongsi dan kembangkan lagi.
Jadi di sini kemahiran kerja berpasukan itu mesti ada dalam persekitaran
pendidikan jarak jauh, ini dapat membantu pelajar PJJ dalam perbincangan kelas
ataupun belajar secara berkumpulan.
3.1
Kerjasama dalam Perbincangan dan tugasan
Dalam kemahiran kerja
berpasukan ini perlu ada sifat kerjasama dalam diri pelajar PJJ. Ini penting
dalam penglibatan pelajar PJJ di dalam kelas khusuh jika ada perbincangan atau
perlu menyelesaikan tugasan belajar, pelajar PJJ perlu memberi kerjasama dan
kemahiran kerja berpasukan ini amat penting bagi tugasan yang memerlukan penglibatan
antara kumpulan. Jika tiada maka sukarlah seorang pelajar PJJ untuk belajar dan
mendapat markah yang sepatutnya kerana kelas untuk pendidikan jarah jauh hanya
paling minimun iaitu mungkin 4 – 6 kelas sahaja. Jadi jika perlu ada
penglibatan dalam kelas perlu memberi kerjasama agar tidak ketinggalan. Dan
agar tidak ketinggalan perlu belajar secara berkumpulan juga.
3.2
Belajar secara berkumpulan
Menurut Nor, K. M.
(2002), belajar berkumpulan secara
amnya lebih berdaya maju dari berseorangan dalam semua pekerjaan dan aktiviti. Ini
akan untuk meningkatkan kecenderungan
kepada kadar kelajuan bekerja apabila dalam kumpulan terutamanya bagi
kerja yang mudah. Kenapa perlu belajar secara berkumpulan untuk pelajar PJJ?
Ini kerana sebagai seorang pelajar PJJ mempunyai kekangan masa untuk berjumpa
pelajar lain dalam kelas yang sangat terhad iaitu dapat berjumpa jika ada kelas
sahaja. Jadi kemahiran kerja berpasukan perlu ada disini agar dapat mencari
kumpulan pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Jika tiada kemahiran ini
maka sukar untuk pelingbatan belajar berkumpulan yang banyak kebaikan dan
kelebihan untuk pelajar PJJ. Selain menyertai belajar di forum, pelajar PJJ jugak
perlu ada kumpulan belajar untuk belajar secara berkumpulan. Menurut Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T.
C. (Tiada Tahun) kajian menunjukkan pelajar yang berkeputusan tinggi
menunjukkan bahawa mereka lebih seronok ketika berbincang dalam kumpulan dan
berkongsi idea ketika bekerja.
Menurut Luca
& Tarricone (2002) telah mengesahkan bahawa jika jika
mempunyai kemahiran kerja berpasukan di dalam kumpulan belajar lebih berjaya
dalam pembelajaran. Kajian mereka ke atas dua kumpulan belajar iaitu satu
kumpulan belajar yang berjaya dan satu lagi adalah kumpulan belajar yang kurang
berjaya. Faktor kerjayaan dalam kumpulan belajar berjaya adalah memberi
komitmen yang penuh pada kumpulan, saling bergantungan antara satu sama lain
dalam kumpulan, kemahiran interpersonal seperti hormat menghormati, mengamalkan
komunikasi terbuka dan maklumbalas yang prositif dan menghargai sesama yang
lain. Oleh yang demikian kemahiran kerja berpasukan penting dalam pembelajaran
persekitaran pendidikan jarah jauh banyak membantu pelajar PJJ untuk berjuang
dalam pembelajaran di samping memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang perlu dalam dunia yang semakin
serba canggih ini.
4.0 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam pendidikan jarak jauh (PJJ) semakin berkembang. Pendidikan
berteraskan secara talian dan juga web telah mula diaplikasikan sebagai
perlbagi cara merentasi tahap dalam pendididikan hari ini. (Hassan, F. et. al.,
2006). Mengapa kemahiran ICT amat penting kepada golongan pelajar PJJ? Ini
kerana secara keseluruhan pembelajaran ini berasaskan ICT seperti menggunakan
komputer, e-mail untuk perhubungan tutor dan pelajar lain serta berforum. Jadi
kemahiran ini begitu penting dalam persekitaran pembelajaran jarah jauh:
4.1
Perkakasan ICT
Dalam semua kemahiran,
kemahiran ICT inilah asas dan sebagai tunggak utama dalam konsep pembelajaran
jarak jauh ini. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting. (Hassan,
F. et. al., 2006). Pertama sekali sebagai pelajar PJJ perlu menguasai bagaimana
menggunakan perkakasan ICT seperti komputer dan sebagainya. Perkakasan ini
sebagai modul perantaraan antara konsep pembelajaran jarah jauh sebagai contoh
pelajar PJJ perlu ada sebuah komputer di rumah untuk aktiviti pembelajaran
jarak jauh. Selain tahu menggunakan
komputer, perlu juga tahu menggunakan alat belajar kendiri secara pembelajaran
jarak jauh seperti contoh seperti CD-ROM, aplikasi- aplikasi microsof untuk
menyediakan tugasan dan aktiviti pembelajaran. Jadi ini amat membantu dalam
mengharungi pembelajaran secara pendidikan jarak jauh. Jika kemahiran ini di
kuasai dengan cemerlang maka pelajar PJJ boleh belajar secara kendiri seperti
mencari bahan untuk pembelajaran secara kendiri di internet.
