1.0 PENGENALAN
Setiap saat manusia akan berfikir untuk menjalani
kehidupan seharian tidak kira pada sesiapa sahaja, pemikiran merupakan suatu
proses untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan sebagainya. Dan tanpa
berfikir manusia tidak dapat membuat sebarang keputusan. Menurut Lopez (1997)
telah mentakrifkan sebagai keputusan adalah penghakiman, resolusi akhir kepada
konflik keperluan, cara atau matlamat dan komitmen untuk tindakan yang dibuat
dalam menghadapi pelbagai kekeliruan, kerumitan dan tidak rasional. Di samping
itu semasa membuat keputusan, persekitaran seperti kepastian, ketidakpastian
dan berisiko juga akan mempengaruhi keputusan tersebut. Keputusan juga boleh di
buat secara individu ataupun secara berkumpulan melalui kaedah Teknik Percambahan
Fikiran, Teknik Delphi dan Teknik Kumpulan Nominal. Selalunya individu akan
membuat keputusan dalam keadaan rasional untuk mendapatkan keputusan yang
terbaik.
1.1 Pembuatan keputusan
Menurut Hussain, A. A (1991) telah menyatakan bahawa keputusan yang dianggap bagus jika ia
berkesan apabila dilaksanakan. Dalam pembuatan keputusan, kita perlu tahu
konsep rasional amat penting kerana disinilah alternatif-alternatif yang
terbaik akan dijana. Menurut William (2000) telah menyatakan enam langkah atau
proses harus dilalui semasa usaha untuk membuat keputusan. Iaitu dimulakan
dengan mentakrifkan masalah-masalah, mengenal pasti kriteria keputusan,
memperuntukkan pemberat untuk setiap kriteria, menjana alternatif-alternatif,
menilai alternatif-alternatif dan akhir sekali adalah memilih keputusan yang
optimun.
1.2 Persekitaran Pembuatan Keputusan
Menurut Higgins, G., & Freedman, J. (2013) telah menyatakan membuat
keputusan, seperti semua yang lain manusia lakukan, boleh diperbaiki dengan
mengikuti proses berulang. Proses ini boleh menjadi mudah atau rumit sebagai
pembuat keputusan untuk memilih. Secara umumnya terdapat tiga keadaan maklumat
dalam tindakan untuk membuat keputusan iaitu makumat yang lengkap, tiada
maklumat dan maklumat yang tidak lengkap. Ini telah mewujudkan tiga
persekitaran dalam membuat keputusan iaitu (a.) pembuatan keputusan dalam
kepastian adalah yang terbaik kerana dalam persekitaran kepastian ini terdapat
maklumat yang lengkap dan selalunya pembuat keputusan dapat meramal keputusan
di masa hadapan, (b.) pembuatan keputusan dalam ketidakpastian ia dikatakan
berisiko, ia berisiko kerana tiada maklumat untuk membantu dalam proses
pembuatan keputusan. Oleh yang demikian, pembuat keputusan tidak dapat meramal
peristiwa yang mungkin akan berlaku dalam pada masa hadapan. dan terakhirnya
adalah (c.) pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko adalah apabila dalam
membuat keputusan mempunyai maklumat yang tidak lengkap. Oleh yang demikian
mereka tidak meramal dengan pasti apakah peristiwa yang mungkin akan berlaku di
masa akan datang.
1.3 Pengenalan kepada pembuatan keputusan secara berkumpulan
Biasanya membuat keputusan secara berkumpulan boleh memperbaiki sesebuah keputusan
itu menjadi lebih baik. Dengan membuat keputusan secara berkumpulan akan memperluaskan
pengumpulan data atau maklumat yang dicari untuk menentukan sesuatu alternatif.
Dari segi menjana alternatif akan memberi pelbagai informasi dari segi
pengalaman, kepakaran dan sebagainya. Tedapat 3 jenis pembuatan keputusan
secara berkumpulan iaitu terdiri daripada teknik delphi, teknik kumpulan
nominal dan percambahan fikiran (Brainstorming). Ketiga-tiga ini selalu diguna
pakai dalam situasi organisasi yang besar atau kecil dalam membuat sesuatu
keputusan.
1.3.1
Percambahan Fikiran
Proses percambahan fikiran ini juga boleh dilaksanakan untuk membuat senarai
masalah-masalah yang dihadapi bagi sesebuah organisai. Dalam keadah proses percambahan
fikiran terdapat prinsip yang utama iaitu semua ahli yang terlibat dalam
kumpulan untuk memberi idea akan mengemukakan pendapat atau penilaian kepada
idea yang telah di buat. Dan yang paling penting adalah setiap ahli dalam
kumpulan itu tidak di benarkan untuk mengkritik idea daripada ahli-ahli yang
lain. Tujuan ini adalah untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin idea dalam sesi
percambahan fikiran ini iaitu semakin banyak kuantiti idea yang di kemukakan
maka semakin banyak pemilihan untuk idea kepada kumpulan itu. Selalunya setiap
ahli akan diberi kebebasan untuk berfikir dan terakhir sekali semua idea-idea
yang dihasilkan boleh di kumpulkan, dinilai, dibaiki bagi menghasilkan
alternatif yang terbaik dalam penyelesaian akhir.
1.3.2
Teknik Delphi
Dalam Teknik
Delphi merupakan salah satu kaedah untuk peramalan dan perkiraan. Dalam kaedah
teknik Delphi ini, pengurus akan mengirimkan permasalahan dalam bentuk pos atau
e-mail kepada setiap individu yang terdiri daripada pakar pada bidang-bidang
berkaitan iaitu ahli panel dalam bentuk soal selidik dan kemudiannya mereka
akan mengirimkan semula penyelesaian mereka. Pengurus akan mengumpulkan maklum
balas tersebut dalam sebuah laporan dan menghantar semula kepada ahli panel
tadi dengan soal selidik kedua. Ahli panel akan membaca semula laporan dan
melengkapkan semula soal selidik kedua. Proses ini akan berulangan sehinggalah
kata sepakat dipersetujui. Selalunya teknik mengambil masa yang lama kerana
tidak bersemuka.
1.3.3
Teknik Kumpulan Nominal
Teknik Kumpulan Nominal pula berbeza dengan teknik kumpulan Delphi kerana kaedah
pembuatan keputusan untuk teknik kumpulan nominal secara berstruktur dalam
proses perbincangan kumpulan kecil ataupun bersemuka. Kaedah in juga menghalang
dari seseorang dari mendominasikan perbincangan oleh itu mengalakkan
penglibatan semua individu yang pasif, Ia akan menghasilkan satu keputusan
cadangan atau penyelesaian yang utama. Untuk teknik ini, pengurus biasanya akan
mengumpulkan sebuah kumpulan dan akan menerangkan masalah. Setiap anggota akan
bersendirian dan mencatatkan idea masing-masing di atas kertas. Dan
kemudiannnya, apabila anggota telah selesai menjana idea, setiap anggota dari
kumpulan akan menerangkan satu idea kepada semua kumpulan dan idea-idea ini
akan ditulis di papam hitam atau putih untuk di perlihatkan dan dirujuk kepada
semua ahli kumpulan. Seterusnya perbincangan akan di buat bagi menilai kebaikan
dan kelemahan setiap idea. Walaubagaimanapun dalam perbincangan di benarkan
untuk mendapat penjelasan, kritikan tidak di benarkan. Setelah perbincangan
selesai, ahli-ahli akan membuat undian secara rahsia di atas sehelai kertas.
Dan idea yang menerima paling banyak undian akan dipilih sebagai alternatif
bagi sesebuah keputusan tersebut.
2.0 Kaedah pembuatan keputusan
secara berkumpulan yang dipilih.
Kaedah pembuatan keputusan
secara berkumpulan dipilih untuk laporan ini adalah percambahan fikiran. Menurut
Brainstorming (2005) menyatakan definisi dalam percambahan fikiran adalah teknik
penyelesaian masalah yang melibatkan sumbangan spontan idea dari semua ahli
kumpulan. Secara asasnya teknik kumpulan ini adalah ia melibatkan satu kumpulan
kecil yang terdiri daripada beberapa individu. Matlamat utama dalam pembuatan
keputusan secara percambahan fikiran ini adalah untuk mendapatkan idea sangat
bernilai secara bebas dan tanpa batasan yang dianggap logikal dalam suasana
yang harmoni dan tenang. Refleksinya
adalah walaubagaimanapun matlamat yang paling utama adalah dapat menghasilkan
sebanyak yang mungkin untuk idea-idea yang tidak mengambil waktu yang lama,
tetapi idea-idea yang pelbagai ini perlu diperbaiki, kembangkan lagi dan
digabungkan kesemua idea-idea akan menjadi lebih berkesan untuk dilaksanakan
bagi penyelesaian masalah. Dalam konsep percambahan fikiran, terdapat beberapa
perkara asas yang perlu diterapakan untuk menentukan kejayaan konsep
percambahan fikiran ini, pertamanya adalah konsep permbuatan keputusan secara
percambahan fikiran ini adalah haruslah memberi keutamaan kepada kuantiti dan
bukannya kepada kualiti iaitu semakin ramai ahli adalah semakin baik keputusannya.