4.2 Internet
Selain itu, informasi dan
maklumat berguna juga boleh didapati dijaringan internet. Kini kemudahan
internet ini boleh di dapat di mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini
semakin mudah, fleksibel dan cepat. (Hassan, F. et. al., 2006). Dalam pembelajaran
PJJ perlu menguasai cara untuk menggunakan internet kerana untuk mendapatkan
maklumat untuk sumber belajar adalah sangat penting. Kemahiran ini amat membantu
pelajar PJJ dan bonus kepada sesiapa yang menguasainya. Sebagai contoh pelajar
perlu menyelesaikan tugasan dan memcari maklumat contohnya perlukan artikel
atau buku sebagai bahan tugasan, jadi pelajar PJJ kurang masa untuk pergi
perpustakaan mencari bahan-bahan tersebut. Jadi pelajar PJJ boleh mencari
maklumat di jaringan internet dan selalunya pusat institusi telah menyediakn
perpustakaan secara atas talian. Jadi pelajar PJJ senang mendapatkan maklumat
dan bahan belajar. Selain mendapatkan maklumat di internet, pelajar PJJ perlu
berkomunikasi dengan tutor dan pelajar lain di forum yang terdapat di portal.
4.3 Portal Institusi
Dalam tempoh pendidikan jarah
jauh, nadi kepada seorang PJJ adalah menggunakan portal yang di sedikan oleh
pihak institusi. Di dalam portal pendidikan jarah jauh terdapat kemudahan untuk
pelajar PJJ, jadi di sini kemahiran ICT amat penting semasa ingin mengunakan
portal pendidikan jarak jauh ini kerana terdapat kemudahan seperti forum untuk
pelajar dengan e-tutor berbincang, terdapat modul pembelajaran, melihat
markah-markah tugasan atau markah ujian, pembayaran dan sebagainya. Sebagai
contoh pelajar ingin berbincang dengan e-tutor, pelajar PJJ boleh melayari
forum untuk bertukar pendapat dengan pelajar lain. Kemahiran ICT ini memudahkan
pelajat PJJ untuk belajar secara lancar dengan menguasai kemahiran ICT dan ia
sangat fleksibel iaitu pelajar PJJ boleh menguruskan pembelajaran mereka
sendiri.
Dalam
kajian Hassan, F. et. al. (2006) menyatakan bahawa ICT dan pendidikan jarak
jauh amat sinonim dan pendidikan jarak jauh dan ICT memang tidak dapat di
pisahkan dan telah mengesahkan bahawa ICT memang relevan untuk pendidikan jarak
jauh. Dan telah mengesahkan seramai 80% pelajar cemerlang mengaku menggunakan
ICT sebagai bantuan dalam proses pembelajaran iaitu untuk membuat tugasan (50%)
dan berhubung dengan rakan-rakan dan pengsyarah 45% . Ini mebuktikan bahawa
kemahiran ICT amat membantu dalam mengharungi pembelajaran secara persekitaran
pendidikan jarak jauh serta dilengkapi dengan kemahiran membuat rujukan untuk
melengkapkan pembelajaran.
5.0 Kemahiran membuat rujukan
Dalam kemahiran membuat rujukan adalah
merujuk kepada membaca atau mencari bahan-bahan rujukan tambahan kepada
pembelajaran pada sesuatu subjek. Pelajar PJJ amat perlu membiasakan diri untuk
mencari maklumat dan bahan-bahan di perpustakaan, tetapi diera ini dan persekitaran
pembelajaran jarak jauk amat menghadkan masa untuk pelajar PJJ untuk berada di
perpustakaan jadi pelajar PJJ seharusnya bijak untuk melatih kemahiran membuat
rujukan juga walaupun tidak berada di perpustakaan, pelajar PJJ boleh membuat
pilihan untuk menggunakan perputastakaan atas talian yang di sediakan oleh
setaip institusi sebagai contoh di Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
menyediakan perpustakaan atas talian ini bermakna pelajar PJJ di instituisi
tersebut boleh mencari rujukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja. Menurut
Jaafar, H. et. al. (2007) dengan
mempunyai kemahiran membuat rujukan ini, pelajar akan lebih menguasai dan memahami lebih mendalam tentang sesuatu mata
pelajaran tersebut. Bagaimana kemahiran belajar boleh membantu pelajar PJJ
dalam mengharungi persekitaran jarak jauh?