Keduanya setiap ahli akan dibenarkan untuk melahirkan sebarang idea tanpa
sebarang halangan iaitu dengan membenarkan semua ahli untuk menyebut apa sahaja
yang terlintas. Ketiganya adalah dapat membina dan mengembangkan lagi idea-idea
yang telah dilahirkan yang diperolehi. Dan yang terakhirnya adalah yang amat
penting sekali iaitu tidak dibenarkan sama sekali untuk mengkritik idea
ahli-ahli lain dan penilaian awal.
2.1 Langkah –langkah dalam
percambahan fikiran
Dalam konsep percambahan fikiran ini, terdapat
langkah-langkah yang teratur untuk mewujudkan percambahan fikiran ini. Walaupun
sebenarnya percambahan fikiran ini boleh di lakukan dengan seorang diri tetapi
dengan berkumpulan akan menghasilkan idea-idea yang menarik dan melahirkan
alternatif kepada penyelesain yang terbaik sekali kepada sesuatu masalah
tersebut:
1.) Langkah
pertama sekali dalam percambahan fikiran ini adalah dengan mewujudkan satu
kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai umur dan tahap perkerjaan masing
seperti dari pengurus, penolong pengurus, pekerja bawahan atau sebagainya.
Selalunya dalam satu kumpulan mungkin terdiri daripada 7 atau 8 orang ahli.
2.) Keduanya
adalah dengan mengenalpasti masalah yang di hadapi. Contohnya pengurus akan
mengenalpasti masalah dan akan menulis masalah tersebut kepada yang jelas,
ringkas dan mudah di fahami kepada semua peringkat tahap pekerjaan.
3.) Ketiganya
dengan mendapatkan soalan – soalan untuk
mencetuskan idea dari setiap ahli kumpulan bagi mencetuskan atau mendorong ahli
kumpulan. Dalam bahagian ini terdapat peraturannya iaitu tidak dibenarkan untuk
menilai sesebuah kualiti soalan tersebut serta tidak dibenarkan untuk
mengkritik kepada siapa yang mengeluarkan soalan tersebut dan perlu jelaskan
sebagai contoh semua idea-idea atau alternatif adalah betul pada peringkat
permulaan proses percambahan fikiran ini. Dengan banyak soalan yang dihasilkan
maka lebih banyak idea yang akan di hasilkan.
4.) Keempatnya
dengan menetapkan masa kerana proses
untuk mendapatkan soalan akan mengambil masa yang panjang. Oleh yang demikian
dengan menetapkan masa sebagai contoh 30 – 40 minit dan di selang dengan waktu
rehat yang singkat antara 10-15 minit selepas melontarkan semua soalan.
5.) Langkah
kelima dengan mendapatkan idea-idea untuk masalah yang dibincangkan dengan
menanyakan setiap individu. Setiap idea yang di keluarkan haruslah diterima
tanpa dikritik dan dinilai iaitu dengan tidak akan wujud samada betul atau
salah untuk idea tersebut. Persoalkan setiap individu dengan hanya satu idea
sahaja dalam setiap pusingan sebagai contoh didalam pusingan pertanyaan idea,
jika individu tidak dapat memberikan sebarang idea perlulah beralih kepada
individu lain. Tidak perlu tunggu mereka yang masih tidak mempunyai idea dan
tinggalkan mereka dengan untuk membolehkan mereka berfikir tentang idea yang
akan di hasilkan. Selepas itu kembali semula kepada mereka yang kemudiannya. Dalam
hal ini idea akan ditulis tanpa menilai kualiti kerana kemungkinan idea yang
bagus di hasilkan selepas mengeluarkan idea yang tidak berkualiti. Selalunya sebagai
manusia biasa akan berhenti mengeluarkan idea sekiranya mereka telah dikritik
contohnya seperti dimalukan atau tidak di hargai.