5.1
Menguasai Sesuatu Mata Pelajaran
Dalam sesuatu pembelajaran
mata pelajaran, pelajar PJJ akan diberikan modul untuk bahan kendiri belajar
tetapi dengan menguasai kemahiran membuat rujukan maka pelajar PJJ lebih
memahami konsep mata pelajaran tersebut ini akan memperluaskan pengetahuan
terhadapat mata pelajaran tersebut dan juga akan menambahkan nilai kepada
pembelajaran pelajar PJJ. Kemahiran ini sebagai tambahan penting kepada pelajar
PJJ selain menghadiri kelas, berbincang diantara pelajar dengan pengajar. Kebaikannya
juga adalah dapat mengisi dang melengkapkan fakta tentang sesuatu pembelajaran,
dapat memperbetulkan fakta-fakta atau konsep yang tersalah catat dan
meningkatkan lagi motivati pelajar PJJ untuk belajar. Jadi pelajar PJJ tidak
hanya tertertumpu kepada modul pelajaran sahaja tetapi dengan sedikit usaha
akan memberi pelajar PJJ bonus tambahan untuk berjaya dengan kemahiran membuat
rujukan ini. Selain menguasai mata pelajaran pelajar juga akan di beri tugasan
untuk setiap mata pelajaran.
5.2 Membantu membuat tugasan
Untuk setiap mata pelajaran akan ada
tugasan yang akan diberi. Jadi dalam kemahiran membuat rujukan amat mebantu
pelajar PJJ untuk menjayakan tugasan tersebut. Dalam persekitaran pembelajaran
jarak jauh akan mempunyai kekangan – kekangan apabila menyiaplan tugasan jadi
dengan kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ boleh menyelesaikan tugasan
tersebut. Dalam menyiapkan sesebuah tugasan amat memerlukan bahan-bahan rujukan
untuk memberi idea dan rujukan dan kemahiran ini juga akan menjamin dapat
meningkatkan hasil laporan, tugasan dan
sebagainya. Contoh untuk rujukan seperti ensiklopedia, jurnal, majalah dan
internet. Dan juga akan menunjukkan pelajar PJJ tersebut berpengetahuan luas dalam
mata pelajaran tersebut.
5.3 Persediaan Peperiksaan
Kemahiran membuat rujukan juga bermanfaat
dalam membuat persediaan kepada peperiksaan, sesetengah soalan untuk
peperiksaan memerlukan pengetahuan untuk menjawab persoalan tersebut. Oleh yang
demikian kemahiran membuat rujukan ini amat diperlukan ini akan membantu
pelajar PJJ untuk menduduki peperiksaan denga lebih yakin. Dalam pembelajaran
pendidikan pelajaran jarak jauh akan diberi bahan belajar kendiri untuk belajar
tetapi dengan kemahiran membuat rujukan akan melengkapkan pembelajaran pelajar
PJJ walaupun belajar secara PJJ tetapi masih dapat menguasai sesuatu mata
pelajaran tersebut dan akan memberi kecermelangan dalam perperiksan dan tugasan
iaitu markah kepada pelajar PJJ
bergantung kepada kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ tersebut.
Dalam
hasil kajian Jaafar, H. et. al. (2007) menunjukkan kemahiran membuat
rujukan adalah tertinggi dari kemahiran yang lain pada pelajar Ijazah Sarjana
Muda Fakulti Pendidikan, UTM. Menurut
Jaafar, H. et. al. (2007) menyatakan bahawa sebagai seorang pelajar, mereka
tidak perlu bergantung kepada nota-nota atau modul pembelajaran sahaja, mereka
perlu membuat rujukan untuk mengukuhkan lagi penguasaan terhadap sesuatu mata
pelajaran tersebut. Oleh yang demikian ini membuktikan kemahiran membuat
rujukan penting dalam mengharungi persekitaran pembelajaran jarak jauh untuk
lebih berjaya dalam pendidikan seseorang pelajar jarak jauh tersebut.