6.) Seperti
langkah keempat, perlu tetapkan masa untuk mencari idea. Penetapan masa ini
bergantung kepada sejauh mana tahap kepentingan masalah ini. Jika tahap masalah
tersebut memerlukan masa yang agak panjang, perlu diberi perhatian lebih supaya
tidak mengambil risiko.
7.) Dan
seterusnya adalah pemilihan kepada idea-idea yang telah dijanakan. Dengan
mengasingkan idea-idea kepada kumpulan sebagai contohnya kepada 3 kumpulan
mengikut keutamaan iaitu pertama idea yang bernas, idea yang boleh kira di
terima tetapi kurang bernas, serta idea-idea yang tidak menepati kriteria.
Contoh soalan yang digunakan adalah seperti “ Adakah ia efektif ?”, “Adakah ia
akan disiapkan pada 1 Jan 2014?”
8.) Dan
yang terakhir adalah penilaian. Contohnya dengan memberi permakahan kepada idea
yang yang lebih bernas sperti 0 -5 markah seperti markah 5 kepada idea yang
terbaik dan bernas. Dan nilai semula dengan melihat markah yang tinggi bermakna
itu penyelesaiannya. Tetapi perlu diingat kerana idea-idea yang bernas kekadang
tidak menjanji penyelesaian yang terbaik kepada sesuatu masalah tersebut. Oleh
yang demikian perlu fleksibel dalam membuat sesuatu keputusan dalam pemilihan
alternatif kepada penyelesaian.
3.0 Aplikasi kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan
yang dipilih dalam situasi sebenar.
3.1 Latar belakang masalah
Dalam menyelesaikan masalah ini, pembuatan keputusan berkumpulan secara
percambahan fikiran telah dipilih di tempat berkerja iaitu di Telekom Malaysia
Berhad di unit Complaint General Management (CGM) yang dipertanggungjawabkan
untuk menjawab e-mail pelanggan dan menyelesaikan masalah pelanggan TM
berkaitan dengan masalah bil Streamyx pelanggan. Untuk unit ini terdiri
daripada seorang pengurus dan di bantu oleh dua orang pembantu pengurus dan
sepuluh orang pekerja bawahan untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Huraian
tugasan untuk unit ini adalah seperti berikut:
1.)
Setiap hari unit ini akan menerima anggaran 200 – 300 e-mail dari pihak
pelanggan.
2.)
Petunjuk prestasi utama (KPI) adalah 25 kes sehari untuk setiap pekerja
bawahan.
3.)
Setiap e-mail daripada pelanggan perlu di selesaikan sebelum 15 hari
mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu mengikut arahan dari pihak Malaysian
Communications And Multimedia Commission (MCMC).
3.2 Kenalpasti Masalah
Permasalahan telah dikenalpasti iaitu unit ini telah menerima lonjakan
e-mail dari 200 – 300 sehari kepada
1500. Apabila dikenalpasti semula akibat dari kegagalan sistem
menyebabkan e-mail pelanggan banyak pada tarikh 15 Oktober 2013. Ini
menyebabkan unit ini perlu menyelesaikan permasalahan ini pada jangka masa yang
di tetapkan.
3.3 Pembuatan Keputusan secara berkumpulan
1.)
Untuk menyelesaikan masalah unit ini, pihak pengurus telah mengumumkan
kepada pembantu pengurus untuk membuat
mensyuarat kepada semua pekerja bawahan untuk menyelesaikan masalah di unit
tersebut. Oleh yang demikian mesyuarat telah diadakan dengan terdiri daripada
seorang pengurus, dua pembantu pengurus dan sepuluh orang pekerja bawahan.
2.)
Di dalam mensyuarat tersebut pihak pengurus telah menerangkan masalah
sebenar unit tersebut iaitu ” Bagaimana ingin menyelesaikan 1500 e-mail pelanggan
sebelum 30 Oktober 2013 ?
3.)
Jadi setiap ahli dalam mesyuarat di kehendaki untuk memberi idea – idea atau alternatif untuk
menyelesaikan masalah yang di hadapi tanpa perlu berbincang antara satu sama
lain dan seorang ahli akan menulis semua idea tersebut. Masa di peruntukkan
untuk menulis idea ini selama 15-30 minit. Setelah selesai menulis semua idea, pengurus
meminta untuk seorang ahli membaca idea-idea tersebut dan semua ahli di
beritahu untuk tidak mengkritik idea ahli lain bagi mengelakkan ahli untuk
tidak untuk melontarkan idea.
Antara idea-idea yang dicadangkan ialah:
a.)
Memperuntukkan kerja lebih masa.
b.)
Mencadangkan agar ada e-mail tambahan selepas waktu kerja.
c.)
Mencari permasalahan sebenar dan bagaimana untuk mengelakkan hal ini
terjadi lagi untuk jangka masa panjang
d.)
Mengenalpasti e-mail sebenarnya dari pelanggan atau spam dan jika ada e-mail
bertindih perlu batalkan e-mail tersebut, jadi salah seorang harus memantau e-mail
dari pihak pelanggan.
e.)
Mengalakkan semua orang terlibat termasuk pengurus dan pembantu pengurus.
f.)
Mewajibkan semua orang utuk membuat kerja lebih masa selepas waktu bekerja.
g.)
Mengalakkan pembantu pengurus selalu bersama pekerja bawahan untuk bagi
sokong sebagai contoh untuk bertanyakan masalah pelanggan secara terus.
h.)
Bagaimana jika salah seorang pekerja bawahan tidak dapat hadir.
4.)
Pengurus membenarkan untuk berehat sebentar selama 10 minit.
5.) Setelah itu pengurus akan berbincang
dengan pembantu pengurus tentang idea – idea yang dicadangkan mengikut kriteria
yang paling utama dan tepat. Kriteria untuk isu ini adalah seharusnya berkesan
dan mencapai matlamat iaitu e-mail pelanggan bertarikh 15 Oktober 2013 perlu di
selesaikan sebelum 30 Oktober 2013. Oleh itu, selepas perbincangan antara semua
idea yang di kemukakan idea yang paling berkesan dengan menggabungkan semua
idea yang telah di beri oleh semua ahli mesyuarat tadi iaitu:
a.) Mewajibkan semua pekerja bawahan
untuk membuat kerja lebih masa iaitu setiap hari pekerja akan di beri 25 e-mail untuk di selesaikan jadi tambahan kes
adalah sebanyak 10 kes untuk 10 orang pekerja bawahan iaitu sehari sebanyak 100
e-mail tambahan perlu diselesaikan.
b.) E-mail pelanggan akan diselesaikan
mengikut tarikh yang lama iaitu perlu selesaikan e-mail yang awal baru di
susuli dengan e-mail pelanggan baru.
c.) Jika ada masalah untuk kedatangan
pekerja bawahan jika ada masalah, contohnya jika salah seorang dari pekerja
bawahan tidak dapat hadir maka 10 e-mail pelanggan untuk seorang pekerja bawahan itu akan
dibahagikan kepada 9 pekerja yang hadir ke pejabat dan seterusnya jika 2 atau 3
pekerja tidak hadir.
4.0 Kelebihan-kelebihan kaedah pembuatan keputusan secara
berkumpulan: Percambahan Fikiran
a.)
Kelebihan yang paling utama adalah dapat menjana lebih banyak idea dan
alternatif berbanding dengan membuat keputusan secara individu. Sebagai Contoh
jika individu membuat keputusan secara perseorangan ini mungkin akan
menghasilkan idea atau alternatif yang kurang kerana hanya tertumpu kepada
individu sahaja, sebagai contoh kajian di atas telah membuat keputusan secara
berkumpulan antara pengurus dan pekerja bawahan serta pembantu pengurus ini mungkin
akan memberi lebih banyak idea yang dilontarkan dari ahli-ahli mesyuarat berbanding
secara individual.
b.)
Jika membuat keputusan secara berkumpulan ini akan meningkat kepada peluang
menjanakan idea yang lebih kreatif dari pelbagai sudut yang mungkin akan
berlainan. Sebagai contoh kajian masalah di atas dengan membuat keputusan secara
berkumpulan antara pengurus dan pekerja bawahan serta pembantu pengurus akan
memberi idea yang kreatif dari sudut pandangan sebagai seorang pengurus,
pembantu pengurus serta pengurus ini kerana idea mungkin mengikut pengalaman
mereka dalam tugasan mereka.
c.)