6.0
cadangan
Cadangan yang terbaik dalam kemahiran
belajar untuk menghadapi suasana pembelajaran pendidikan jarak jauh:
A.) Cadangan Pertama adalah dengan
melaksanakan perancangan pengajian yang memerlukan jadual yang iaitu sentiasa
meninjau dan mengekalkan jadual untuk mengikutinya dalam masa yang melaksanakan
perancang masa disusun mengikut keutamaan dan simpan senarai semak tugas
selesai dan cemerlang, Sebagai contoh dalam era teknologi maklumat tinggi pada
masa sekarang terdapat banyak pilihan untuk membuat jadual belajar secara
efektif seperti menggunakan ”smart phone” sekarang mempunyai aplikasi ”Android” untuk jadual belajar di
dalam telefon mudah alih pelajar, jadi pelajar boleh membuat peringatan untuk
masa belajar yang di tetapkan jadi masa lebih teratur kerana mempunyai jadual
belajar di telefon pelajar.
B.) Cadangan keduanya ialah jika dulu ingin
belajar berkumpulan perlu berjumpa di suatu tempat untuk berbincang, tetapi
dengan dengan dunia canggih sekarang semuanya boleh di buat di telefon mudah
alih pelajar jarak jauh dan dengan masa yang terhad. Sebagai contoh pelajar boleh
menggunakan aplikasi ”whatassp” untuk membuat kumpulan belajar jadi di mana
sahaja berada boleh hubungi kumpulan belajar untuk sesebuah perbincangan. Di
sinilah kemahiran kerja berpasukan perlu di terapkan untuk belajar secara
berkumpulan.
C.) Cadangan ketiga adalah tidak semua pelajar
PJJ mahir dalam menggunakan ICT iaitu komputer, internet dan portal institusi.
Oleh itu pelajar PJJ boleh mengikuti kursus ICT untuk menguasai lebih dalam
penggunaan ICT. Kebanyakkan kursus ini selalu di tawarkan dan boleh juga
belajar sendiri di jaringan internet atau membeli buku untuk belajar sendiri.
D.) Dan
cadangan terakhir ialah tidak semua pelajar dapat menguasai kemahiran membuat
rujukan yang amat penting dalam pembelajaran, maka cadangannya adalah pihak institusi
perlu memberi kesedaran kepada pelajar PJJ dengan memberi taklimat betapa
pentingnya kemahiran belajar antaranya adalah kemahiran membuat rujukan akan
menentukan kejayaan seseorang pelajar PJJ tersebut.
7.0
kesimpulan
Dalam erti kata lain tiada jalan pintas
untuk berjaya dalam pelajaran lebih-lebih lagi dalam pembelajaran pendidikan
jarak jauh yang amat mencabar melainkan dapat menguasai kemahiran belajar yang
dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka dalam persekitaran jarak jauh.
Walaupun terdapat halangan masa, tanggungjawab kepada kerja dan keluarga tetapi
dengan sedikit strategi terhadap kemahiran-kemahiran belajar, masalah – masalah
yang biasa dihadapi oleh pelajar PJJ dapat diselesaikan. Belajar tanpa
kemahiran belajar ibarat pergi berjuang ke medan perang tanpa stategi dan
senjata. Semua kekangan yang ada dapat diatasi di dalam persekitaran pembelajaran
jarak jauh jika pelajar PJJ pandai untuk mengunakan kemahiran-kemahiran belajar
tersebut.
( 3036 Patah Perkataan)
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Affan, O. (2007). Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar. Ampang: PTS Litera Utama.
Aziz, M., & Ahmad, N. (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian,
Perak. (Malay). Jurnal Pendidik
Dan Pendidikan, 23, 29-47. In Ebscho ( OUM Digital Collection).
Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada
Tahun). Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti
Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti Teknologi Malaysia. 1-225.
[Online]. Available:http://eprints.utm.my/2341/
[2014, February 24].
Hassan, F. et
al. (2006). Cabaran Pendidikan Secara
Jarak Jauh; kesedaran Dan Pendedahan
dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 1-51. [Online]. Available:http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_ Kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunika si_(ICT).pdf [2014, February 24].
Jaafar, H. et. al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran
Belajar Pelajar Universiti Di
Fakulti Pendidikan, Utm Johor. Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.1-90. [Online]. Available:http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf [2014,
February 24].
Luca, J., & Tarricone, P. (2002). Successful teamwork: A case study. 640 –
646.
Nor, K. M.
(2002). Belajar Teknik Belajar Di Sekolah
Dan Di Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Nadinloyi, K. B. et. al. (2013). The Study Efficacy Of Time Management
Training On Increase Academic Time
Management Of Students. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134-138. [Online]. Available:http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042813015905
[2014, February 24].
Noor, M. Y. (1990). Psikologi belajar dan teknik
belajar yang berkesan. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.