Kelebihannya lagi akan membuatkan ahli lebih bermotivasi dan komited untuk
menjayakan sesebuah keputusan tersebut. Sebagai contoh kajian masalah di atas dengan
membuat keputusan beramai-ramai akan lebih membuatkan ahli tersebut rasa
bermotivasi kerana sokongan dari ahli-ahli yang lain serta akan melahirkan rasa
komited untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan kerana mereka sendiri yang
memberi idea kepada permasalah tersebut.
d.)
Dapat meningkatkan kualiti kepada idea yang bakal dihasilkan kerana segala segi
ketidakpastian akan di bincangkan. Sebagai contoh kajian masalah di atas
sesuatu ketidakpastian dalam idea akan di bincangkan bersama semua ahli untuk
menghasilkan kualiti kepada sesebuah keputusan tersebut.
5.0 Kelemahan-kelemahan kaedah pembuatan keputusan secara
berkumpulan: Percambahan Fikiran
a.)
Kelemahan yang paling utama dalam pembuatan keputusan ini adalah akan
mengambil masa yang panjang untuk mencapai sesuatu idea atau keputusan
berbanding individu. Sebagai contoh kajian masalah di atas mengambil masa yang
sesuai untuk membuat keputusan secara berkumpulan iaitu pengurus perlu mencari
masa bila waktu yang sesuai untuk berjumpa kesemua pekerja bahawan beliau.
b.)
Seterusnya adalah kemungkinan ada segelintir ahli kumpulan yang akan
menguasai suatu perbincangan yang mungkin akan menjejaskan penglibatan
ahli-ahli untuk menghasilkan idea. Sebagai contoh kajian masalah di atas iaitu
yang selalu menguasai sesi pebincangan tersebut terdiri daripada ahli-ahli
senior yang berpengalaman dan akan menyebabkan ahli-ahli yang baru akan malu
untuk melontarkan idea-idea.
c.)
Konflik adalah perkara terbesar didalam kelemahan untuk pembuatan keputusan
ini, ahli-ahli dlam kumpulan terpaksa menerima atau bertolak ansur bagi
mengelakkan konflik yang akan menyebabkan keputusan tidak dicapai secara
optimun. Sebagai contoh kajian masalah di atas ada di antara ahli-ahli
mempunyai konflik di tempat bekerja dan apabila idea-idea yang diberi tidak
terima, ahli tersebut akan menimbulkan ketidakpuashati terdapat isu tersebut.
Maka bagi mengelakkan konflik berlanjutan, ahli-ahli lain terpaksa menerima
idea-idea tersebut dan ini menyebabkan kualiti terhadap idea tersebut
berkurangan.
d.)
Kelemahan seterusnya adalah akan melibatkan kos yang agak tinggi sekirannya
mesyuarat itu terdiri daripada ramai ahli kumpulan. Sebagai contoh kajian
masalah di atas dengan penglibatan ahli-ahli yang ramai di dalam mesyuarat maka
akan menyebabkan kos yang tinggi seperti kos untuk makanan dan minuman, bahan
bercetak dan sebagainya.
6.0 Kesimpulan.
Membuat sesuatu keputusan bukan mudah
bagi seseorang individu tetapi dengan membuat keputusan secara berkumpulan akan
memudahkan penyelesaian dibuat. Maka dalam kaedah pembuatan keputusan secara
berkumpulan iaitu percambahan fikiran ialah kaedah yang paling popular digunakan
dalam perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Percambahan fikiran dapat menjana lebih
banyak idea dan alternatif kepada sesuatu penyelesaian yang memerlukan
penjanaan dari beberapa orang. Kaedah pembuatan keputusan ini di pilih kerana
amat sesuai untuk penyelesaian masalah di pejabat di bahagian unit yang
sederhana seperti bahagian unit Complaint General Management (CGM). Kaedah ini boleh di
aplikasi terus jika penyelesaian berlaku seperti bermesyuarat dan penjanaan
alternatif dapat di hasilkan terus melalui kaedah ini. Walalupun terdapat
kekurangan di dalam kaedah ini tetapi kelebihan ternyata membuktikan keadah ini
amat sesuai dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan jayanya.
( 2986 Patah Perkataan)
1 comment:
assalam, hi.
im sorry for bothering u, but .. can i hv the reference list for the citation? bcoz i need to find the related article for my assignment. really hope u can help me. Its nice and such a wonderful to read yr posting sis :)
Post a Comment